02
Mar

SEBELUM NAK BUAT SEDEKAH KETAHUI DULU PERKARA INI

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kepada Allah swt dahulu sebelum orang yang disedekahnya, dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kalian tahu antara kebaikan² sedekah itu ?

Rujukan dari hadits².

Sedekah adalah….;

1. Salah satu pintu untuk menuju ke syurga Allah swt.

2. Salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari kiamat dihadapan Allah swt.

3. Perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dengan memberi makan kepada orang.

4. Akan dihisab pada hari kiamat dan sedekah akan menjauhi api neraka jahanam.

5. Kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah swt dan malaikat akan mendoakan kebaikan.

6. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang² yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah swt akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut.

Sedekah mampu;

1. Memadamkan kemurkaan Allah swt dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur.

2. Mensucikan ruh dan menambah pahala kebaikan.

3. Menyelamatkan diri dari celaka di hari kiamat dan tidak akan membuat kita sengsara disebabkan masa lampau kita.

4. Menghapuskan dan diampunkan dari dosa² yang telah dibuat,

5. Melepaskan kita daripada kesusahan dan doa² akan dimakbulkan Allah swt, insya Allah.

6. Menghapuskan kesusahan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia.

7. Memanjangkan umur seseorang dan boleh memberi kejayaan hidup

8. Melindungi dan menjauhkan dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan mati lemas.

9. Menjadi obat yang paling mujarab kepada pelbagai penyakit kronik.

Orang² yang memberi sedekah adalah..;

1. Orang² yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan itu akan diberi ganjaran oleh Allah swt.

2. Tergolong orang² yang disayang oleh masyarakat.

3. Perbuatan yang mulia.

4. Dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah swt, insya Allah.

•• Sedekah akan mendapat  ganjaran pahala meskipun diberi makan kepada binatang² dan burung².

•• Sedekah yang paling baik adalah jika anda membahagikan mesej yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah.

•• Bijak pandai kata, bersedekahlah untuk kaya, bukan nanti kaya baru nak bersedekah.

•• Kerana itu hanya dengan cara sharing artikel ini kita akan mendapat bahagian pahala sedekah. Jika yang baca tulisan ini tergerak hatinya untuk bersedekah.

Wallah hu a’lam..

Semoga bermanfa’at, insya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*