12
Feb

Nak Tahu Kenapa Jadi Makin Susah Teruk Lepas Beramal Sila Baca ni..

Ada orang beramal, dan mulakan zikir, cuba menjaga solat, walhal sebelum ni tak lah buat banyak atau buat gitu-gitu sekadar wajib ja…

Lepas mula jaga solat, lepas mula amalkan zikir, eh eh eh apesal hidup makin susah dan sesak pulak dibuatnya???

Dah kenapa dah?

Selama hidup ni kita buat cincai-cincai je gitu je.
Bila kita tengok orang berjaya kenapa dia ya. Kita tanya dia. Dia bagi tips tarik rezeki solat awal waktu dekat dengan Allah apa semua.

Kita pun cubalah nak buat jugak. Tapi makin menjadi-jadi susahnya. Baik kita hidup seperti dulu taklah susah seteruk ni. Isshhh laaa…

Tengok! Dah mula goyah. Hemmm. Duk persoal itu ini.

Awak tahu tak, selama ni kita tak pernah zikir, buat bila ingat ja, takpun tak buat langsung, buat pun gitu-gitu ja. Solat pun nak habis waktu baru nak gaduh buat. Tahu tak bertapa banyaknya dosa kita bertahun-tahun tu. Kotoran degil yang hitam legam.

Zikir tu bila kita mula amalkan baru buat sikit. Baru sikit Allah suci dosa kita dengan zikir tu. Kotoran tu masih ada banyyyaakkk lagi yang nak ditanggalkan. Jadi bila kita mula nak berhenti zikir sebab kena uji, sampai bila hati yang hitam tu tak dapat nak dibersihkan.

Bila kita nak dekat dengan Allah memang dia akan menguji. Nak tengok iman kita tahap mana. Dia sayang kita lah dia nak bersihkan kotoran tu nak kasi buang. Kita pulak duk sangka bukan-bukan.

Ada orang kenapa makin dia nak dekati Allah buat amal apa semua makin susah hidup dia. Sakit tak tau nak kata. Sebabnya dia sedang cuci semua dosa-dosa kita tu lah.

Konsep dia sama dengan basuh bajulah. Contoh baju tu kemain kotor, berkulat, bertompok dan sebagainya kena minyak ke apalah (ni maksudnya banyak jenis dosa, kita andaikan macam tu analoginya).

Kan nak hilangkan kotoran tu kena sental kuat-kuat, ada yang hilang ada yang tak. (Ni dosa besar kecik lah pulak) Nak kasi bersih lagi kena buh sabunlah, kloroxlah. Kena basuh banyak kali lah. (Proses nak hilangkan kotoran ambik masa) bukan buh sabun terus je putih bersih…😅

Dah sental-sental tu, akan kemungkinan jadi, koyak lah, berbulu lah, menipis lah (ini maksudnya kesakitan tadi yang kita duk lalui akibat klorok sabun(zikir solat ) yang kita guna (amal) nak suci baju (hati kita) tu. Kena lama dan rajin (istiqamah). Lama-lama bersihlah.

Peringkat sental kuat tu lah peringkat sakit. Then baru baju tu bersih dan wangi. Gitulah konsep hidup kita. Kalau sental selow-selow tanggal dak kotoran? Dak!

Awak dapat sesuatu dak? Jadi jangan nak sangka buruk pada Allah. Tu lagi menambahkan titik hitam (dosa) di hati. Lagi susah nak sucikan.

SPECIAL OFFER Untuk Pembaca Blog Hadzrin dot com. Tawaran ebook dengan harga tawaran 50%.

Sila layari link ini : http://hadzrin.com/siri-ilmu-kekayaan/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*