08
Dec

Membawa Balik Rezeki

“Rezeki ini perlu dijemput baik-baik masuk ke dalam rumah. Kalau tak, ia memang takkan masuk.”

Contohnya mudah sahaja. Kita balik dari kerja dan kita nak bawa balik ke rumah rezeki tersebut.

Bayangkan dah elok sampai depan pintu rumah, anak-anak menyambut kita dengan kecoh sana kecoh sini. Mereka seronok tengok kita, biasalah budak-budak. Namun kita pergi marah mereka suruh mereka respek kita yang penat seharian kerja.

Sesungguhnya, cara itu salah. Boleh sahaja kita peluk mereka 2-3 minit, cium sahaja seorang demi seorang dan kemudian mereka akan lari menyambung bermain. Itulah anak-anak.

Kita yang matang, kena ubah fikiran. Penat dan lelah takkan habis selagi kita hidup. Bayangkan rezeki dah nak ikut kita masuk, kita pergi halang dengan perbuatan marah dan meluah-luah rasa penat kepada anak-anak yang tak ada dosa. Rezeki pun boleh lari.

Semoga bermanfaat. Silakan Share ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*