03
Sep

Bagaimana Nak Dekatkan Rezeki

Waktu mula mula Adam di bumi , nak makan dia kena usaha pergi petik. Bila buat dosa lagi kena tanam pula pokok untuk dapatkan buah.

Lepas itu manusia dah bertambah di bumi dan dosa bertambah. Nak tanam pokok kena beli benih pula.

Dosa berterusan lagi. Dari kena beli benih kena buat loan pula nak dapatkan benih untuk tanam pokok nak makan buah.

Makin hari makin bertambah ramai manusia buat dosa. Bukan setakat nak buat loan untuk beli benih. Nak kena buat copywriting , Live , engagement , content , hastag,(Bersambung Klik Sini)    jadi insta femes…….and so on…

Perjalanan nak dpatkan rezeki tu zaman sekarang dengan dulu memang berubah. Dulu masih boleh lagi pakai fliers untuk berniaga. Sekarang fliers jadi apa ? Surat khabar pula?

Sampai Utusan Malaysia sendiri pun nak tutup sebab tak de orang beli surat khabar sekarang. La ni yang orang dulu kata benda karut dah betul betul berlaku.

Semalam saya sembang dengan member yang buat GRAB. Dia pernah dapat customer yang duduk Seremban hired dia untuk hantar bisnes kad ke KL dengan caj RM190.

Bisnes kad baru RM20. Kos hantar lagi mahal. Bukan setakat bisnes kad. Ada juga yang order makan pakai Grab Car bukan Grab food bayar caj RM50. Harga makan baru RM15.

Dulu kata ngarutlah bayar upah hantar lagi mahal dari bayar barang.

Tengok saya minum pun pakai baldi. Orang dulu marah kalau makan atas kuali, periuk. So sekarang ni dah berlaku. Macam mana nak buat kalau yang niaga masih lagi guna style lama .

Habis tu nak kena bawak grab ke sekarang ? Ramai yang pangkat Doktor atau engineer yang bawak grab. Lepas ni orang Grab tergugat pula sebab ada Gojek.

Nampak tak makin lama makin jauh rezeki nak sampai.

Syukur Alhamdulillah Allah turunkan ayat ini untuk kita yakin bab rezeki…

Firman Allah SWT maksudnya :

“Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).”
(Surah Nuh ayat 10 – 12)

Ayat ni Allah dah janji sesiapa yang minta ampun pada Allah akan didekatkan dengan rezekinya.

Bila dengar ayat ni baru boleh tenang kan ? So buatlah apa jua kerja sekalipun bermula dengan minta ampun dan bertaubat in Shaa Allah, dipermudahkan urusan untuk dapat rezeki.

Harap orang yang tengah buntu sekarang ni dapat sesuatu. Saya share anda share kita sama sama minta ampun.

So sekarang ni nak kerja lagi kuat ke nak banyak minta ampun ?

Abanghadzrin Shaari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*