18
Aug

RAS DALAM HIDUP KITA

RAS tu apa ? RAS ni short form Reticular Activating System. Kawan saya Engineer so dia yang bagitahu RAS ni apa.

Teknologi RAS ni ada dalam aircond , misile , kapal terbang and dalam diri kita pun ada.

RAS dalam aircond functionnya nak control suhu bilik.

Bila setting aircond dalam bilik tu 16 darjah celcius, dan kalau pintu atau tingkap bilik dibuka temperature berubah jadi panas.

So Ras aircond ni yang akan triggure untuk bagi maintain suhu bilik 16 darjah.

Kapal terbang masa dekat awan ia terbang secara auto.

So Ras kapal terbang yang akan bagi kapal tu terbang ikut track landasan. Kalau ada turbelance angin awan ke, RAS akan activate.

So kita pulak RAS berfungsi macam mana ?

Pernah tak kita lalui experience ni, masa nak beli kereta satu brand yang kita target secara tiba tiba dekat jalan raya banyak pulak kereta tu lalu.

Ngidam nak makan sesuatu tiba tiba datang banyak pulak iklan makanan tu.

Paling best ada orang datang bawakkan makanan tu.

RAS ni macam dia buatkan kerja untuk kita. Ia macam servant kita yang patuh.

Tu yang ras ni tarik all the resources yang kita set target.

Baguskan kalau ada servant macam ni.

Tapi ada yang tak tak best jugak pasal RAS ni.

Contohnya kita kalau nak turunkan berat badan, tapi tak setkan macam setting suhu aircond tu, RAS akan make sure yang berat kita maintain.

Berat 100 kg bila start workout , diet memang turun jadi 70 kg tapi tak lama tu akan naik semula 100 kg. Tu Ras punya kerja.

Dari segi income pun macam tu jugak, kalau dah memang income kita sebulan RM5,000 sekali dapat RM50,000 RAS akan mula buat kerja.

Time tu lah banyak nak kena bayar, kereta rosak, orang pinjam duit , kena tipu, macam RAS tu tolong kita nak bagi maintain yang income kita tak boleh lebih.

Tengok aje orang yang menang loteri sampai puluh juta dapat.

Dalam masa setahun aje habis semua puluh juta tu.
Tu si ras punya kerja.

Jadi macamana nak buat bagi RAS ni kerja ikut yang kita nak?

Sama macam aircond, kita guna remote control untuk setting temperature.

Diri kita pun ada remote control. Yang namanya MIND.

Setting mind dengan install self imej yang kita nak, lepas tu barulah RAS akan buat kerja ikut apa yang kita nak.

Contohnya kita target nak dapatkan perut yang ada six pack, time tu lah RAS akan buatkan kita rajin nak bersenam, jogging setiap pagi dekat padang , mula makan cepat kenyang, hilang selera nak ambik benda bergula , berminyak dan semua tu buat dengan mudah.

Kalau dulu nak sarung kasut jogging pun malas tiba tiba secara tak sedar dah ada dekat padang tengah berlari.

Banyak orang dah experience RAS ni cuma tak faham. Sebab tak faham tu yang keep repeating the same mistake.

Sampai berpuluh tahun life kita tak berubah.

Depan mata saya sendiri pernah lihat orang yang dulu tak ada apa apa, sampai menumpang rumah ustad dia, hari ini dia bawak self imej baru sampai boleh ada rumah besar, pakai mustang.

So penting tak RAS dengan self imej ni ? 5 tahun kita sebelum ni sama tak macam kita sekarang ?

Siapa yang nak buat self imej baru ?

Hadzrin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*