04
Aug

PROGRAMING DIRI MELALUI MINUM AIR

Semua orang minum air. Tubuh kita 70% terdiri daripada air.

Kita boleh hidup sampai 15 hari kalau tak makan tapi kita boleh hidup sampai 5 hari kalau tak minum air.

Bagaimana dengan hanya minum air kita boleh programkan diri kita menjadi apa yang kita nak capai?

Selalu kalau kita ada masalah anak atau apa sahaja perkara yang kita nak selesaikan kita mungkin mencari ustad atau orang alim.

Bila jumpa ustad atau orang alim tu, apa yang mereka bagi pada kita? Mereka bagi air dalam botol atau cawan suruh minum yang dipanggil air penerang hati.

Boleh ke kita buat air penerang hati sendiri? Boleh dengan syarat ada ilmu dan keyakinan.

Selain dari selesaikan masalah dengan minum air, boleh ke minum air ni nak capai target atau impian contohnya macam nak kaya, nak berjaya , nak gembira?

Jawapannya BOLEH dan semuanya dengan izin Allah SWT

Apa bukti sains yang dengan minum air boleh capai macam macam?

Air mempunyai kristal yang berubah ubah bentuk. Anda boleh lihat sendiri bila anda tuang air dalam gelas dan gelas itu diletakkan atas meja anda boleh lihat air itu berkocak atau bergoyang. Saat itulah ia mengubah atom atau dipanggil kristal.

Seorang saintis jepun buat kajian tentang air. Bila air itu di bacakan beberapa perkataan , kristal air akan berubah.

Gambar bawah ini contoh kristal air.

Memang cantik kristal air ini dan ia akan berubah ubah bergantung pada perkataan yang kita sebut.

Saintis jepun  bernama Masaru Emoto membuat kajian tentang kristal atom air ini.

Apa kaitan dan fungsi kristal air ini untuk kehidupan kita? Air kan tetap air.

Melalui kajian ini, kita dapati diri kita banyak terpengaruh dengan struktur  air yang kita minum.

Emoto berkata air adalah “pelan tindakan untuk realiti kita” dan bahawa “tenaga” emosi dan “getaran” dapat mengubah struktur fizikal air.

Emoto berpendapat bahawa sumber air yang berbeza akan menghasilkan struktur kristal yang berlainan apabila dibekukan.

Sebagai contoh, beliau berpendapat bahawa sampel air dari aliran gunung apabila beku akan menunjukkan struktur reka bentuk geometri yang indah, tetapi struktur tersebut akan diputarbelitkan dan dibentuk secara rawak jika sampel itu diambil dari sumber air tercemar.

Kristal yang berteraskan rasa syukur itu dinilai sedikit lebih “cantik”.

Perbandingan objektif sampel tidak mendedahkan sebarang perbezaan yang ketara.

Jadi dengan minum air yang diprogramming kata kata positif akan jadikan diri kita orang yang mempunyai daya cemerlang.

Bawah ini adalah gambar bentuk rupa kristal yang terhasil lepas beberapa perkataan disebut pada air.

Anda boleh lihat bila perkataan negatif disebut pada air kristal air akan berubah menjadi sangat buruk.

Bila cakap perkara positif ia berbentuk kristal yang cantik.

Bayangkan bila keadaan kristal yang buruk dan anda minum memang rasa air tu tak sedap.

Sebab itu Nabi SAW ajar jangan makan minum sambil berbual.

Mungkin dalam perbualan kita itu ada kisah negatif dan air minum yang masuk dalam tubuh kita dan ada memori kristal yang huduh dan sebab itu kehidupan kita penuh dengan stress dan struggling.

Jadi apa kita boleh buat bila dah tahu ialah kita sentiasa sebut perkataan yang baik baik pada air sebelum kita minum.

Nak kaya kita sebut perkataan yang berkaitan. Gambar bawah ini bentuk kristal yang cantik bila kita sebut perkataan baik.

Anda dapat ideanya sekarang? Bagaimana minum air boleh ubah kehidupan anda dalam masa akan datang?

Hidup kita hari ini adalah apa yang kita lakukan tahun sebelum ini. Hidup kita tahun akan datang adalah dari apa yang kita lakukan pada saat ini.

Sebelum anda nak minum, anda sebut perkataan baik baik pada air minuman kemudian baru minum untuk masuk ke dalam tubuh.

Kristal yang cantik dengan vibration positif itu mengalir dalam tubuh anda dan menghasilkan feeling yang bagus dan dari feeling yang bagus akan menghasilkan emotion yang bagus.

Bila emotion bagus barulah action akan dibuat dengan baik.

Itu yang orang lain akan tertanya tanya kenapa anda buat apa saje mesti berjaya. Buat apa aje jadik.

Kenapa anda mempunyai life yang best. Sebabnya semua dah diprogram dengan hanya minum air.

Sebelum nak habis share ni saya nak kongsikan idea minum air ialah dengan minum air yang hidup.

Air masak adalah air yang dah mati . Paling best minum air hidup ialah minum air yang disimpan di labu sayung.

Atau orang India suka minum air di cawan yang dibuat dari aloi .

Minum air hidup memang rasa sangat nyaman dan best.

Bestkan ilmu ni, minum air boleh program diri menjadi best.

Kongsikan pada orang lain untuk anda sebarkan kebaikan dan rasa best bila orang lain berubah menjadi bagus kesan dari anda share.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*