24
Aug

KENAPA KEDAI TAK DE PELANGGAN

Peniaga kedai makan sejak kebelakangan ini mengeluh kedai makan diaorang lengang tak ada orang datang makan.

Jalan ringkas diaorang akan buat andaian atau letakkan frame yang kedai dia kena buatan orang. Orang tak nampak kedai.

Sebelum nak jatuhkan konklusi kena buatan orang atau gangguan makhlus halus atau sebagainya, boleh cek sendiri untuk kepastian.

Bila dah cek betul ke bukan disebabkan gangguan atau masalah mistik, baru fikirkan faktor lain yang buatkan kenapa orang tak nampak.

Kaedah untuk cek sendiri semua orang boleh buat. Ilmu ni memang saya kongsikan buat anda agar boleh bantu orang lain yang bukan aje ada masalah di kedai , dekat rumah pun boleh.

Anda perlukan lilin dan bekas letak lilin.

Apa yang perlu anda buat ialah anda pasang lilin itu waktu magrib letakkan di atas meja. Letak diatas bekas untuk elakkan lilin itu jatuh. Kalau jatuh nanti terbakar pulak.

Lepas dah pasang lilin tu anda keluar dari tempat itu biarkan semalaman. Boleh letak seberapa banyak lilin. Lilin yang panjang ye. Bukan lilin yang kecik macam pelita.

Kalau di rumah anda keluar bawak semua famili tidur di tempat lain…hotel ke rumah saudara ke. Biar semalaman kosong rumah tersebut.

Esok bila anda kembali ke kedai atau rumah, anda pastikan lilin itu sampai setakat mana apinya padam.

Kalau sampai habis, bererti tempat itu tiada unsur gangguan halus. Kalau lilinnya api mati separuh lilin, bolehlah mulakan proses pembersihan dengan mencari pakar seperti ustaz untuk bersihkan tempat itu.

Kalau mati sampai habis lilin itu, anda bersyukur dan mula fikirkan faktor lain kenapa orang tak datang.

Antara faktornya :
1. Kesedapan makanan itu, pelanggan sekarang suka pilih yang berbaloi sebab tu kalau tengok ekonomi sekarang ni yang tenat, kedai makanan mahal mahal masih penuh.

2. Faktor servis pelanggan. Kedai mamak masih penuh sebab servis cepat. Kadang kadang tak faham, orang tak ramai pekerja main handfon bila panggil nak bayar disuruh ke kaunter. Orang nak bayar bagi rezeki ni…

3. Marketing online. Kedai makan sekarang memang kena ikut trend. Melainkan kedai tu jual sesuatu yang tempat lain tak ada dan special duduk cerok mana tak ada online pun orang akan sampai. Tapi kalau jual sama aje nasi campur yang kedai lain pun jual, orang lagi suka guna grab food, food panda.

4. Kurang promosi. Kalau Mcdonald KFC pun buat promosi setiap bulan, macam ayam 3 kali pedas, nasi lemak Mcd, kedai kita yang tak famos pun kena follow sebab McD KFC ni leader dalam market makanan.

5. …Banyak lagi faktor dan boleh buat analisa sendiri.

Yang penting sekarang ni dah tahu macamana nak cek kenapa bisnes makanan nak bagi pulih kan.

Semoga memberi manfaat.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*