26
Aug

BUAT BENDA NI TERUS HIDUP BERUBAH BERJAYA

Dulu tok guru saya pesan, “If You Want Things To Change You Must Change First”.

Pada awalnya dengar saya tak berapa clear dengan statement tu. Bila berulang ulang dengar dan relate kan dengan kehidupan harian, dapat experience dari situ, barulah faham.

Kalau pergi gym buat rutin workout yang sama memang akan dapat body yang sama. Tu yang kena change teknik, change set , change reps. Dalam life pun sama juga. Buat benda sama result pun sama.

Ada satu habits yang saya nak kongsikan hari ni. Dalam masa sama sebenarnya nak bagitahu saya dah change rutin harian😜.

Nak ke nak kalau saya kongsikan satu rutin yang boleh enter ke dunia penuh miracle. This is what I experience since the pass 3 months.

Miracle tu hanya diri sendiri aje yang tahu. Orang lain tak nampak. Dari mata orang lain nampak macam hidupnya tak ada apa apa atau struggling.

Rutin yang simple tapi susah sebenarnya nak buat. Apa dia ? TIDUR AWAL.

Lepas Isyak tidur. Pukul 10 paling lewat. Susah ke senang ? Nampak senang tapi orang macam saya ni yang dulu kerjanya setiap malam mengeteh memang challenging.

Bila tidur pukul 10 malam , bangun pukul 3 pagi. Situ sebenarnya dah cukup lama tidurnya. Dah ada 9 jam kita tidur.

Kalau kira 10 sampai 3 tu baru 5 jam mana datang 9 kan ?

Kualiti tidur kalau kita tidur sebelum jam 12 malam ia bersamaan 1 jam equal to 3 jam. So kalau tidur pukul 10 bererti ada 6 jam sebelum jam 12. Tambah 3 jam jadik lah 9 jam.

Bila bangun pukul 3 tu banyak benda boleh buat. Syok buat kerja pagi pagi sebab suasana hening, otak fresh.

Saya suka baca biography orang orang yang sukses. Kebanyakan diorang ni bangun awal. Seawal jam 4 pagi. Kebanyakan billionaire bangun awal.

Tuhan dah janji segala kekayaan langit dan bumi ada di waktu pagi. Ada group geng ustaz buat group tahajud. Ahli group tu ada lebih 200,000 orang.

Kekuatan manusia sebenarnya pada waktu malam. Pada 1/3 malam.Time ini dipanggil Genius State. Ada yang frame minda dia set kalau malam ni banyak hantu. Sebenarnya hantu banyak waktu siang.

Banyak kelebihan tidur awal bangun awal. Selain untuk awet muda, kesihatan organ dalaman pun baik. Zaman sekarang penyakit kencing manis memang top ranking.

Selain ambik manis manis sebenarnya tidur lambat buatkan pankrease tak bekerja. Time pankrease bekerja waktu kita tidur antara 9 hingga 12 malam.

So kita berbalik pasal change things I must change first tu…mungkin kita boleh start dengan tukar cara tidur. Tidur awal.

Kalau kadang ada meeting malam tu tak apa sekali sekala….bukan setiap malam meeting kan. Kalau nak buat meeting boleh start pukul 3 pagi. Dulu memang tu lah kerja saya meeting sampai ke subuh dekat kedai mamak. Lebih pada sembang kencang heheh..

Try buat 3 bulan rutin ni. Sure dapat satu keajaiban. Kalau tak dapat apa apa boleh mintak refund.

Jadi lepas ni siapa nak ajak ngeteh pukul 4 pagi borak sampai subuh boleh berjemaah sekali.

TQ pada yang SHARE.

Mana tahu orang yang u share tu amalkan bangun pagi dan dia buat tahajud or dia dapat miracle dalam diri dia.

Hadzrin Shaari

PROMOSI :

Untuk belian , Whatsap TAIP PROMOSI MERDEKA BIO SUKSES ke 0123969746

Untuk belian , Whatsap TAIP PROMOSI MERDEKA BIO SUKSES ke 0123969746

Untuk belian , Whatsap TAIP PROMOSI MERDEKA BIO SUKSES ke 0123969746

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*