02
Jul

BAGAIMANA NAK TINGKATKAN ENERGI DIRI

 

Ramai orang tertanya tanya kenapa hidup mereka tak seperti yang diharapkan dan selalu ditimpa masalah. Pernah tak  kalau hari itu kita tengah dalam keadaan kalut, semua benda tak jadi.

Contohnya masa tengah marah ada je tak kena. Dapat berita tak best, tiba tiba ada orang nak mintak hutang, ada bil nak kena bayar, gaduh laki bini.

Kenapa semua tu berlaku sekelip mata bila kita dalam keadaan tak stabil? Tambah pula masa duit gaji dah habis.

Semuanya yang berlaku dekat luar kita ni adalah berpunca dari kita. Ambik contoh kalau masa bangun dari tidur dan kita pula bangun lambat. Hari itu semua jadi kalut.

Ada teknologi disebalik apa yang berlaku masa itu. Anda lihat gambarajah carta di atas tu.

Sebenarnya emosi kita akan pancarkan gelombang atau dipanggil vibration. kita akan pancarkan gelombang yang bagus bila emosi kita dalam keadaan bermula dari 310 willingness ke atas.

Jika dalam keadaan takut, malu, mangsa keadaan, anda akan pancarkan vibration yang negatif dan itu yang buatkan kita menarik kejadian kejadian yang tak best.

Sebab itu setiap kali kita dalam keadaan marah banyak perkara yang kita mengharapkan tak berlaku.

Bahaya kan bila dah tahu perkara ni sebab bila kita bekerja dalam keadaan marah dan tak seronok, sekadar nak dapat gaji sahaja, sebab itu kita akan menarik banyak perkara perkara yang bermasalah. Dah tentu kita tak bahagia.

Tapi kalau apa yang kita buat dan kerja adalah daripada keseronokan dan keghairahan kita untuk bekerja ia akan pancarkan gelombang energi positif dan ia akan menarik segala apa yang kita hajatkan.

Contohnya saya ni suka sangat berkongsi ilmu dan sejak kebelakangan ini saya suka berkongsi apa yang saya buat dalam media sosial. Jadi ia akan pancarkan energi joy dan kegembiraan.

Orang yang mencapai level khusyuk dia berada di peringkat teratas omega. Sebab itu orang yang selalu khusyuk dalam apa jua bidang dia boleh berjaya.

Kenapa orang yang selalu khusyuk boleh berjaya ? Sebab bila dalam keadaan khusyuk dia boleh mengawal hati dan minda dia. Dalam solat orang biasanya lakukan perbuatan solat tetapi hatinya dan fikran ingat perkara lain.

Sebenarnya ramai yang tak tahu waktu mereka bekerja mereka menghantar gelombang tarikan atau magnet. Sebab itu orang yang tak sedar itu menghantar magnet tarik masalah.

Lebih lebih lagi waktu bermain handfon. Bila tengok video yang negatif seperti kemalangan , politik , masalah rumah tangga, secara tak sengaja mereka menghantar magnet untuk tarik apa yang di lihat dan di rasainya seperti sedang berlaku.

Jadi bagaimana nak sentiasa dalam keadaan emosi kita di atas yang berwarna unggu tu? Bagaimana nak wujudkan magnet energi yang menarik benda benda yang positif ?

Setiap kali kita buat apa jua perkara pertama sekali tarik nafas dan rileks. Ambik masa sejenak dan fikirkan yang masa itu kita sedang marah. Bila marah kita akan rugi. Tak ada siapa yang nak rugi. Jadi kita terus naikkan energi kita ke level gembira.

Naikkan level energi kita dengan bersyukur. Terus tarik nafas dan ucapkan Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab sekarang ini kita masih lagi ada nyawa, nafas, fikiran, kaki, tangan , badan, keluarga , kerja , kawan kawan….

Bila saat kita rasa bersyukur, gelombang kita akan bertukar ke vibration magnet tarikan positif. kita boleh cuba bila setiap kali kita dalam keadaan marah kita lihat orang lain, orang lain nak pandang kita pun malas.

Walaupun mereka tak tahu kita sedang marah atau teraniaya tetapi mereka dapat rasakan gelombang negatif kita.

Tapi bila kita dalam keadaan bersyukur dan joy , kita lihat orang dengan hati kita, kita boleh rasakan yang kita mendapat perhatian dan mereka pasti akan senyum atau balas senyuman kita.

Kan best bila kita boleh tentukan hari itu kita nak macam mana. kita nak happy kita cuma pancarkan vibration warna ungu ke atas. Kalau kita tak tahu ni mesti kita akan salahkan nasib atau takdir.

Setiap yang ada dalam alam ini semuanya tenaga. Jadi dengan tenaga lah kita guna untuk capai hajat kita. Dalam kelas saya memang saya ajarkan untuk tingkatkan gelombang energi kita melalui teknik pernafasan.

Walaupun belajar jarak jauh pun tapi ramai yang studen saya mendapat kesan pada diri mereka. Ada yang pelik dan ada yang tak logik.

Ada yang impian cepat tercapai dan ada yang dapat jual rumah yang dah bertahun tak terjual. Ada yang dapat projek lembu, hantar orang pergi umrah yang terpaksa berebut visa dengan syarikat lain tapi dia satu satunya yang berjaya.

Menagapa urusan dan impian mudah dicapai? Sebab tahu gelombang apa yang nak dipancarkan dan bagaimana nak pancarkannya.

Semoga dapat belajar sesuatu.

Kelas dibuka untuk tempoh terhad. Akan datang saya kongsikan bagaimana bersihkan diri dari apa jua unsur luar yang datang atau bahasa mudahnya nak menumpang.

Klik sini untuk daftar kelas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*