17
Jun

Kembali Kepada Fitrah

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya dan Selamat Berpuasa 6. Ada lagi 2 minggu nak habis raya kan.

Raya tahun ni ramai yang balik kampung dengan gembira dan ada juga yang gelisah sebab bonus tak dapat, duit raya tak cukup , kereta rosak, kena buang kerja…. banyak lagi.

Baru baru ni , saya mendapat respond daripada murid murid saya dah lama tak buat kelas. Yelah dah hampir 4 tahun saya tak anjurkan kelas.

Saya sangat sibuk sepanjang 4 tahun ini. Sebab saya ada target dalam masa 5 tahun ni apa yang saya nak capai dengan izinNya.

Tapi zaman teknologi telah bukakan peluang untuk saya boleh anjurkan kelas. Saya terfikir untuk buat kelas secara online.

Ya mudahkan bagi orang yang duduk jauh jauh. Boleh belajar di rumah dengan selesa. Kalau tak ada yang takut nak datang nak berteman lah.

Jadi inshaa Allah kelas pengajian Tendai akan dibuat secara online lepas ni. Guna kaedah video conference.

Sebelum saya nak habiskan posting ni, saya nak kongsikan tentang kembali kepada fitrah. Ada beberapa point penting yang saya nak kongsikan dengan anda.

Pertama pasal luaran dan dalaman. Luaran kita adalah fizikal kita dan sekeliling kita termasuk orang dan tempat dan masa. Di luar dari diri kita adalah benda yang kita tak boleh nak kawal.

Anda boleh kawal kalau boss anda nak marah anda? Kalau syarikat anda tutup ? Kalau kerajaan anda tarik subsidi ? Ya semua itu diluar kawalan anda.

Apa yang anda boleh kawal adalah dalaman anda. Bagaimana nak kawal dalaman ? Ada yang cakap buat meditasi , tafakur , bersuluk , berdiam diri. Apa yang dicakap tu memang betul.

Sebenarnya apa yang dimaksudkan tu semua adalah nak mencaj diri anda. Ya dengan duduk diam atau meditasi. Macam Smartphone , masa di caj mana boleh di usik. Barulah powernya full.

Bayangkan bila anda dah caj diri anda, anda dah berada dalam keadaan full energi, anda sebenarnya menghantar gelombang yang kuat untuk menarik apa jua hajat anda.

Anda mula menjadi magnet. Bayangkan kalau tak de power, magnetnya pun tak power.

Jadi bila dah caj diri tu mulakan hantar hajat atau niat yang baik baik. Allah akan berikan dengan izin Nya.

Sebenarnya itulah yang dinamakan kembali kepada fitrah. Anda mendiamkan diri dengan meditasi dan bertafakur untuk mendengar suara hati dan roh anda. Anda gunakan masa itu untuk mengenali diri anda.

Ramai yang amalkannya dapat banyak perubahan pada hidup mereka. Ada yang dapat bayar hutang , dapat projek , dapat naik pangkat , dapat jodoh , dapat beli rumah , dapat bisnes , dapat pulih dari kanser atau tumor , dapat buat haji , dapat zuriat, dapat ketenangan dan banyak lagi.

 

Bila bila anda boleh buat. Lepas solat atau di belah pagi ke. Sahabat sahabat Nabi SAW dulu setiap malam buat tahajud kemudian berdiamkan diri meditasi atau berdoa dalam keadaan merintih dalam hati.

Sebab itu para para Sahabat Nabi ramai yang kaya raya, hebat hebat , bijaksana dan kuat dalam peperangan.

Ni nak tanya …Bila kali terakhir anda mendiamkan diri dan bertafakur ?

Kekuatan kita adalah DOA. Sebenarnya waktu kita bertafakur tu kita berdoa. Berdoa dalam hati. Bila hati selari dengan jasad dan roh maka energi doa itu tanpa batasan.

Anda dah faham tentang magnet diri, jadi doa anda itu adalah pancaran energi untuk anda capaikan hajat anda.

Selama ini ramai yang berdoa tetapi gunakan lisan tapi hati cakap lain. Contohnya doa minta pada Allah nak rezeki berlimpah ruah tapi hati berkata risau tengah tak ada duit.

Apa terjadi ? Allah makbulkan apa yang di dalam hati. Kan penat tu hajat yang ditakuti tercapai.

Kalau tak percaya carilah surah Al Isra’ ayat ke 11 anda baca makna ayat itu. Allah makbulkan permintaan anda yang dalam keadaan tergesa gesa.

Sewaktu bermeditasi atau bertafakur itu banyakkan berdoa dan bercakap dengan Allah. Lakukan setiap hari anda bayangkan macam smartphone yang anda caj setiap hari. Ia sentiasa power.

Dalam sehari tu dapat buat 15 minit ke 30 minit pun dah bagus. Jika yang dah belajar tendai digabungkan dengan teknik pernafasan dan teknik saranan lagi kuat energi yang dibangkit.

Moga mendapat sesuatu , harap anda kongsikan pada sesiapa sahaja tentang posting ni.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Wani

June 17, 2019 at 5:52 pm

Sebijik Mcm Apa Yg Wani belajar je Sifu. MBP hehe.