08
Jun

Bina Perniagaan Dalam Circle

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Apa khabar?

Selamat Hari Raya saya ucapkan buat anda yang lawat blog ini.

Hari ni 4 Syawal orang dah mula nak balik dari kampung dan ada yang baru nak balik kampung isteri atau suami pula macam saya ni.

Kejap lagi saya nak bertolak ke Pahang jadi sementara tunggu anak anak bersiap saya kongsikan dalam blog ini dulu.

Lepas raya ni ramai yang mula nak berniaga dan dan mulakan kerjaya baru. Tapi ada satu halangan yang buatkan tindakan tu sangkut.

Risau kalau apa yang orang lain nak cakap.

Ye lah, anda baru nak mulakan kerjaya atau bisnes baru tapi anda risau kat orang keliling anda.

Anda risau kalau orang lain kondem atau pandang rendah pada anda.

Biar saya bagitahu dekat anda. Diorang tak peduli pun pasal anda!

Macam dulu kalau anda ada jerawat batu besar dekat hidung dan anda malu takut apa yang orang nak cakap dekat anda.

Nak tahu tak ? Diorang pun ada masalah diorang sendiri.

Diorang pun ada jerawat batu diorang sendiri.

Tapi terus terang saya nak kongsikan anda sedikit TIPS kalau anda nak bina atau mulakan kerjaya baru.

Anda perlu mulakan dengan mencari CIRCLE anda dulu.

Pentingnya circle ini ialah sama sama berkongsi idea dan berkongsi pengalaman untuk selesaikan masalah dan membuat PUSH tindakan.

Kalau tanya saya sendiri , saya juga pentingkan CIRCLE. Saya sendiri mempunyai circle dan ada antara ahli circle saya kenal lebih dari 20 tahun.

Bayangkan dalam circle anda, tempias kalau ada ahli yang jutawan, yang lain juga tempias jadi jutawan.

Lepas raya  ni saya mungkin tak menang tangan sebab banyak projek yang saya kena uruskan.

Mungkin saya nak menambah ahli circle saya. Dan tentu sekali ahli circle yang positif dan sanggup sama sama nak berusaha dan berjaya.

#bisnescircle

#jutawan

#perniagaanluarnegara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*