22
Jan

Kunci Kejayaan Yang Sebenar

Assalamualaikum WBT dan Selamat Tahun Baru 2019.

Tahniah buat anda yang masih lagi mengikuti penulisan di blog ini. Walaupun dunia sekarang dah beralih ke sosial media seperti Whatsap, IG , Snapchat , FB. Tetapi masih banyak ilmu rahsia dikongsikan di website atau Blog.

Baru baru ni saya berjumpa dengan seorang pesara yang sudah berstatus multimillionaire. Hartanya banyak. Saya berjumpa dengan dia di Hotel yang dia ada share di ibu kota.

Dia pesan kepada saya, kita walau kaya macamana pun , kekayaan itu susah nak kekal lama dengan kita. Jatuh bangun jatuh dibuatnya.

Memang penat bila dah bangkit jatuh kembali. Dan bila dah jatuh susah betul nak bangun. Semuanya ada rahsia dan ada sebabnya.

Selalunya kita sibuk nak mencari rezeki tetapi kita lupa nak menjaga Yang Maha Memberi Rezki.

Bagaimana nak menjaga Yang Maha Memberi Rezeki ? Kena ada Kunci kalau nak tahu jawapannya.

Selalunya bila kita lalai mencari rezeki , kita selalu leka sehingga kita suka menangguhkan solat fardu.

Orang yang tahu akan Kunci Kejayaan dia akan menjaga SOLATNYA. Itulah Kunci kejayaan, Jaga Solat.

Bagaimana nak menjaga solat ? Solat di awal waktu dan di masjid secara berjemaah.

Itulah kunci kejayaannya iaitu jaga solat dengan erti kata lain menjaga Yang Maha Memberi Rezeki.

Solat di rumah tidak termasuk dalam menjaga solat. Bagi wanita dikecualikan untuk solat di masjid.

Mengapa jaga solat harus di masjid ? Ada dua kisah yang kita boleh ambik pengajaran.

Yang pertama , pernahkah kita mendengar atau belajar Nabi Muhammad SAW mengerjakan solat fardhu bersama isteri dan anak anak di rumah ? Tidak ya.

Kisah yang kedua, ada seorang lelaki buta bertanyakan pada Rasulullah SAW. ” YA Rasullullah, aku ingin bertanya. Aku ni buta . Perlukah aku pergi solat fardhu di masjid ?

Rasulullah bertanya pada lelaki buta itu. Adakah kamu dengar akan seruan azan ?

Jawab lelaki buta itu ” Ya aku boleh dengar.”

Rasullullah SAW pun menjawab kalau begitu, ikatlah tali dari rumah mu sampai ke masjid untuk kamu berjalan kerjakan Solat Fardhu di sana.

Bayangkan itu orang yang tua dan buta. Kita yang sihat walafiat dan ada kereta tidak pergi ke masjid.

Jadi Rasulullah tekankan supaya kita semua jaga solat dengan solat di masjid. Dengan solat di masjid bererti kita menjaga Solat. Dengan menjaga solat bererti kita taat pada Allah. Bila taat bererti kita menjaga Yang Maha meberi rezeki dan Maha segala galanya.

Sekarang ini jika anda sedang hadapi masalah, anda tak ada kerja atau tak ada pendapatan, banyak hutang, anda boleh mulakan dengan mengamalkan secara istiqomah solat 5 waktu di masjid.

Walau lambat sekalipun anda ikhtiar solat di masjid. Di rumah hanya untuk solat sunnat.

Selain dari untuk luaskan rezeki, secara tak langsung anda menjadi semakin sihat dan semakin lapang. Anda dapat satu ketenangan yang sukar nak digambarkan.

Biarpun anda lambat nak bermula tetapi itu lebih baik dari tahu lama cuma tak buat. Marilah kita sama sama yang dah tahu ini mengambil kunci kejayaan ini dengan menjaga solat.

Dalam azan juga sudah diberitahu Marilah Solat kemudian barulah mari mengejar kejayaan. Haiya alal Solat kemudian baru Haiya Alal Falah. Marilah kerjakan solat kemudian baru marilah mengejar kejayaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*