12
Oct

SOLAT SUNAT HADIAH DAN KELEBIHANNYA

Guru saya pesan pada saya, apabila dia meninggal dunia nanti dia tidak mahu apa apa kecuali minta buatkan untuk dia solat sunat hadiah. Dia pesan mengikut riwayat hadith Nabi SAW, barangsiapa yang melakukan solat sunat hadiah ini, maka akan hadir, Allah akan utuskan 1000 malaikat untuk memberi hadiah berbentuk cahaya dalam dulang-dulang kepada si mati, inshaa Allah.

Cahaya atau Nur ini adalah sebagai satu rahmat Allah kepada si mati agar terhindar dari seksa kubur dan mendapat perlindungan di padang masyar. Inshaa Allah. Oleh yang demikian, kita yang sudah tahu ini, kita ajarkan kepada semua kenalan kita agar kita dapat membantu kenalan kita atau sesiapa sahaja apabila mereka meninggal dunia , kita bantu dengan melakukan solat sunat hadiah.

Zaman sekarang apabila kita dapat khabar berita yang ada orang meninggal kebiasaannya kita hanya copy paste ucapan takziah kita dengan menaip innalillah, alfatihah…yang kadangkala hanya copy paste semata mata. Sekarang kita sudah tahu apa sumbangan kita boleh berikan kepada si mati, iaitu membuat solat sunat hadiah.

Inshaa Allah apabila tiba masanya kita pula yang meninggal, orang lain juga lakukan solat sunat hadiah untuk kita. Inshaa Allah.

Cara melakukan solat sunat hadiah adalah seperti berikut :

Solat Sunat Hadiah merupakan solat sunat mutlak yang didirikan dengan tujuan di hadiahkan kepada mayat dan amalan-amalan yang dilakukan dengan tujuan kebaikan.

Niat solat : Ushalli sunnatal hid-yati rak’ataini lillahi taala.

“Sahaja aku solat hadiah atas ini mayat dua rakaat kerana Allah Taala.”

Ia disebut dalam Kitab Nihayatuz-Zain (m/s 107) Maksudnya: Setengah daripada sunat, sembahyang 2 rakaat bagi mayat sesudah di tanam.[1]

Berdasarkan riwayat, Rasulullah s.a.w pernah bersabda: maksudnya: Pada malam pertama mayat dikebumikan, keadaan mayat itu berada didalam keluh kesah. oleh kerana itu, kasihanilah kamu untuk mengurangkan keluh kesah mayat itu dengan bersedekah. Jika tidak mampu bersedekah sembahyanglah 2 rakaat, baclah padanya pada tiap-tiap rakaat satu kali fatihah, satu ayat kursi, satu kali al-Takathur dan 10 kali surah al-Ikhlas dan hendaklah berdoa sesudah memberi salam.

Waktu yang dilakukan adalah waktu selepas magrib pada hari kematian sehingga sebelum Isyak.

Ada banyak yang beri pendapat bahawa ini bidaah, ataupun ajaran syiah ataupun hadith palsu. Tetapi kita renungkan betul betul apa yang kita rugi jika kita melakukannya ? Kita ini hamba Allah yang kosong dan tidak ada apa-apa. Allah SWT nak berikan hadiah cahaya itu bergantung pada rahmatNya bukan bergantung pada hadith.

Yang menyatakan bahawa solat sunat hadiah ini tidak sah kerana tiada hadith yang sahih sedangkan mazhab Hanafi mengatakan harus. Jadi terpulang pada kita sama ada nak mengamalkannya atau tidak. Tidak ada paksaan. Sebab solat itu adalah Doa dan jika nak buat dipersilakan tak nak buat tak apa apa.

Doa sesudah sembahyang sunat hadiah:

اَللَّهُمَّ اِنِّيْ صَلَّيْتُ هَذِهِ الصَّلاَةَ وَاَنْتَ تَعْلَمُ مَا اُرِيْدُ .

…(sebut nama si mati)…اَللَّهُمَّ ابْعَثْ ثَوَابَهَا اِلَى قَبْرِ

Ertinya: Ya Allah! Aku telah lakukan sembahyang ini, sedang Engkau Maha Mengetahui apa yang aku kehendaki. Ya Allah! Kirimkan pahalanya kepada kubur si (sebut nama si mati )

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*