15
Oct

KHABIB Juara MMA Tidak Pernah Dikalahkan Seorang Muslim

Dunia sukan digemparkan dengan kejuaraan MMA (Mixed Martial Art ) Khabib Nurmagomedov yang merupakan seorang muslim berbangsa Rusia.

Khabib orang yang tenang dan sentiasa mengingati Allah dan sentiasa bersyukur dengan melafazkan Alhamdulillah yakin bahawa yang gerakkan dia adalah Allah SWT. Sebagai makhluk tidak ada kuasa pun untuk menghayunkan penumpuk atau kaki selain dari Kuasa Allah SWT.

Walaupun Khabib sebelum pertandingan UFC (Ultimate Fighting Championship ) yang lawannya Conor Mecgragor dihina dan dimaki oleh lawannya, Khabib sentiasa tenang dan banyak bersabar.

Ramai yang meyebelahi Connor Mecgragor dan membuat betting Conor yang akan menang. Dunia perlawanan MMA ini menjanakan Ratusan Juta Dollar dalam dunia betting.

Sebab itu Connor Mecgragor walaupun kalah dia bawak balik USD50 juta manakala Khabib yang menang bawak balik USD20 juta.

Bagi Khabib duit bukan penting baginya tetapi apa yang dia cuba nak lakukan ialah menyebarkan kepada dunia bahawa Sukan MMA bukan sukan untuk orang yang mempunyai akhlak ganas, gangster dan memberi kesan tak elok pada generasi muda.

Dunia sekarang sudah saksikan yang Khabib berjaya menambat hati penggemar sukan MMA denganĀ  sinar Islam melalui penyebaran kebaikan dan kesabaran.

Lihat sahaja tubuh pelawan pelawan MMA majoriti badan mereka penuh dengan tatoo tetapi Khabib membawa imej yang tiada tatoo dan tidak minum arak.

Saya sebagai penggemar sukan MMA memang kagum dengan kejayaan yang Khabib capai sebagai umat Islam. Lebih 5 kali saya ulang tayang perlawanan yang berlangsung selama 20 minit.

Sebelum pertarungan, ramai yang tidak tahu Khabib sejak kecil lagi sudah dilatih oleh ayahnya yang juga juara gusti di Rusia. Selain itu Khabib semasa kecil selalu berlatih gusti dengan beruang.

Ramai yang buang duit betting kepada Connor merasakan sangat marah kenapa tidak ada sesiapa yang tunjukkan video Khabib sedang berlawan dengan beruang sebelum perlawanan dengan Connor di UFC.

Tahniah Khabib atas kejayaan dan memberikan kemenangan besar kepada umat Islam di seluruh dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*