30
Sep

Jumpa Duit Terpijak

Orang lama lama ada pepatah makin berisi makin tunduk. Ibarat makin tinggi ilmu itu makin tunduk sebab risau ilmu nya tidak seberapa dan rasa seperti tiada apa apa.

Saya jenis kalau jalan memang tunduk. Dari dulu lagi. Sebab saya banyak kali terjumpa duit di lantai terutama di pasaraya atau shopping mall.

Zaman saya bekerja 20 tahun lalu semasa saya bekerja di kedai elektrik di Holiday Plaza Johor Bahru, saya selalu mengular. Dan masa mengular memang jalan tunduk.

Duit singapore, duit malaysia banyak terjatuh di lantai. Ada yang sampai 50 singapore dollar.Waktu itu kalau jumpa kira rezeki lah. Nak pulang balik tak tahu siapa punya. 20 tahun lalu punya cerita.

Sampai sekarang pun kalau jalan mesti jumpa duit di lantai. Zaman sekarang lagi banyak sebab ramai orang yang leka bermain handfon sambil keluarkan barang dari beg duit.

Jadi, jalan tunduk ni bukan setakat kerana berilmu spiritual tetapi ilmu yang di lantai ni banyak duit terpijak. Dimana tempat ramai orang berkumpul disitu banyak duit terpijak.

Saya bukan nak ajar supaya cari rezeki dengan cari duit dekat lantai yang orang tercicir. Bukan boleh jadik kaya pun. Sebab tu saya cerita kisah 20 tahun lalu. Masa tu saya masih lagi bujang tak ada komitmen dan baru mula nak kenal erti pekerjaan.

Baru baru ni saya terjumpa duit RM100 di lantai sebuah kedai makan. Cari tuannya tak tahu siapa. Nak serahkan pada kaunter kedai makan, mungkin bangla yang jaga kedai tu sapu.

Jadi saya pun pegang sahaja duit tersebut. Sekarang bila jumpa duit bukan pikir jangka pendek tapi pikir keberangkalian jangka panjang. Kalaulah guna duit RM100 tu buat makan, apa yang jadi pada darah daging dalam badan.

Kalau kita orang makrifat itu semua adalah penyataan. Tapi kita cuba untuk keluarkan potensi kita. Allah bagi kita jumpa duit tu untuk tujuan apa.

Kalau nak buat isi minyak kereta nanti apa pulak yang akan berlaku. Kereta asyik meragam ka….jalan nanti kemalangan kaa…. pikiran itu semua datang secara spontan. Kalau dulu jumpa terus itu dah dianggap perlu digunakan sebelum terlambat. Sekarang jadi paranoid.

Jadi saya simpan sahaja duit itu . Datang satu ilham untuk masukkan duit ke tabung masjid. Saya pun pergi ke satu masjid yang saya selalu solat jumaat satu ketika dulu. Sekarang ni saya solat di masjid baru yang senang nak parking.

Saya masukkan duit RM100 itu ke dalam tabung masjid tersebut. Bukan nak riak atau nak menunjuk yang saya ni baik masukkan duit ke tabung masjid. Saya nak kongsikan ILMU Allah yang Allah bimbing dan ajar daripada pengalaman dan peristiwa yang saya alami.

Setelah saya selesai masukkan duit dalam tabung itu, saya pun beredar bali ke rumah. Habis cerita dah tak payah nak pening pikir apa nak buat dengan duit itu.

Esoknya saya jumpa dengan team perniagaan saya. Team saya bagitahu yang ada satu projek baru nak masuk. Projek besar jugak. Saya dapat projek untuk buat design setiap usahawan punya Apps di bawah naungan satu organisasi yang besar di Johor.

Secara kebetulan atau itu mungkin pertolongan Allah di atas ujian yang Allah bagi kepada saya pasal jumpa duit itu. Hukum Alam mungkin begitu, kita jumpa dut mungkin bukan untuk kita guna tetapi ke mana kita nak salurkan.

Bayangkan anda jumoa duit dan anda gunakan duit itu untuk sedekah, adakah itu juga menguntungkan anda? Berbanding sedekah guna duit sendiri ? TIDAK ADA JAWAPAN sebenarnya. Sebab dua dua bergantung pada Rahmat dan Redha Allah.

Allah nak bagi anda jadi kaya sekelip mata pun boleh dan jadikan miskin juga sekelip mata. Tidak ada yang mustahil bagi Allah.

Anda dapat belajar sesuatu ?

Sudah terpanggil untuk saya anjurkan kursus Tendai seperti sebelum ini. Kerana terlalu ramai yang minta untuk buat kursus. Memandangkan saya sangat sibuk dengan perniagaan konvensional saya, sebab itu saya tak berkesempatan untuk buat kelas tendai.

Inshaa Allah, jika ada yang berhajat untuk tingkatkan diri ke level yang lain, bolehlah lihat website ini : www.Tendai.gbn.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*