16
Jul

Melihat Rezeki Dari Sudut lain

Ramai yang bila sebut rezeki sahaja mesti nampak wang ringit ataupun duit. Mungkin kita belum sampai tahap duit bukan lagi menjadi masalah.

Orang yang ada banyak duit dekat luar sana ada masalah lain pulak. Masalah keluarga bercerai berai , masalah kesihatan , masalah kesunyian…. Sunyi pun masalah juga sebab dia tak ada orang yang betul betul ikhlas nak kawan dengan dia.

Dipendekkan cerita , kesihatan , kawan kawan juga rezeki. Bila lihat sudut rezeki bukan diukur dalam bentuk wang , barulah kita akan rasa tenang dan lapang dada.

Yang tak seronoknya masa tengah nak lapang dada, banyak benda nak kena bayar pulak. Yuran sekolah anak nak kena bayar, kereta rumah nak kena bayar, jadi macam mana tu ?

Lapang dada dan niat Ya Allah Ya tuhanku, permudahkan lah segala urusanku. Segala yang sulit kau selesaikanlah. Aku bergantung 100% pada Mu ya Allah.

In shaa Allah, ada jalan keluar. Sampai kadang bila anda niat anda boleh dapat rasakan bagaikan ada angin meniup lembut ke leher dan pipi anda. Ataupun anda boleh rasakan tulang belakang anda bergegar.

Saya nak kongsikan pengalaman saya sepanjang saya hadapi cabaran nak besarkan keluarga dan nak mendapatkan rezeki. Saya bukan orang yang petik daun jadi duit. Itu orang lain. Tak perlu mengadu dengan saya dia susah sangat dan nak jadi kaya.

Ramai orang yang menghubungi saya untuk bantu tunjuk jalan selesaikan masalah mereka. Saya kongsikan beberapa tips yang saya tahu. Tips itu percuma sahaja.

Kalau saya kongsikan sesuatu secara percuma bererti saya tidak mendapat wang. Bila tak dapat wang , saya tak dapat nak bayar kereta , rumah dan yuran sekolah anak saya.

Tapi saya lihat sudut lain bab rezeki. Saya yakin Allah berikan saya tugas untuk Dia bagi saya pendapatan. Alhamdulillah hapir 25 tahun saya tidak makan gaji tetapi segala keperluan Allah cukupkan.

Hidup zaman sekarang memang kuat cabarannya. Saya memang kasihan dengan ibu bapa yang nak besarkan anak anak yang kos meningkat memang dasyat. Tapi kena sama sama ikhtiar dengan mohon dari Allah buka jalan.

Bila kita pasang niat, nanti akan datang projek yang boleh berikan hasil kepada kita untuk kita tampung kehidupan.

Jadi, cuba anda carik, apa yang anda boleh buat untuk anda dibayar gaji ghaib ? Anda pernah pergi bersihkan masjid ? Bagi anak yatim makan ? Bagi orang tua duit makan ?

Kalau belum anda buat sekarang dan amalkan sepanjang hayat anda. Anda boleh lihat perubahan diri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*