20
Mar

Konsep Berserah Dalam Membina Perniagaan

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, diberikan peluang dan rezeki pada saat ini. Blog ini juga sudah berusia hampir 9 tahun berkongsi info dan pengalaman saya sepanjang membina perniagaan dan meneruskan kehidupan.

Ramai yang sangka kejayaan dalam hidup ni adalah atas usaha dan amalan hidup sendiri. Tetapi hakikatnya kita ini tidak ada apa apa dan senang cerita kosong sahaja.

Anda mungkin bekerja makan gaji. Setiap hujung bulan anda akan mendapat gaji walaupun sebulan anda tidak bekerja sebabkan cuti tetapi SOP nya hujung bulan dapat duit.

Guru saya pesan, tanpa sedari boleh jatuh syirik sebab yakin yang hujung bulan dapat gaji dari boss atau majikan bukan dari ALLAH SWT.

Jika berniaga, siapa yang beri gaji kepada anda ? Siapakah yang memberi rezeki atas perniagaan anda ? Siapakah yang MAHA MEMBERI REZEKI ?

Kita sebenarnya perlu bimbingan supaya dapat mengingatkan semula kedudukan kita. Kita bukannya dilahirkan didunia ini untuk menjadi kaya atau menjadi senang. Tetapi untuk mengenal ALLAH.

Jika kita berniaga, rezeki adalah 100% daripada ALLAH. Bila berserah kepada Allah, kita akan mendapat peluang dan ruang dari sumber yang tidak disangka sangka.

Contoh paling mudah , anda tahu apa yang anda makan sarapan esok pagi? Mungkin makan roti canai atau lontong atau nasi lemak atau nasi beriani. Anda tak pasti. Tetapi Allah dah sediakan menu sarapan untuk anda esok pagi sebelum anda dilahirkan ke dunia lagi.

Apa yang anda perlu buat adalah berserah sahaja bulat bulat kepada Allah setelah berusaha. Dan Allah amat menyukai apabila anda gunakan rezeki yang anda terima untuk kebaikan.

Anda buat untuk sedekah , anda bantu anak yatim , bina pusat tahfiz, beri anak anak makan, Allah akan tambahkan lagi rezeki buat anda.

Antara amalan yang saya boleh kongsikan dengan anda setiap hari ialah selain dari transfer duit ke pusat tahfiz , anda boleh sedekah sejadah di surau atau masjid. Anda boleh wakafkan Al Quran, anda boleh bayarkan bil api masjid.

Satu petua yang saya belajar sebelum ini seperti membayar bil air masjid dan surau. Bayangkan bila anda membayar bil air tersebut rezeki datang mengalir kepada anda seperti mengalirnya jemaah yang mengambil wuduk di sana.

Anda akan saksikan kebesaran Allah bila anda lakukan berserah ini. Segala urusan dipermudahkan. Hidup anda diberkati. Itu yang paling mustahak.

Semoga sedikit perkongsian ini memberi kesan kepada anda. Dibawah ini adalah video tentang apa yang saya usahakan. Perjalanan hidup saya sama sahaja seperti anda atau mungkin lagi berliku dari anda.

Tetapi perjalanan ini bukan dari usaha saya tetapi semuanya dari gerak dan izin Allah.

layari : www.Gbn.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*