19
Mar

BANYAKKAN ISTIGHFAR UNTUK KELUAR DARI MASALAH

Nabi Muhammad SAW mengajar kita supaya setiap hari membaca / berzikir istighfar 70 kali  اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ

Jika ada sebarang masalah dan buntu mencari jalan penyelesaian, paling elok kita duduk menyendiri dalam bilik atas tikar sejadah dan kita istighfar selama 20 minit ke 30 minit.

Istighfar ini adalah meminta ampun daripada Allah SWT. Kita banyak membuat dosa dan atas dosa kita itu kita ditimpa musibah dan masalah.

Beristighfarlah kerana Allah akan memberikan banyak kebaikan di dalamnya.

Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa memperbanyakkan istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i).

Bacalah ia dengan hati dan merasai sehingga ke dalam jiwa kita. Pasti Allah akan memudahkan segala urusan kita.

Banyak ayat Quran dan zikir boleh dibaca oleh syaitan dan iblis tetapi istighfar tidak dapat dibuat oleh syaitan. Jika syaitan istighfar bererti syaitan sudah bertaubat.

Kes hutang banyak , tak ada pendapatan , sakit , kena gangguan atau buatan orang , anak degil dan macam macam masalah cara nak mengubatnya ialah dengan banyakkan istighfar. Banyak macamana pula ? Buatlah seribu ke atas.

Sebab itu kalau baca istighfar selama 30 minit ke 2 jam angka bilangan mencecah beribu. Pernah semasa saya membuat rawatan ke atas seorang patient saya minta patient itu istighfar dalam hati sepanjang proses rawatan.

Waktu itu saya lihat seolah olah ada sesuatu yang keluar dari wajahnya. Benda yang tak elok keluar dari tubuh patient. Anda boleh amalkan istighfar sebanyak yang boleh walaupun dalam hati sepanjang meneruskan hidup anda.

Inshaa Allah , segala kesulitan anda mendapat jalan keluar. Selagi namanya hidup, masalah pasti berlaku. Sama ada anda kena tipu, difitnah , dikeji , dihina , dipandang rendah. Semuanya anda tidak mahu tetapi ia datang kepada anda. Apa yang anda boleh buat adalah meminta ampun.

Semoga anda berjaya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*