19
Sep

EVOLUSI ATAU REVOLUSI

Assalamualaikum WBT

Ya sudah lama tak berkongsi dalam blog ini. Rasanya sudah berbulan bulan lamanya. Sekarang ini trend membaca blog sudah berkurangan dan yang tengah naik adalah trend melayan instagram.

Jadi Website ini sudah tidak sepopular dulu. Bukan sahaja website ini tetapi majoriti website atau blog sudah mendapat trafik yang kurang. Sekarang beralih ke media sosial.

Jika dulu orang berhubung menggunakan SMS, kini orang sudah jarang guna SMS tetapi guna Whatsap. Sebab teknologi whatsap adalah percuma dan boleh hantar gambar atau video.

Dulu orang selalu cuci gambar di kedai gunakan filem kodak. Kini semuanya boleh print sendiri sebab guna digital. Sebab itu syarikat gergasi kodak sekarang sudah gulung tikar.

Saya sudah jangkakan suatu hari nanti hal ini pasti akan berlaku. Persiapan sudah dibuat dari 3 tahun yang lalu. Anda pasti sudah mendengar ramai orang yang dulu namanya popular tetapi sekarang sudah pun senyap tidak tahu berita.

Bagi anda mungkin mereka sudah jatuh terduduk dan bisnes tidak berjalan. Saya kenal seorang yang dulu aktif dengan seminar minda bawah sedar dan otak tengah. Hari ini bertambah kaya walaupun sudah tidak buat seminarnya lagi. Selalu buat umrah dan haji, kereta semuanya beli cash. Dia buat bisnes apa ? Dia jual beli emas.

Anda mungkin pernah dengar nama popular seperti Dr Ibrahim yang dulu selalu anjurkan Millionaire Mindpower. Sekarang sudah jarang dengar iklan atau seminarnya tetapi anda tidak tahu, mungkin sekarang ini lebih kaya dari sebelum ini masa anjurkan seminar.

Orang yang dah ada modal akan mula pergi ke level lain. Contohnya kalau dah ada modal, mula melabur di luar negara. Seperti boss lama saya di syarikat insuran. Selepas menjual syarikat insurannya , duit modal digunakan dengan melabur ke luar negara dan dia banyak pergi bercuti.

Saya pula sekarang sibuk dengan membina rangkaian perlombongan emas digital. Setiap minggu akan outstation dan hari biasa sibuk bantu network saya dengan buat kelas. Inilah persiapan saya untuk 2 hingga 3 tahun lagi sebelum bersara walaupun sudah lama bersara tetapi kali ini bersara untuk fokus kepada mendalami ilmu tauhid.

Sebenarnya anda suka atau tidak suka, anda terpaksa tempuh perubahan arus tekonologi dan kehidupan anda. Anda jangan terkejut satu hari nanti bila satu pengumuman besar akan disampaikan oleh kerajaan dan anda terpaksa akur.

Bagaimana filem kodak boleh gulung tikar mereka akur. Orang sudah tidak perlukan filem kodak. Namun saya sedar sekarang ini , walau arus evolusi atau revolusi berlaku, diluar sana terlalu ramai dan masih ramai yang menghadapi masalah emosi dan spiritual.

Cuma medium penyelesaian sahaja yang mereka tidak jumpa. Kalau saya sendiri tidak gunakan media sosial dan hanya guna website ini sahaja. Sebab itulah website ini sudah hampir 10 tahun. Yang jumpa maknanya ada jodoh untuk mengenali saya. Allah gerakkan hati untuk mudahkan jumpa website ini.

Teruskan membaca post post sebelum ini. Inshaa Allah saya akan cuba kongsikan pengalaman dan idea di dalam blog ini di masa akan datang.

Persiapan yang saya sedang bina sekarang di website ini : www.GBN.my 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*