04
Jun

Kenali Peringkat ILMU

Assalamualaikum dan selamat berpuasa di bulan Ramadhan…

Hari ini saya ingin kongsikan tentang peringkat ILMU dan saya akan cuba terangkan dalam bentuk mudah untuk anda faham. Sebelum itu saya nak kongsikan mengapa saya nak kongsikan apa apa ilmu dalam blog ini.

Hidup kita sebenarnya kejayaan bukanlah daripada usaha kita. Kalau kita kaya, itu belum kejayaan lagi. Kalau kita rajin beramal dan rajin berpuasa itu pun belum kejayaan lagi.

Kejayaan yang sebenar adalah mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah SWT. Kejayaan nak masuk syurga bukan lah daripada amalan solat , puasa , zikir semata semata. Mengapa itu bukan kejayaan ?

Seorang hamba Allah yang rajin beramal , bertahajud dan berzikir . Satu hari datang malaikat membawa buku laporan. Lalu ditanya oleh hamba Allah itu kepada Malaikat. Ditanya , apakah buku tersebut.

Malaikat itu menjawab ia adalah buku senarai nama nama Ahli Syurga. Lalu orang alim itu bertanya adakah nama dia ada dalam senarai ahli syurga. Malaikat tersebut mencari dalam buku itu dan beritahu yang namanya tidak ada.

Terkejut orang alim itu kerana selama ini dia hanya membuat ibadah dan berzikir kepada Allah. Mengapa dia tidak dimasukkan ke dalam syurga.

Malaikat beritahu yang Allah masukkan hambanya ke dalam syurga dengan keredhaan dan rahmatNya. Apa yang orang alim itu lakukan hanyalah untuk dirinya sahaja dan mengharapkan balasan syurga.

Apa yang Allah cintakan adalah hambanya yang memberi kebaikan kepada hamba – hambaNya yang lain seperti menolong, sedekah dan zakat.

Dari cerita ini jangan huraikan yang tidak perlulah nak buat ibadah atau amalan. Maksud yang cuba nak disampaikan adalah itu tidak mencukupi untuk dapatkan redha Allah.

Jika tak buat amalan bagaimana nak harapkan keredhaan Allah. Jadi perlu buat untuk diri sendiri dan orang lain.

Semoga perkongsian saya dalam blog ini menjadi satu amalan untuk beri kebaikan kepada orang lain dan mendapat keredhaan Allah.

Semoga kita tidak putus asa dengan menharapkan bimbingan terus daripada Allah SWT yang disampaikan melalui macam macam cara.

Apa kaitan buah durian ini dengan ilmu yang saya nak kongsikan ? Bulan puasa ni tengok buah durian warna kuning kuningan ni memang terliur.

Ramai orang tahu ilmu terbahagi kepada 4. Jika anda baru tahu maknanya ini permulaan pembelajaran.

Peringkat ILMU :

1.Syariat
2.Tarikat
3.Hakikat
4.Makrifat

Nak faham dan bezakan empat peringkat ini saya gunakan buah durian sebagai contoh.
Syariat :
Peringkat ilmu syariat adalah buah durian itu sendiri. Dalam peringkat ini , anda belajar kenal bentuk atau gambar buah durian. Kalau orang tunjuk anda buah durian anda boleh ceritakan macamana nak kenal buah durian.
Tarikat :
Peringkat ilmu tarikat ini anda belajar bagaimana nak kopek buah durian. Anda tahu ada berapa cara nak kopek buah durian ? Ada berjuta juta cara. Tak ada yang betul dan tak ada yang salah.
Contohnya ada yang kata kopek pakai kapak. Ada yang kata kopek pakai pisau. Ada yang kopek pakai cangkul. Ada yang nak kopek pakai gigit. Ada yang kata kopek pakai gajah, harimau , unta, …. berjuta cara tak ada betul dan tak ada salah.
Tarikat ini adalah peringkat amalan atau praktikal.
Hakikat :
Selepas anda kopek anda baru nampak isi dalam buah durian. Anda saksikan bahawa buah durian itu warna kuning. Ada setengah isi durian warna merah , putih. Hakikatnya selepas kopek jumpa isi buah durian yang warnanya kuning.
Jadi dalam bab mengenal isi durian ( mengenal didalam ) ia sama dengan mengenal di dalam jasad kita. Apa yang ada dalam jasad kita ? ROH.
Bab ini lebih panjang kalau nak cerita. Banyak pengajian ilmu hakikat diajar oleh guru guru mursyid atau guru hakikat. Anda boleh belajar dengan mereka. Saya hanya nak bagi contoh perbezaan peringkat ILMU.
Makrifat:
Peringkat ilmu Makrifat ini adalah paling kemuncak. Apa yang kemuncak bila dapat buah durian ? Jawabnya ialah nak rasa keenakan buah durian itu.
Tidak ada guna kalau kenal dan tahu rupa tapi tidak merasai. Saya ceritakan buah durian dengan anda sekarang tidak ada gunanya kalau anda tak pergi beli buah durian dan rasa keenakan buah tu.
Dalam keilmuan makrifat adalah belajar untuk mendapat rasa. Bab dunia kalau cerita tentang kekayaan. Bagaimana anda nak berjaya kalau tak ada rasa nak berjaya. Bagaimana nak kaya kalau belum ada rasa nak kaya.
Kebiasaannya dalam ilmu perubatan banyak guna makrifat. Sebab itu perubatan ilmu hak menggabungkan keempat peringkat ilmu ini. Faham , yakin dan merasai.
Jika anda gunakan pemahaman 4 peringkat ilmu ini dalam pekerjaan harian anda, in shaa Allah potensi diri anda akan terpancar keluar. Kehebatan Allah SWT mencipta kita yang dalam diri kita sudah ada antibodi atau pun antidote.
Kalau ada masalah sakit sakit badan kita tepuk tepuk bahagian sakit itu dengan izin Allah, jadi sembuh.
Kalau ada sakit ekonomi seperti nak cari modal duit buat raya contohnya, niat doa pada Allah sambil yakin dan rasai gunakan hak sebagai khalifah di muka bumi ini, inshaa Allah dapat jalan keluar dari masalah dan capai hajat.
Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*