27
May

Selamat Menyambut Puasa Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum WBT

Sempena bulan Ramadhan tahun ini saya ingin ucapkan ribuan terima kasih buat semua pelawat blog hadzrin.com yang sudah masuk tahun ke 8 dan saya ingin ucapkan selamat berpuasa.

Bulan puasa ada banyak kelebihannya disebalik keletihannya. Bagi yang tahu , bulan puasa ini adalah kembali kepada fitrah ataupun bulan penyucian diri.

Apakah fitrah yang dimaksudkan ? Fitrah yang didalam setiap makhluk adalah roh. Roh tidak makan , roh tidak tidur dan roh tidak minum. Berpuasa adalah makanan bagi roh. Untuk kuatkan roh perlu lakukan yang sebalik daripada keperluan jasad.

Ilmu roh ini amat berat dan tidak semua orang boleh faham dan membawanya. Di sini saya cuma berikan asas sahaja. Apa yang anda faham tentang puasa walaupun sudah berpuluh tahun berpuasa. Jika tanya tujuan berpuasa pasti ramai yang menjawab puasa tahan dari makan dan minum.

Sempena bulan puasa ini kita ada peluang untuk menyingkirkan penyakit yang ada dalam badan kita. Contohnya penyakit darah tinggi, kencing manis , lebihan lemak dan kolestrol.

Organ organ dalaman juga kembali sihat sebab ia buang kotoran dari apa yang kita makan sepanjang hayat. Gula dalam badan pun berkurangan dan anda boleh dapatkan tubuh badan yang ideal.

Allah perintahkan sesuatu adalah untuk kebaikan makhluknya. Subhanallah maha suci Allah yang Maha Pengasih.

Semoga ada sedikit ilmu yang dapat disampaikan disini.

Salam Ramadhan ~

~MHS~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*