24 Feb |
ILMU PENTING UNTUK KEHIDUPAN YANG BERJAYA |
Salam ceria dan salam sejahtera.
Semoga anda di dalam perlindungan dan rahmat daripada Allah SWT dan semoga segala urusan anda dipermudahkan.
Alhamdulillah di masa terluang ini dan dengan limpah Rahmat Allah SWT saya ingin kongsikan dengan anda satu ilmu penting yang mana ramai orang pening mencari solusi tetapi tak jumpa.
Guru saya pernah beritahu pada saya masa kita dilahirkan di dunia ini adakah kita datang dalam keadaan kosong ? Ya kita datang kosong.
Jadi bila kita datang kosong mengapa balik membawa sesuatu ? Sesuatu itu apa ? Contohnya bawa harta , pahala , dosa , pangkat , kemewahan ….senang cerita balik bawak servenior.
Persoalannya adakah masuk syurga disebabkan daripada pahala yang dimiliki atau tidak ada dosa ? Anda boleh rujuk dengan ustad ustad yang arif masuk syurga itu adalah kerana rahmat Allah dan keredhaan Allah bukan pahala yang kita bawa.
Bab ini saya tidak mahu nak huraikan panjang disini kerana nanti salah interpretasi. Nak tahu lebih rujuk dengan guru guru murshid.
Saya ingin kongsikan bagaimana kita selesaikan pelbagai masalah kita dengan mengaitkan dengan mengosongkan diri kita ?
Jika anda mempunyai ilmu ini in shaa Allah anda jumpa solusi masalah berikut :
- Mudah dapat rezeki
- segala urusan mudah
- buang segala energi negatif dalam badan
- Niat cepat sampai
- Aura perisai diri
- Kewibawaan
- Merawat diri dari gangguan sihir dan syaitan
- Dan banyak lagi kebaikan yang Allah anugerahkan… insyaa Allah

Tinggalkan Komen Anda