03
Jan

Apa Perancangan Anda Di Tahun Baru ?

 Assalamualaikum WBT dan salam ceria,

Pembuka tirai bagi tahun 2017, dengan kesibukan persiapan untuk sekolah anak anak, buat alignment pada kerja dan postmortem bisnes.

Tahun 2017 ni nampak gaya banyak perniagaan mula nak naik ataupun masih di mode bertahan. Yang berjaya adalah yang banyak aplikasi manggunakan ilmu dari segi ilmu perniagaan dan ilmu rohani.

Salah satu mengapa saya memilih perniagaan adalah saya berpeluang untuk berjumpa ramai orang dan berkongsi ilmu. Saat keluar untuk berkongsi itu tidak mungkin dapat jika saya memilih untuk tidak mengajar.

Sebenarnya lebih banyak ilmu yang saya kongsikan, lebih banyak ilmu yang saya terima. Umpama jika kita selalu input sahaja tidak di outputkan , apa yang diperolehi itu tidak bergitu mahir atau lancar.

Ambik satu contoh kalau kita menghafal satu surah, dan kita tidak membacanya semasa solat berjemaah, surah yang kita hafal itu tidak begitu lancar.

Anda mungkin ada banyak perancangan. Ya setiap tahun perubahan perancangan pasti ada. Begitu juga dengan saya. Kita tidak ada perbezaan. Itu tidak menjadi masalah. Sebab semuanya sebenarnya sudah tertulis sebelum kita lahir lagi.

Kita ini umpama nak dinyatakan sahaja. Anda tidak tahu apa yang anda akan makan tengahari esok. Dan anda tidak pernah pun nak merancang esok nak makan apa.

Anda pergi jalan dan tiba tiba terpandang kedai jual nasi beriani kambing lalu anda order makanan itu. Sebelum anda nak order tu sebenarnya sudah pun tertulis dari dulu lagi cuma kali ini nak dinyatakan sahaja.

Buat sahaja dan yang lain berserah kepada Allah. Ikut sahaja flow kehidupan. Dalam kehidupan ini kita akan lalui liku liku hidup seperti kena tipu, tidak berjaya, tidak berkesan , tidak ada sokongan.

Perkataan tidak itu kalau digantikan dengan YA contoh tidak berjaya gantikan YA berjaya, tidak berkesan itu gantikan YA berkesan…. anda akan rasai perubahan yang ada dalam diri anda baik dari segi kekuatan fizikal atau mental.

Mengapa anda tidak perlu risaukan tentang perkataan TIDAK itu ? Sebab anda sudah faham dan tahu yang segala galanya sudah di tulis sebelum anda melaluinya.

Adakah anda ditulis dengan kegagalan ? Setiap orang sebenarnya berjaya. Itu Rahsianya. Jika dia gagal atau ditimpa kesusahan, dari sudut kejayaan adalah dia dalam proses untuk kebangkitan. Proses untuk berubah menjadi lebih baik. Jika berjaya dan senang sahaja dia akan lalai.

Kita sebenarnya mempunyai kekuatan yang luar biasa. Apa kekuatan luar biasa kita ? NIAT dan DOA. Ambil satu ketika anda perhatikan setiap pekerjaan yang anda lakukan dengan Niat atau doa dengan perkerjaan yang tanpa niat.

Ambik contoh anda nak angkat barang. Anda niat kan Ya Allah berikan kekuatan luar biasa untuk angkat barang ini. Anda akan dapati ianya menjadi mudah berbanding tanpa niat.

Begitu juga dalam hal urusan kerja contohnya urusan di pejabat kerajaan. Kalau terlupa niat atau doa, anda perhatikan muka pegawai atau staf di pejabat tu masam sahaja. Kalau guna niat dan doa urusan mudah sahaja.

Niat saya yang saya boleh kongsikan dengan ada ialah kali ini, saya niat untuk mula dengan program sharing di seluruh negara. Sharing tentang ilmu simpanan dan ilmu dalaman. Saya bukan pakar dalam bab ini tetapi saya percaya, jika saya berkongsi dan keluarkan ilmu saya, lebih banyak ilmu yang saya akan pelajari.

Bersambung nanti ya…

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*