31
Dec

Persiapan Menyambut Tahun Baru 2017

Salam Ceria dari kami warga kerja Hadzrin dot com.

Semua orang sudah mula bercakap tentang permulaan tahun baru 2017

Di sini saya ingin kongsikan dengan anda satu idea yang anda boleh buat. Nak tahu tak apa dia?!

Apabila kita telah sampai kepada hari yang bertarikh 31/12/2016 jam 11:59 malam.

Pada waktu malam anda bangun dan ambil wudhuk 5 minit sebelum waktu tersebut.

Seterusnya anda solat dari jam 11:59 hingga jam 12:05 misalnya Iaitu lebih kurang 6 minit saja, atau paling kurang dua rakaat solat kerana Allah azza wa jallah

Jadi perkara terakhir yang anda telah lakukan pada tahun 2016 adalah solat

Dan perkara pertama yang anda mula lakukan pada tahun 2017 juga adalah solat.

Apakah ada perkara yang lebih cantik daripada tahun yang anda mulakan dengan solat !?

Orang-orang lain semua menari dengan lagu-lagu dan bunyian seruling syaitan

Tetapi kita sedang bersujud kepada Tuhan kita

Jom kita jadikan solat ini dilakukan secara bersama-sama oleh setiap Muslim

Sampaikan kepada setiap orang yang anda cintai agar mereka juga turut menutup tirai tahun 2016 ini bersama anda dengan solat dua rakaat

Dan memulakan tahun yang baru dengan amalan yang paling dicintai oleh Allah ini

Jangan jadikan pesanan ini terhenti kepada anda sahaja

Jangan halang diri anda daripada menjadi sebab untuk mendapatkan kebaikan

Semoga tahun 2017 memberi satu kekuatan kebangkitan baru untuk anda !!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*