21
Nov

12 Amalan Menjemput dan Menarik Rezeki

Assalamualaikum WBT,

Saya doakan anda yang kerap menjengah Blog ini sihat walafiat dan mempunyai perubahan dan peningkatan diri dalam kehidupan ini.

Terlebih dahulu saya nak kongsikan pengalaman saya sepanjang menjalani perniagaan, menguruskan rumah tangga dan membuat kursus atau kelas motivasi. Apa yang saya inginkatakan adalah syukur alhamdulillah.

Setiap yang dilakukan adalah dengan izin Nya. Bukan atas kemampuan saya. Bukan atas kehebatan saya tetapi semuanya adalah dengan kehendak Allah.

Kejayaan demi kejayaan itu adalah milik Allah. Kegagalan juga merupakan kejayaan kerana setiap kali bila kita dalam kesusahan, itu bererti Allah menumpukan perhatian lebih kepada kita. Disaat itulah kita sentiasa berharap daripadaNya untuk bengkit semula.

12 Amalan yang saya kongsikan dalam poster ini adalah untuk anda tampal dan letakkan di dinding rumah anda. Jadikan sebagai amalan atau cara hidup seharian.

Biar saya rumuskan setiap amalan ini .

12 Amalan Menarik / Menjemput Rezeki :

1. Solat Awal Waktu

~ Anda peasan atau tidak, setiap kali bila anda selesaikan solat terlebih dahulu, anda boleh rasakan waktu itu sepeti menjadi lama.Sesibuk macamana anda waktu itu, jika anda sudah tunaikan solat, anda akan dapati segala urusan anda dipermudahkan. Bila urusan mudah, rezeki datang pun mudah.

2. Rajin Bersedekah

~ Ini adalah amalan wajib kalau anda nak berubah. Jika tak ada duit yang banyak , sedekahlah ikut kemampuan. Jika tak ada duit pun sedekahlah kudrat tenaga. Jika tak mampu nak sedekah kudrat tenaga, sedekahlah senyuman. Jika tak mampu nak sedekah senyuman, sedekahkan niat doa dalam hati. Sedekah ini adalah bagi orang yang hilang upaya.

3. Rajin tolong orang.

~ Orang yang kaya dan mendapat rezeki berlimpah ruah adalah orang yang rajin tolong orang. Yang suka ketengah bantu masyarakat. Tolong dalam apa jua hal. Baik tolong dengan tenaga, tolong dengan ilmu, tolong dengan wang ringgit. Bila anda membantu makhluk Allah, Allah akan bantu anda.

4. Selawat 1000 kali kepada Nabi Muhammad SAW

~ Apakah amalan yang Allah dan malaikat lakukan ? Jawapannya adalah selawat. Dalam Al Quran ada menyatakan Allah dan Malaikat berselawat ke atas Nabi. Ini kita HambaNya tidak berselawat dan itu sudah menunjukkan kepelikan. Jika Jika mengamalkan 1 kali Selawat, Allah dan malaikat akan berselawat ke atas kita 10 kali ganda. Jika 1000 kali selawat berapa pula Allah dan Malaikat berselawat kepada kita ?

5. Rajin Buang Sampah dan Halangan di Jalan Raya.

~ amalan kebersihan dan membantu memudahkan urusan orang lain amat disukai Allah. BIla Allah suka, kita mohon rezeki Allah makbulkan dengan segera.

6. Tidak mengungkit pemberian.

~ Anggaplah setiap kali pemberian anda adalah ikhlas. Dan jika boleh , anggaplah hutang yang anda berikan pun kira sedekah.

7. Suka menyampaikan Ilmu walaupun sedikit.

~ Anda jika nak belajar dipanggil INPUT. Jika mengajar dipanggil OUTPUT. Anda akan belajar lebih banyak jika anda banyak kali output. Bayangkan kalau kita tarik nafas sahaja dan tidak hembus nafas apa akan jadi ?

8. Baca Surah Al Waqiah

~ Amalkan baca surah ini setiap hari . Waktunya semasa lepas Dhuha atau sebelum tidur

9. Rajin berpuasa Sunat

~ Bila rajin berpuasa, ketika itu  barulah roh kita yang makan sebenarnya. Bila roh besar, magnet tarikan tenaga positif menjadi kuat. Ini termasuklah magnet menarik tenaga kerezekian.

10. Istighfar 100 kali.

~ Kita terlalu banyak tidak berlaku adil kepada Allah. Kebanyakannya pekara yang kita tidak sedari membuatkan Allah murka kepada kita. Jadi amalkan istighfar 100 kali setiap hari untuk mengharap keampunan daripadaNya. Bila Allah redha, Allah akan makbulkan permintaan kita.

11. Jangan buat mak ayah kita marah

~ Selagi mak ayah kita ada dalam dunia ini, kita pelu bersabar dan memberio yang terbaik kepada mereka. Kerana meeka telah banyak menghabiskan jiwa raga mereka kepada kita.

12. Niat Cari Rezeki Kerana Allah.

~ Jika kita mempunyai niat setiap kali pekerjaan kita adalah niat kerana Allah, ia akan secara automatik menjadi ibadah. Walaupun kita bekerja sebagai pemandu teksi, setiap pekerjaan kita adalah jihad ekonomi (ibadah ). dapat rezeki dan dapat pahala. Begitu juga dengan posmen, askar , polis , guru, peguam , doktor.

Selamat mengamalkannya. Jika anda rasa ramai yang perlu tahu amalan ini diluar sana, silalah kongsikan kepada mereka.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*