22
Sep

Amalan 21 Hari

 

Assalamualaikum WBT,

Perkara yang nampak mudah tetapi susah untuk dibuat adalah KOMPLEN atau perkataan lainnya merungut , mengomel, banyak songel dan sewaktu dengannya.

Tahukah anda? Sebelum anda nak mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik , anda lakukan PROGRAM 21 HARI TANPA KOMPLEN dan anda boleh lihat perubahan hidup anda yang sangat ketara.

Memang benar nampak macam mudah tetapi nak melakukannya memerlukan ilmu. Ilmu yang bukan di dalam kepala tetapi didalam jasad.

Jika anda kaitkan dengan kisah Rasulullah SAW berdakwah dahulu, Baginda dahulu mengambil masa 13 tahun untuk mengajar ilmu Tauhid. Ilmu menyatakan dan meng Esa kan Allah. Sebelum diperintahkan Rukun Islam iaitu Solat.

Untuk memahami ilmu Tauhid mengambil masa. Bila dah ada ilmu tauhid barulah diajar ilmu syariat iaitu Solat. Jika tidak solat itu menjadi kosong.

Apa kaitannya dengan tidak komplen dengan ilmu tauhid ini ?

Jika sudah memahami ilmu tauhid, kita akan faham bahawa apa yang berlaku pada kita semuanya bukanlah dari kita tetapi sudah ditentukanNya.

Sebagai contoh masa kita pergi ke restoran dan kita pesan makanan dan kita dapati lauknya sudah berbau. Kita tidak komplen tetapi kita fikir inilah ujian untuk kita dan inilah yang sudah tertulis LUH MAHFUZ cuma saat ini sahaja yang dijadikan kenyataan.

Sebenarnya hal ini telah berlaku kepada sahabat saya . Sejak dia amalkan 21 hari tidak komplen, sejak dari itu dia tidak pernah merungut dan memikirkan apa hikmah sebenarnya dari apa yang terjadi.

Hidupnya bertambah senang dan bahagia. Wangnya bertambah banyak, perniagaannya bertambah maju , kenalannya bertambah ramai yang positif dan kesihatannya bertambah baik.

Bagi dia , apa yang dia ada semuanya bukan miliknya. Duit yang banyak juga bukan miliknya tetapi milik Allah. Harta , keluarga semuanya milik Allah. Kesihatan sendiri pun milik Allah. Jadi apa yang dia miliki ? Tidak ada apa apa.

Jika kita tidak miliki apa apa , adakah kita berhak untuk komplen ? Mari kita saling ingat mengingati.

Semoga perkingsian ilmu ini memberi manfaat kepada kita. Apa yang saya tahu semuanya bukan milik saya. Semoga apa yang saya kongsikan dapat menambah lagi ilmu kepada saya untuk dikongsikan lagi. Sementara diberi peluang. Aminn.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*