26
Aug

Dah Redha Baru Boleh Jadi Kaya

Assalamualaikum WBT dan apa khabar pengunjung setia blog Hadzrin dot com.

Tak lama lagi, mungkin saya akan tukar imej website ini memandangkan themes ini sudah lebih 5 tahun tak tukar. Bank , KFC , Mcd atau syariakt syarikat besar semua akan belanja untuk naikkan imej.

Topik perbincangan hari ini agak unik dan ramai yang tak tahu. Yang tahu kehidupannya berubah 100% dan ini juga saya dah cuba amalkan.

Apa yang dimaksudkan dengan redha ? Redha bagi kita adalah menerima apa yang berlaku dengan sabar , beriman dan bersyukur. Untuk mendapat keredhaan dari Allah kita perlu redha dengan ketentuannya.

Allah redha tak sama dengan Allah izin.

Allah izin belum tentu Allah redha, tapi kalau Allah redha, pastinya Allah izin. Allah redha tu lebih tinggi dan impian paling utama.

Sqya kongsikan pengalaman beberapa individu yang boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk kita. Daripada pemerhatian terhadap apa yang berlaku kepada mereka, kita mungkin boleh mengubahkan pemahaman kita tentang kehidupan.

Seorang kenalan yang saya jumpa sebelum ini banyak terlibat dengan program FAST MONEY. Atau lebih dikenali sebagai skim cepat kaya. Ada orang anggap skim cepat kaya salah dan ada yang anggap ia sebagai peluang.

Bagi yang faham, apa jua skim yang ada di negara kita ini adalah money game. Termasuklah kalau simpan di ASB atau Unit Trust yang ada lesen.

Yang bukan money game kalau simpan duit bawah bantal macam orang dulu dulu. Berbalik pada kisah kenalan ini, dia suka join dengan mana mana skim cepat kaya sebab dia tidak mahu ketinggalan untuk jadi kaya juga.

Orang lain akan kutuk habis habis dekat orang yang suka buat skim cepat kaya. Kata pemalas , nak senang cara mudah , suka tipu orang lah….Tapi hakikatnya kalau berniaga kedai makan sekalipun atau buka kilang sabun sekali pun tak lari daripada kena tipu.

Kawan yang suka join skim skim money game ini tidak pernah pun merasa duit. Orang kata dia bodoh lah, padan muka kena tipu lah , tak serik serik lah. Tapi dia tetap mencari peluang kalau ada mana tahu rezeki dia sampai.

Duit dia jangan cakaplah banyak habis sampai beratus ribu. Yang habis berjuta pun ada juga. Tapi jika diperhatikan , setiap kali dia habis duit, dan dia redha, rezeki dia datang berganti dari tempat lain yang lebih banyak.

Kalau guna akal logiknya, mestilah bila hilang duit banyak dah seriau, maki hamun , pobia , join kelab anti skim, join orang yang negatif yang akhirnya dapat habis duit dan trauma.

Pengalaman saya juga sama. Habis beratus ribu kena tipu projek tak menjadi itu dah sendiri alami. Nilai bayaran yang mahal kena keluarkan untuk faham erti kehidupan.

Termasuklah kalau ada orang pinjam duit dengan kita dan bila dia tak boleh nak bayar balik, kita anggap sedekah sahaja, ia akan datang rezeki lain.

Jadi, kalau kita yang belum tahu tentang rahsia ini, kita hanya guna fakta sahaja. Fakta yang kalau keluar duit dapat untung. Kita tak letak formula Keluar Modal + Rugi + Redha = Untung atau Keluar Modal + Redha = Untung.

Seorang lagi kenalan yang duit di akaun bank memang ada berjuta. Kena tipu pun berjuta. Kawan ni pernah percaya pada seseorang yang berada di luar negara dengan membuka akaun bank atas nama kawan luar negaranya. Dia masukkan duit sebanyak RM3 juta ke akaun kawannya itu.

Dipendekkan certita, kawannya itu kaput semua duitnya. Projek luar negaranya tidak berjaya. Kawan ni pun hantar mesej pada kawan luar negaranya itu bagitahu tak apa lah bro, aku sedekah sahaja duit tu pada kau.

Dia redha dan terima itu adalah pengajarannya. Pedih tapi dia faham. Duit bukan miliknya. Milik Tuhan. Dia teringat mungkin dia ada buat silap dengan ayahnya tu yang Tuhan bagi pengajaran pada dia sampai hilang berjuta.

Lepas dia redha, tak lama , perniagaan luar negaranya berkembang dengan bantuan hamba Allah yang lain dengan keuntungan berlipat kali ganda.

Katanya, duit jangan sekali kali letak di dalam hati. Duit kena letak dalam tangan dan ia perlu diagihkan kepada orang lain. Rahsia dia berjaya sebab dia suka bersedekah. Suka cari rumah rumah tahfiz, anak yatim dan hulurkan sampul surat yang ada belasan ribu ringgit.

Kalau kena tipu, dia redha dia akan kata itu perkara kecil. Bila kena tipu dia angap sedekah dan dia menanam keazaman untuk kerja lebih kuat sebab nak tolong lagi ramai orang.

Kita kadang kala lupa diri. Mungkin kita anggap kita baik, solat tak tinggal, belajar ugama tinggi tetapi kita tak mampu buat apa yang orang lain buat semudah redha. Kalau kita rasa diri kita hebat, kita lupa kita belum pernah nak bersedekah sampai beratus ribu atau berpuluh ribu.

Semoga perkongsian kali ini kita dapat faham akan erti kehidupan. Apa yang kita fikir belum tentu betul dan belum tentu salah. Kita hanya mohon petunjuk daripadaNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*