08
Jul

Kisah Doa Yang Mustajab

 Selamat Hari Raya saya ucapkan buat anda yang mungkin sedang sibuk nak pulang ke bandar untuk kembali bertugas. Hari ini adalah 3 Syawal. Raya yang ketiga. Ada juga yang tidak beraya mungkin sebab tak ada fulus atau tak dapat balik ke kampung sebab bertugas.

Yang tidak beraya tu sebab tak ada fulus jangan bimbang. Sebab bukan tujuan raya ni nak kena ada banyak duit. Raya ni sambut sebab dah berjaya selesaikan rukun Islam yaini berpuasa selama sebulan. Dan sambutannya ialah dengan banyakkan bersyukur semoga dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan.

Sebenarnya untuk orang yang tak merasa raya tahun ni disebab kan tak ada duit nak bagi duit raya ke, nak balik kampung ke, nak beli baju raya ke, anda dah boleh mulakan tanamkan niat untuk mempunyai impian yang tahun depan adalah raya yang meriah buat anda.

Nak lagi persisten, jika nak belanja raya tahun depan perlukan RM10,000 , bolehlah sasarkan impian untuk ada RM10,000 simpanan raya bagi tahun depan.

Ini sebagai contoh, bukan bermakna perlu dibuat. Jika nak buat apa salahnya. Seperti yang saya bagitahu tadi, raya ni nak sambut kejayaan kita lalui bulan ramadhan. Tak ada fulus pun tak apa. Tak buat open house lagi bagus. Boleh sibuk pergi open house orang lain.

Saya nak kongsikan satu kisah tentang dua orang adik beradik ini. Si abang denga si adik. Si abang ni merupakan orang yang berjaya. Mempunyai rupa paras yang bagus dan mempunyai banyak wang dan kaya raya.

Si adik pula hidupnya daif. Hidupnya tidak bernasib baik seperti abangnya malah dia juga tidak sihat menggunakan tongkat untuk bergerak.

Suatu hari si abang yang berjaya ini, jumpa dengan adiknya semasa di kampung. Si abang kasihan melihat keadaan adiknya. Dia memberi nasihat kepada adiknya dan berkongsikan tentang RAHSIA kejayaan dia.

Katanya, semua rezeki yang diperolehi adalah daripada Allah SWT. Dia selalu berdoa mohon kepada Allah. Agar diberikan kekayaan, wang yang banyak , harta yang banyak dan kesihatan yang bagus supaya dia boleh memberikan kebaikan kepada orang ramai.

Si adik bersetuju dengan cara abangnya. Dia sangat setuju yang rezeki semua daripada ALLAH SWT. Ada satu rahsia yang terbesar lagi si abang ingin kongsikan kejayaan dengan adiknya. Rahsia itu adalah selain daripada berdoa, hendaklah menuliskan apa jua hajat dan impian itu.

Abangnya sentiasa tulis impiannya dan hajatnya dan selepas menulis , dia berdoa untuk mendapatkannya. Si adik bersetuju untuk mengikuti apa yang diajar oleh abangnya.

Masa berlalu dengan pantas. Sedar tidak sedar, si abang menjadi semakin kaya. Kekayaannya berlipat kali ganda daripada sebelum ini. Dia sangat bersyukur dengan nikmat dan kebahagiaan yang Alah berikan kepadanya.

Semasa pulang beraya ke kampung dia bertemu dengan adiknya. Kelihatan adiknya tidak ada apa apa perubahan. Mungkin dia tidak amalkan apa yang si abang ajarkan.

Jadi si Abang fikir , mungkin biarlah dia sahaja bantu apa yang patut pada adiknya. Adiknya sangat gembira dengan bantuannya itu. Si abang berikan duit raya sahaja.

Tidak lama kemudian, kesihatannya si adik yang semakin tenat dan menjadi lemah. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan berlinangan air mata. Abangnya juga rasa sedih dengan pemergian adiknya.

Setelah selesai pengkebumian arwah si adik, si abang melihat lihat sekeliling rumah yang ditinggalkan adiknya yang bersama dengan ibunya. Dia masuk ke bilik tidur adiknya.

Dalam laci meja dia terjumpa satu buku nota. Si abang membuka buku nota tersebut.

Si abang membaca apa yang arwah adiknya tuliskan.

” YA Allah Ya Tuhanku. Engkau yang Maha Memberi dan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maafkanlah aku selama ini aku berdoa tanpa menulis terlebih dahulu. Kali ini , aku betul betul berharap kepada Mu Ya Allah. Aku menulis agar kau capaikan Hasratku Ya Allah. Ya Allah, ya Tuhanku, Kau makbulkan lah segala DOA abangku yang Allah. “

Makbulkanlah segala doa abangku ya Allah. Amin.

Apabila terbaca sahaja tulisan adiknya itu, si Abang baru sedar yang selama ini, rahsia kejayaan nya adalah daripada doa adiknya. Berlinanglah air mata si abang. Tanda kesesalan yang amat. Dia bertaubat dan insaf kerana selama ini menyangka kejayaannya adalah daripada doanya.

Sebenarnya, doa adalah senjata kita yang hebat. Seorang ulama memberitahu kisah tentang doa seorang mukmin. Dia menangis setiap malam dan berdoa kepada Allah di atas kesusahan yang dia hadapi. Selama bertahun lamanya doanya belum dimakbulkan.

Sehinggakan para malaikat mendengar doanya itu dan simpati  di atas tangisan hamba Allah itu. lalu malaikat bertanya kepada Allah, ya Allah mengapa tidak dimakbulkan doa hamba Mu itu ?

Allah menjawab, Allah amat mencintai hambanya itu. Allah amat suka mendengar rintihan hambaNya itu. Jika dimakbulkan doanya, maka tidak lagilah hambaNya itu merintih. Berbanding hambaNya yang engkar, Allah benci mendengarnya lalu dimakbulkan terus doanya itu. Subhanallah.

Semoga kita sentiasa berdoa sepanjang hayat kita. Kerana tidak ada lagi tempat pergantungan selain daripada Allah.

Promosi Iklan :

Kursus Tendai pada 24 hb Julai

Boleh layari www.kursustendai.com 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Sugono Galih

July 11, 2016 at 11:11 am

Semoga saya pribadi bisa mengambil hikmah dari artikel di atas, aamiin..