12
Jun

Aktiviti Bulan Ramadhan

Salam Ramadhan buat anda. Semoga Bulan Ramadhan ini kita sama sama dapat meningkatkan ketakwaan kita dan amalan kita bagi bekalan akhirat.

Bila kita dah faham akan peranan kita , kita akan cuba elakkan daripada menyakiti orang termasuklah menjaga tutur kata kita kerana itu semua akan dihisab nanti.

Baru baru ini , saya dan team saya membuat lawatan ke lokasi gelandangan di ibu kota untuk salurkan bantuan makanan dan pakaian. Amat menyayukan hati apabila melihat mereka.

Jika anda katakan anda susah , banyak tanggungan , tak ada kerja tetapi anda masih boleh guna internet , wassap, itu belum seteruk orang gelandangan.

Jika lihat anak anak kecil gelandangan ini yang umurnya masih bawah setahun, cuba anda bayangkan lepas anak itu lahir ia tidak kenal erti ada rumah. Yang dia dapat lalui ialah tidur atas surat khabar dan sebelah tong sampah.

Saya kongsikan post ini adalah untuk membuka peluang kepada anda untuk tukar persepsi yang selama ini anda susah perlukan bantuan, apa kata anda pula yang salurkan bantuan.

Jika tidak ada duit nak diberi, berilah tenaga anda yang Allah anugerahkan penuh nikmat itu.

Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk membantu mereka. Jika lihat anak anak kecil, orang berumur hidup di jalanan, anda pastinya lihat diri anda yang selesa berada dalam rumah dan pejabat mulai rasa bersyukur.

Biarpun kita tidak ada duit tetapi kita ada lagi tempat berteduh, ada handfon, ada TV.

Guru saya pesan, jika kita bantu orang miskin dan gelandangan , besar ganjaran pahalanya dan inssya Allah ia jadi bekalan akhirat.

Jika anda juga ingin menyumbang kepada mereka ini, anda bolehlah pergi ke jalan Tengku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Sumbanglah pakaian lama kerana mereka amat memerlukan.

Semoga perkongsian sedikit dari saya hari ini dapat membuka pandangan anda tentang peranan kita sebagai hamba Allah di dunia ini.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*