12
May

Menutup Kebocoran Wang

 Menutup Kebocoran Wang satu topik yang sangat menarik kerana ia tidak ada jawapan yang tepat. Ia terlalu subjektif. Kalau zaman sekarang ini tidak ada istilah duit tak bocor. Mengapa ? Nanti saya kongsikan.

Kalau zaman dahulu kala kita boleh katakan semua orang dapat elakkan kebocoran wang. Mengapa ? Sebab zaman dulu tak pakai wang tapi pakai barang buat pertukaran kalau pernah dengar sistem barter.

Kalau anda tengok cerita nujum pak belalang lakonan P. Ramli, mahar dia terima jumpa lembu dengan orang kampung adalah separuh guni beras dan separuh guni gandum. Jadi nujum pak belalang tidak pernag kebocoran wang sebab wang tak wujud zaman itu.

Mengapa kebocoran wang tidak wujud zaman sekarang ? Wang kalau tidak digunakan atau tidak dibelanjakan itu dah jadi wang simpan. Apa jadi kalau simpan wang ? Nilai wang itu semakin turun.

Dulu anda boleh beli nasi lemak harga RM1 sebungkus. Akan datang anda punya duit seringgit itu tak boleh nak beli nasi lemak. Oppps…sekejap! Bukan akan datang. Sekarang ni pun nasi lemak sebungkus dan RM2.50. Akan datang RM10 boleh jadi. Saya sangat beruntung sebab depan rumah saya ni ada orang jual nasi lemak RM1 lagi. Kalau saya berniaga nasi lemak saya ambik stok dari sini pun dah untung kalau jual RM2.00

Di Jepun, bank sana akan kenal pasti penyimpan akaun bank di sana yang tidak membelanjakan duitnya akan dikenakan denda. Sebabnya bila tak belanja duit simpanan bererti tidak ada pergerakan ekonomi negara itu. Jadi anda jangan risau kalau anda tak ada banyak simpanan dalam bank.

Walaupun anda ada banyak simpanan dalam bank, siapa sebenarnya yang untung ? Sudah tentu sekali bukan anda. Sebab bank yang boleh rolling duit anda untuk buat duit lagi banyak. Jadi jangan lah anda risau dan sedih mengeluh sana sini dalam akan bank tak ada RM1 juta.

Saya bukanlah tahap kaya raya gila untuk menasihatkan anda tetapi saya faham akan proses kehidupan kita ni. Bayangkan kalau sekarang ini umur kita dah 40 tahun. Lagi berapa tahun je usia kita sebelum kita pulang ke kampung asal kita. Jadi nak simpan banyak banyak duit pun akhirnya siapa yang dapat duit simpanan kita ?

Saya pernah berkhidmat di amanah raya berhad pada tahun 2000. Peranan amanah raya ialah semua orang yang meninggal dunia hartanya akan dihantar ke amanah raya termasuklah simpanan di ASB. Proses untuk pindah milik ke waris tidak mudah dan makan masa yang lama. Ada kes yang sampai belasan tahun masih lagi tak selesai.

Seperti yang saya bagitahu awal awal di atas , topik ini sangat subjektif . Tidak ada jawapan tepat. Jangan anda lepas baca post ini anda terus belanjakan semua simpanan anda dan anda mula benci pada simpanan. Sebenarnya saya belum kongsikan dengan anda formula saya.

Apa formula saya ? Formula yang saya gunakan untuk kawal duit keluar melampau ? Tak juga. Saya pun belanja deras setiap bulan. Kadang sehari sampai beribu belanja. Tanggungan banyak. Jangan fikir anda sahaja yang banyak tanggungan. Semua orang yang dah namanya ketua keluarga pasti ada bebanan yang nak dipikul.

Bagaimana formula saya ? Ada 2 formula. Pertama bekukan dan formula kedua adalah gandakan. Bekukan maknanya saya bekukan duit. Saya tak simpan duit. Saya bekukan duit. Bagaimana ? Letak dalam peti ais ke ? Itu serupa macam simpan bawah katil.

Saya bekukan duit dengan membeli emas. Dapat sahaja pendapatan saya beli emas. Simpan emas tak sama dengan simpan duit sebab emas ni sentiasa naik harganya berbanding duit. Jadi saya tidak risau pasal inflasi. Dan tentu sekali saya tidak simpan duit banyak di bank.

Simpanan emas saya simpan di peti besi di bank sahaja. Bila nak pakai duit, saya cuma cagar emas itu sedikit sedikit. Itu pun untuk membayar komitmen. Saya tak macam anda yang ada gaji tetap. Saya ada pendapatan yang tidak menentu. Kalau setahun tidak ada pendapatan dari mana lagi saya dapat menampung kehidupan ? Ya dah tentu dari simpanan. Dan simpanan itu bukan duit tetapi emas.

Bila sebut emas anda mesti phobia sebab dah terkena masuk skim emas. Itu adat nak kenal dunia. Dah kena baru faham. Dah sesat baru pandai jalan. Dah sakit baru otot naik kalau anda ni kaki main gym. Adat dunia. Jadi kena lalui lah kalau nak berjaya.

Yang mana kata takut takut nak melabur atau nak berniaga biasanya dia belum pernah berjaya. Orang yang dah berjaya kebanyakannya orang yang dah tersungkur. Carilah orang yang pernah berjaya dan sekarang ini tersungkur, Dia pasti boleh naik balik sebab tu pun kalau dia yakin dia boleh naik kembali.

Bagaimana nak beli emas ? Bersepah orang jual emas. Kalau anda nak beli dengan saya pun saya tak berapa nak jual emas saya sebab saya terpaksa carik ganti. Jadi janganlah nak rasa takut takut kalau nak beli emas dengan saya sebab saya memang tak suka jual emas. Tetapi saya suka membeli emas. Kalau anda nak pakai duit nak jual emas, saya sedia membeli.

Sekarang anda dah tahu pasal bekukan duit dengan formula pertama. Kedua anda perlu tahu formula satu lagi gandakan pula duit. Bagaimana nak gandakan duit ? Anda kenalah berniaga atau buat dua kerja.

Jangan cakap sekarang ini tak da kerja atau projek. Terlalu banyak peluang asalkan anda tahu dan mencari. Contohnya anda pasti pernah dengar UBER ? Kalau anda pemandu teksi mesti anda tak puas hati. Terima lah hakikat , orang yang buat uber boleh dapat seminggu RM4,000.

Kalau saya sendiri bawak teksi dapat sebulan RM4,000 dan dapat tahu kalau buat Uber dapat RM4,000 seminggu, saya dengan pantas tukar dari bawak teksi bawak uber terus. Nak boikot uber buat apa. Kalau tempat kerja pun boleh buat macam asal dengar je syarikat lain offer gaji besar terus pindah tukar kerja. Takkan setakat kerjaya lain tak boleh buat sama.

Buang ego kita kalau nak uruskan kehidupan kita itu sebenarnya. Buang ego kononnya dalam akaun bank tak ada duit tetapi dengan ada kefahaman yang bukan semestinya duit banyak boleh bahagia. Rupanya emas banyak pun boleh bahagia.

Nanti adalah yang mula pertikaikan kenapa banyak emas tak nak bayar zakat. Orang yang tak bayar zakat atau kedekutlah yang selalu kesempitan. Dia sempit sebab tak pernah keluar bayar zakat. Orang yang macam saya ni yang jenis tak ada pendapatan tetap memang itulah yang kami wajib buat.

Apa lagi peluang yang ada ? Emas untuk bekukan duit bukan bagi pendapatan. Soalan bodoh macam berbunyi bila saya beli emas ni, berapa pendapatan bulanan saya boleh dapat ? Jenis spesis macam nilah yang selalu kena tipu masuk pelaburan emas. Jangan marah saya sebab dulu pun saya fikir macam ni dan kena tipu jugak. Bila dah kena baru kita faham dan belajar.

Nak gandakan kena cariklah projek. Banyak projek diluar sana yang boleh bagi pendapatan tambahan. Kalau anda cakap zaman sekarang ni zaman kemelesetan sebenarnya anda banyak campur dengan orang yang tertekan dengan isu semasa. Anda tidak kenal orang yang buat sehari sejuta.

Kita sebenarnya tidak dapat buat apa apa untuk teruskan kehidupan ni bila malam itu menjadi lama. Dan matahari timbul dari barat. Dah kiamat barulah semuanya terlambat. Barulah boleh katakan tak ada apa yang boleh dibuat.

Jadi sekarang ini masih ada kesempatan. Kesempatan untuk bertaubat dan kesempatan untuk berdoa pada ALLAH mohon mudahkan segala urusan.

Akhir sebelum saya tamatkan post kali ini, saya nak kongsikan dengan anda peluang yang saya sendiri buat. Terpulang pada anda untuk jadikan pilihan anda dalam mencarik projek.

Projek yang saya jalankan tak banyak pulangannya. 20% setiap bulan. Maknanya kalau perbelanjaan saya perlukan setiap bulan RM20,000 , ertinya modal perniagaan saya RM100,000.

Buka restoran RM300,000 belum tentu dapat pendapatan bersih setiap bulan RM20,000. Seperti yang saya nyatakan tadi, formula ada 2 bekukan dan gandakan. Gandakan pun kena tahu di mana. Kalau ada rezeki untuk anda , tidak ke mana rezeki anda itu.

Jika anda berminat nak intai peluang yang saya bina, anda boleh lihat webiste www.JuaraMulia.com . Semua projek peluang memang saya kongsikan disitu. Saya bukan buat duit dari jual IBU DUIT. IBU DUIT orang tak jual sebab ibu duit sendiri dah boleh bagi duit. Buat apa nak jual benda yang boleh bagi duit.

Bagi saya ibu duit adalah anda sendiri. Anda sendiri yang menarik duit yang ada. Tapi tarik tanpa power jadinya tak power. Nak power kena menuntut ilmu lagi. Belajarlah dengan sesiapa sahaja. Ada yang caj sampai ratusan ribu. Sudah tentu mahal sebab nak dapat pun banyak. Kalau nak belajar silakan. Tapi yang penting , bukan belajar dengan saya. Belajar dengan saya ambik masa yang lama. Nak ekspress cari guru lain.

Intipati yang penting saya nak kongsikan disini ialah kita ni bukan kekal selamanya di dunia atau kekal selamanya miskin dan kaya. Kita boleh berubah kalau kita dah faham.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*