17
Apr

Membela Kucing Juga Dapat Menarik Rezeki

Beberapa bulan lepas , ada seorang hamba Allah nak membuang anak kucingnya. Ada dalam 5 ekor jumlahnya. Disebabkan kasihan , saya bercadang untuk mengambil dan membelanya. Tambahan pula salah seekor darinya sedan sakit dan hampir nak mati.

Lepas saya membawa pulang kucing kucing itu, mulalah proses penjagaan kucing . Yang sakit tu saya hantar ke klinik haiwan dan isteri saya yang bagi penjagaan insentif.

Ramai orang yang suka dengan kucing, termasuklah anak anak saya. Tapi dalam kesukaan dengan kucing tu yang tak tahan nak dibuat ialah buang tahi kucing.

Kerja buang tahi kucing ni sapa lagi kalau bukan saya. Bila suruh anak maman mereka lari. Macam tu lah kehidupan dalam bisnes. Nampak mudah dan nampak cantik tapi disebaliknya ada keperitan dan kepayahan sebelum berjaya.

Jadi, kalau anda  nak bela kucing , anda kena sanggup untuk buang tahi kucing ya. Kalau anda nak berniaga , anda perlu sanggup buat dari bawah .

Anda masih ingat kehidupan anda sebelum berkahwin dan beca sepas berkahwin ? Sebelum berkahwin , kalau dalam tangan ada RM5 itu dah boleh hidup dan bortahan selama seminggu. Macam tu lah saya dulu.

Selepas kahwin , rezekinya lain madam sikit . Kalau dulu masa bujang  berlanja di pasaraya tak pernah tolak troli , tapi bila dah kahwin , macam benda wajib kena pakai troli masa berbelanja.

Maknanya kita ada beberapa mulut yang nak disara. Dulu mulut kita sahaja yang nak disara. Kucing pun makhluk Allah. Ia pun nak makan dan nak tempat berteduh.

Anda mesti nak tahu apa yang berlaku pada saya selepas membela kucing ya ? Sudah tentu dalam blog ini saya banyak kongsikan pengalaman sebenar dan realiti kehidupan. Kebanyakannya kehidupan saya.

Saya pun tak lari dari diuji. Biasalah , dunia ini tempat ujian peperiksaan. Bila lulus baru lah kita tahu , kita masuk ke tingkat mana dalam syurga bagi orang Islam.

Rezeki alhamdulillah bertambah. Saya dilantik sebagai salah seorang pengarah dalam syarikat , peluang hasilkan produk baru , peluang dapat kenderaan baru , peluang tambah simpanan dan peluang untuk melancong setiap minggu.

Kalau orang tanya apa kerja yang saya buat ? Kadang jawab buang tahi kucing. Orang yang negatif akan rasa jijik dan jadikan sebagai satu peluang untuk menjadikan bahan kritikan dan bahan fitnah. Bukan sahaja tahi kucing, tahi manusia pun saya basa buang.

Hidup kita ni bukan untuk mengejar kehebatan , kekayaan tapi kejar rahmat dan keredhaan Allah SWT sebab itulah tiket untuk kita masuk ke syurga.

Dua cara sahaja untuk kita masuk ke syurga iaitu dengan Rahmat Allah SWT dan dengan syafaat daripada Nabi Muhammad SAW. Bukan nak masuk syurga dengan harta , rupa , ilmu , amalan. Tapi dengan rahmat dan syafaat.

Cuba anda perhatikan kenalan atau rakan anda yang membela kucing. Bagaimana kehidupan mereka ? Ada sahaja duit nak beli makanan kucing dan pasir kucing kan. Bukannya murah belanja barang kucing ni. Seminggu boleh cecah RM100. Amacam ? Anda sanggup nak belanja banyak tu ?

Lepas ini , jika anda nak mula bela kucing dengan harapan nak menarik rezeki , anda boleh cuba. Tapi paling penting , bukan  kerana nak rezeki nombor satu tetapi mengharapkan keredhaan Allah. Bila Allah redha , Allah akan hantarkan rezeki kepada kita melalui malaikat Mikael.

Semoga perkongsian artikel ini memberi anda satu idea dalam mengharungi kehidupan anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*