22
Feb

Rezeki Sudah Ditetapkan

 

Assalamualaikum WBT,

Lama sangat saya tak berkongsi pengalaman dalam blog ini. Idea banyak nak kongsikan tapi bila dah  sampai masa cerita, terpaksa siapkan kerja lain yang tengah menunggu. Sementara masa terluang di kedai kopi ni , saya update lah blog ini. Maaf jika ada kesilapan ejaan sebab taip laju kejar masa.

Ramai juga yang email dan wassap tanyakan lama tak kongsi di blog. Tak sangka blog sudah hampir lapan tahun. Ada juga follower blog ini sekarang ni dah jadi orang hebat hebat.

Ramai yang tak tahu, masa saya mula mula kongsikan di blog ini saya hanya gunakan komputer di cybercafe. Bayar RM2 untuk 2 jam waktu itu. Komputer belum ada ketika itu. Sebenarnya waktu di cybercafe saya siapkan kerja saya sambil update kongsikan dalam blog ini.

Blog ini seperti diari hidup saya. Saya kongsikan pengalaman dan perancangan yang saya nak buat. Dulu memang ada saya kongsikan yang saya ingin mulakan bisnes emas.

Waktu itu nak beli emas 1 gram pun belum ada bajet. Tetapi perlahan lahan la naik dan rezeki itu datang. Bukan terus buat emas terus jadi kaya. Terus terang buat emas bukan jadi cepat kaya. Ramai yang ingat bila buat emas dengan modal tak seberapa boleh jadi jutawan.

Perlahan lahan naik dan percayalah yang rezeki setiap orang sudah ditetapkan dan sudah ada. Bila dah sampai masanya , pasti dapat dengan syarat selalu minta pada Allah. Bukan minta pada orang. Mintalah nak hidup senang, nak jadi kaya dari Allah. Bila layak barulah Allah bagi .

Layak bagaimana ? Kalau  diberi kaya nanti , apa yang nak dibuat dengan kekayaan itu. Saya pernah jumpa orang yang kaya sekelip mata, dalam puluhan juta dapat dan miskin sekelip mata.  Apa dia buat dengan duit baanyak baanyak tu ya ?

Sekarang ini saya beli emas dahulu kemudian baru cagar emas itu untuk beli barang besar seperti motor, laptop. Jika beli terus bäräng, simpanan habis begitu sahaja.

Jika sekarang ini anda sedang rungsing, tak ada apa nak buat, banyak masalah , tak ada duit, banyak hutang, orang menyampah , sebenarnya dulu juga saya mengalami hidup begitu.

Orang tidak tahu selama sebulan saya dan anak sulung saya masa itu dia masih bayi lagi duduk dalam kereta untuk tunggu isteri saya balik kerja. Itu waktu ada kereta. Satu masa saya minta isteri saya berhenti kerja kerana sudah tidak mampu untuk hantar dia ke tempat kerja.

Dulu isteri bekerja di Shah Alam. Saya tinggal di Putrajaya. Tol minyak setiap hari pergi dan balik RM40. Jadi isteri berhenti bukan saya dah ada pendapatan. Jadi bermulalah saya yang mencari rezeki dan waktu itu saya tawakal. Buat apa sahaja yang boleh datangkan pendapatan.

Saya juga pernah menjadi supir kepada sahabat saya yang waktu itu bertujuan nak pakai kereta. Setiap hari saya akan hantar sahabat saya itu kemana dia nak pergi termasuk hantar anak dia ke sekolah. Kereta sahabat saya tu sedut minyak memang tak ingat.

Waktu itu impian dan harapan untuk hidup senang memang berkobar kobar. Sebab itu saya faham , siapa siapa yang email mengadu masalah mereka pada saya pasal kehidupan mereka, saya nasihatkan tempuh sahaja. Bila sampai masanya pasti akan berubah . Kalau putus asa dan menyalahkan diri, memang tak boleh buat apa dah.

Apa yang saya perasan paling ketara ialah bila suami yang bekerja mencari rezeki dan isteri uruskan rumah , aturan rezekinya lebih jelas tinggi berbanding suami isteri bekerja.

Saya perasan , bila kawan kawan lain yang pasangan masing masing bekerja, mereka peruntukan untuk bayar RM350 ke RM 500 untuk hantar kepada orang jaga anak. Kalau anak 3 orang , separuh gaji habis ke  penjaga budak.

Inilah fitrah dari dahulu lagi. Urusan mencari rezeki biarlah tanggungjawab lelaki. Dari zaman Nabi SAW lagi , isteri baginda dan para sahabat hanya uruskan rumah tanga.

Tetapi jika suami isteri sama sama buat perniagaan , itu yang terbaik. Saya selalu pergi ke kawasan Bangi Gate Away dan disitu boleh tengok ramai perniagaan suami isteri. Sambil layan pelanggan suami mengendong anak, dan isteri tidurkan anak. Memang kagum dengan pasangan yang begini.

Kelebihan mereka ialah dapat besarkan anak anak depan mata sendiri. Usahawan mula mula memang kena lalui susah senang bersama. Bila dah berjaya nanti bolehlah kongsikan dengan orang lain yang baru nak mula hidup.

Saya sudah lalui hidup senang kemudian susah kembali kemudian senang kembali dan jatuh kembali. Bila dan benar benar faham akan kehidupan , baru lah hati menjadi tenang. Selalu saya kongsikan dalam program seminar atau kursus yang saya anjurkan.

Sekarang ini , apa perancangan saya ? Sudah tentu ada perancangannya. Biarlah saya kongsikan pada 2 tahun akan datang. Itupun jika anda masih sudi ziarah blog ini. Dulu anda dah tau perancangan saya untuk tingkatkan hidup dengan berniaga emas. Selepas emas, apa pula ? In shaa Allah, jika dah memang rezeki ke arah itu dan rezeki dah ditetapkan, anda boleh lihat perancangan saya itu menjadi realiti.

Sedikit perkongsian , pada 28 hb Februari ini, saya dijemput untuk berkongsi ilmu di Pasir Gudang. Jika anda terlepas peluang , mungkin rezeki anda bukan pada bulan ini. Mungkin lain hari tak tau bila. Kalau anda berkesempatan, bolehlah hubungi urusetia di poster di bawah.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*