Archive for 2016
31 Dec |
Persiapan Menyambut Tahun Baru 2017 |
Salam Ceria dari kami warga kerja Hadzrin dot com.
Semua orang sudah mula bercakap tentang permulaan tahun baru 2017
Di sini saya ingin kongsikan dengan anda satu idea yang anda boleh buat. Nak tahu tak apa dia?!
Apabila kita telah sampai kepada hari yang bertarikh 31/12/2016 jam 11:59 malam.
Pada waktu malam anda bangun dan ambil wudhuk 5 minit sebelum waktu tersebut.
Seterusnya anda solat dari jam 11:59 hingga jam 12:05 misalnya Iaitu lebih kurang 6 minit saja, atau paling kurang dua rakaat solat kerana Allah azza wa jallah
Jadi perkara terakhir yang …
21 Nov |
12 Amalan Menjemput dan Menarik Rezeki |
Saya doakan anda yang kerap menjengah Blog ini sihat walafiat dan mempunyai perubahan dan peningkatan diri dalam kehidupan ini.
Terlebih dahulu saya nak kongsikan pengalaman saya sepanjang menjalani perniagaan, menguruskan rumah tangga dan membuat kursus atau kelas motivasi. Apa yang saya inginkatakan adalah syukur alhamdulillah.
Setiap yang dilakukan adalah dengan izin Nya. Bukan atas kemampuan saya. Bukan atas kehebatan saya tetapi semuanya adalah dengan kehendak Allah.
Kejayaan demi kejayaan itu adalah milik Allah. Kegagalan juga merupakan kejayaan kerana setiap kali bila kita dalam kesusahan, itu bererti Allah menumpukan …
22 Sep |
Amalan 21 Hari |
Assalamualaikum WBT,
Perkara yang nampak mudah tetapi susah untuk dibuat adalah KOMPLEN atau perkataan lainnya merungut , mengomel, banyak songel dan sewaktu dengannya.
Tahukah anda? Sebelum anda nak mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik , anda lakukan PROGRAM 21 HARI TANPA KOMPLEN dan anda boleh lihat perubahan hidup anda yang sangat ketara.
Memang benar nampak macam mudah tetapi nak melakukannya memerlukan ilmu. Ilmu yang bukan di dalam kepala tetapi didalam jasad.
Jika anda kaitkan dengan kisah Rasulullah SAW berdakwah dahulu, Baginda dahulu mengambil masa 13 tahun untuk mengajar ilmu Tauhid. Ilmu menyatakan …
26 Aug |
Dah Redha Baru Boleh Jadi Kaya |
Assalamualaikum WBT dan apa khabar pengunjung setia blog Hadzrin dot com.
Tak lama lagi, mungkin saya akan tukar imej website ini memandangkan themes ini sudah lebih 5 tahun tak tukar. Bank , KFC , Mcd atau syariakt syarikat besar semua akan belanja untuk naikkan imej.
Topik perbincangan hari ini agak unik dan ramai yang tak tahu. Yang tahu kehidupannya berubah 100% dan ini juga saya dah cuba amalkan.
Apa yang dimaksudkan dengan redha ? Redha bagi kita adalah menerima apa yang berlaku dengan sabar , beriman dan bersyukur. Untuk mendapat keredhaan dari …
08 Jul |
Kisah Doa Yang Mustajab |
Selamat Hari Raya saya ucapkan buat anda yang mungkin sedang sibuk nak pulang ke bandar untuk kembali bertugas. Hari ini adalah 3 Syawal. Raya yang ketiga. Ada juga yang tidak beraya mungkin sebab tak ada fulus atau tak dapat balik ke kampung sebab bertugas.
Yang tidak beraya tu sebab tak ada fulus jangan bimbang. Sebab bukan tujuan raya ni nak kena ada banyak duit. Raya ni sambut sebab dah berjaya selesaikan rukun Islam yaini berpuasa selama sebulan. Dan sambutannya ialah dengan banyakkan bersyukur semoga dapat berjumpa lagi dengan …
01 Jul |
Tangga Kejayaan Ibarat Tangga Yang Ada… |
13 Jun |
INGAT 11 Perkara Ini Jika Ingin BERJAYA |
Gambar yang saya kongsikan ini adalah semasa majlis anjuran syarikat saya untuk malam penganugerahan EJEN EJEN syarikat .
Hari ini saya ingin kongsikan POINT POINT untuk anda dan saya boleh berjaya.
1) Jangan takut gapai IMPIAN
2) Tulis IMPIAN-IMPIAN anda dan tampal di tempat yg anda boleh LIHAT setiap hari
3) Anda KAWAL bisnes anda, bukan bisnes anda KAWAL anda
4) Kelilingi diri dengan golongan yg sama PEMIKIRAN
5) Setiap hari INSPIRASI diri dengan menonton Video dan membaca Bacaan yang menginspirasikan anda
6) Siapakah IDOLA …
12 Jun |
Aktiviti Bulan Ramadhan |
Salam Ramadhan buat anda. Semoga Bulan Ramadhan ini kita sama sama dapat meningkatkan ketakwaan kita dan amalan kita bagi bekalan akhirat.
Bila kita dah faham akan peranan kita , kita akan cuba elakkan daripada menyakiti orang termasuklah menjaga tutur kata kita kerana itu semua akan dihisab nanti.
Baru baru ini , saya dan team saya membuat lawatan ke lokasi gelandangan di ibu kota untuk salurkan bantuan makanan dan pakaian. Amat menyayukan hati apabila melihat mereka.
Jika anda katakan anda susah , banyak tanggungan , tak ada kerja tetapi anda masih boleh guna …
12 May |
Menutup Kebocoran Wang |
Menutup Kebocoran Wang satu topik yang sangat menarik kerana ia tidak ada jawapan yang tepat. Ia terlalu subjektif. Kalau zaman sekarang ini tidak ada istilah duit tak bocor. Mengapa ? Nanti saya kongsikan.
Kalau zaman dahulu kala kita boleh katakan semua orang dapat elakkan kebocoran wang. Mengapa ? Sebab zaman dulu tak pakai wang tapi pakai barang buat pertukaran kalau pernah dengar sistem barter.
Kalau anda tengok cerita nujum pak belalang lakonan P. Ramli, mahar dia terima jumpa lembu dengan orang kampung adalah separuh guni beras dan separuh guni gandum. …
17 Apr |
Membela Kucing Juga Dapat Menarik Rezeki |
Beberapa bulan lepas , ada seorang hamba Allah nak membuang anak kucingnya. Ada dalam 5 ekor jumlahnya. Disebabkan kasihan , saya bercadang untuk mengambil dan membelanya. Tambahan pula salah seekor darinya sedan sakit dan hampir nak mati.
Lepas saya membawa pulang kucing kucing itu, mulalah proses penjagaan kucing . Yang sakit tu saya hantar ke klinik haiwan dan isteri saya yang bagi penjagaan insentif.
Ramai orang yang suka dengan kucing, termasuklah anak anak saya. Tapi dalam kesukaan dengan kucing tu yang tak tahan nak …
09 Mar |
Kursus Pengijazahan Tendai Yang Terdekat 27 hb Mac 2016 |
Assalamualaikum WBT bagi anda yang berminat untuk menuntut ILMU Tendai, bolehlah KLIK di gambar diatas ataupun Klik di link ini : www.KursusTendai.com. Semua info lanjut ada di link tersebut.
22 Feb |
Rezeki Sudah Ditetapkan |
Assalamualaikum WBT,
Lama sangat saya tak berkongsi pengalaman dalam blog ini. Idea banyak nak kongsikan tapi bila dah sampai masa cerita, terpaksa siapkan kerja lain yang tengah menunggu. Sementara masa terluang di kedai kopi ni , saya update lah blog ini. Maaf jika ada kesilapan ejaan sebab taip laju kejar masa.
Ramai juga yang email dan wassap tanyakan lama tak kongsi di blog. Tak sangka blog sudah hampir lapan tahun. Ada juga follower blog ini sekarang ni dah jadi orang hebat hebat.
Ramai yang tak tahu, masa saya mula mula kongsikan …
14 Jan |
Seminar Potensi Kekayaan Diri 2016 |
Tahun 2016 ini amat dirasai berlaku dengan pantas sekali. Awal tahun nak ke hujung tahun ini pasti kita rasa amat sekejap.
Waktu yang kita ada amat terhad ini kita tak gunakan dengan baik kita amat rugi. Saya juga mencari jalan untuk terus kongsikan ILMU yang saya ada untuk sesiapa yang ikhlas nak belajar.
Atas permintaan ramai, saya menganjurkan program membangkitkan potensi kekayaan diri tahun ini. Ilmu yang telah dipraktikkan lebih 5 tahun dan ramai yang mendapat kesan darinya.
>>> Jika anda berminat , anda boleh hubungi /wassap kepada …
