25
Nov

Nak Cepat Kaya

Ramai yang bertanya bagaimana nak jadi cepat kaya ?

Kalau nak cepat kaya kena buat program atau skim cepat kaya. Tak betul kah begitu ? Tapi ramai yang join skim cepat kaya tak pun jadi kaya malah ada yang hilang segala galanya.

Mengapa jadi begitu ? Kena faham, join dengan buat tak sama. Contoh anda bukak restoran dan jalankan restoran. Adakah sama ? Bayangkan anda bukak restoran lepas tu anda tinggalkan biarkan sahaja kedai makan itu terbuka. Apa jadi ?

Berbanding anda buka kedai makan dan jalankan setiap hari jaga kaunter , ambik order , masak , beli lauk , kira untung rugi.  Pastinya kedua duanya pemahamannya penting.

JANGAN sekali kali JOIN Skim Cepat Kaya. Nasihat saya kalau jumpa peluang skim cepat kaya anda BUAT! Bukan Join sahaja. Bagaimana nak Buat ? Anda belajar cari guru anda sendiri. Mengapa saya bagitahu anda suruh anda buat ? Sebab itu adalah pilihan anda sendiri. Risiko anda sendiri yang faham dan tanggung.

Sebagai contoh seorang kontraktor na dapatkan projek bernilai RM10 juta. Untuk dapatkan projek itu, kontraktor itu perlukan modal dalam RM 1 juta. Adakah dia tahu yang risiko kalau tak berjaya dapat buat projek RM10 juta itu dia akan kehilangan RM1 juta ? Adakah orang akan bagitahu pada dia kau join je RM1 juta keluar modal nanti kau tunggulah dapat projek RM 10 juta tu.

TIDAK! Dia pastinya berusaha dan dah ada ilmu bagaimana menjalankan projek kontraknya. Dia faham akan risiko dan selok beloknya. Dia tidak akan menyerahkan sahaja buta buta duit dia untuk dapatkan projek itu. Adakah kontraktor juga satu program cepat kaya ? Sudah tentu. Sebab kalau berjaya cepatlah kaya.

Anda pastinya antara orang yang banyak terkena habis modal dan habis duit join skim cepat kaya. Mengapa anda dah habis join skim cepat kaya tetapi masih lagi menyertai skim cepat kaya yang baru ? Jawapannya ialah anda ingn mencuba. Jika anda tidak mencuba pun, duit anda akan habis ke tempat lain.

Saya kenal ramai yang dah habis duit malah sampai berjuta duit dia sangkut dalam skim cepat kaya. Tetapi bagi mereka itu adalah risiko yang mereka tanggung. Ada juga yang dah sepuluh tahun buat skim cepat kaya, tahun ke sepuluh buat barulah menjadik. Yang sebelum itu banyak habis duit dan tidak dapat duit.

Kalau anda baru pertama kali nak buat skim cepat kaya saya ucapkan bersedialah untuk menghadapi apa jua kemungkinan. Sama ada anda kena tipu, atau anda kehabisan duit disebabkan salah percaturan. Apa maksud salah percaturan ? Bila anda lihat sesuatu skim telah lahirkan ramai yang berjaya dan waktu itu baru anda nak buat, waktu itu anda tidak sedar yang skim itu sudah di hujung hujung.

Anda nak buat jangan salahkan sesiapa termasuklah orang yang ajak anda sebab kalau berjaya anda seorang yang menikmati. Kalau gagal, dah tentu orang lain pun sama gagal.

Saya bagi contoh mudah. Di Kajang dulu ada satu tempat nasi beriani yang sangat sedap. Pemilik kedainya kalau masak ayam memang sangat lazat sampai anda boleh makan 5 ketol ayam sekali hadap. Gerai nasi beriani ini lokasinya di tepi jalan.

Selama tiga tahun gerai itu beroperasi sehinggalah tuan tanah gerai itu suruh pemilik gerai itu keluar dari tanahnya. Pemilik gerai itu terpaksa berhentikan perniagaan nasi berianinya lalu dia pun berpindah ke negeri lain. Apa yang berlaku selepas itu, pelanggan pelanggan yang selalu datang ke gerai dan makan ayam goreng sampai 5 ke enam ketul dah kempunan tak dapat nak merasa lagi. Sepanjang 3 tahun menikmati nasi beriani lazat itu terpaksa dijadikan kenangan.

Yang mana pelanggan baru sekali makan tak rasa puas nak datang lagi makan sudah tidak ada. Namun walaupun gerai itu tidak ada lagi tetapi orang lain ada juga yang buat nasi beriani dan mungkin lagi sedap atau yang sama dengannya. Jadi pelanggan sudah ada pilihan nak makan di tempat lain.

Begitu juga dengan program cepat kaya. Setiap kali kalau satu program itu tutup, pastinya ada program lain yang dibuka baru. Jadi bagaimana nak halang daripada join ? Kalau tak join skim cepat kaya , pastinya duit habis buat bayar hutang atau beli gajet.

Lagi sekali saya tekankan disini, kalau nak cepat kaya, jangan JOIN skim cepat kaya tetapi BUAT Skim cepat kaya. Buat tu bagaimana ? Anda belajar untuk jalankan program itu. Bukan semua skim cepat kaya menipu. Contohnya Skim Forex. Jika anda pandai dan belajar forex , pastinya anda boleh kaya .

Nak tahu apa lagi skim cepat kaya ? Multilevel Marketing. Ya ini pun skim cepat kaya. Saya tabik pada skim yang membantu ramai orang berjaya. MLM adalahsalah satu platform. Adakah MLM salah dari segi undang undang ? MLM dah ada lesen. Jadi cariklah apa jua MLM dan Buat bukan JOIN. Kalau join sahaja jangan mimpilah nak kaya. Nak dapat duit pun mustahil.

 

Berapa cepat buat skim cepat kaya ? Biasanya 2 tahun dah nampak hasil. Bukan 2 minggu atau 2 bulan. Walaupun skim cepat kaya tetapi ia ambik masa lebih setahun. Sebab itu ramai yang tak sabar buat skim cepat kaya. Belum sebulan dah putus asa. Itu buat skim cepat kaya, bukan skim kerja kerajaan sampai pencen 60 tahun.

Sebelum anda nak jadik kaya join skim cepat kaya anda perlu bersedia dengan beberapa ceklist berikut :

  • 1. Jangan tamak. Jangan habiskan semua duit anda. Itu menempah maut. Kalau nak join pun jangan sampai duit susu anak anda habis digunakan. Kalau duit susu anak habis pun saya pasti ada kawan anda yang boleh belikan susu anak anda.
  • 2. Jangan join sahaja. Buat sekali. Belajar.
  • 3. Ada niat untuk bantu orang lain. Nak kaya dalam skim cepat kaya adalah bantu orang bawah anda kaya, automatik anda kaya
  • 4. Jangan tinggalkan amalan sedekah sebab anda tidak tahu rezeki itu datang dari mana.
  • 5 . Rajin berkongsi peluang. Kalau anda sendiri yang join kemudian anda daftar kan sahaja diri anda , seperti anda buka kedai makan dan makan sendiri.
  • 6. Jangan kedekut ilmu dan kedekut nak melabur modal insan. Bagi ilmu dan bagi oksigen pada group anda.
  • 7.Perlu ada sasaran untuk meneruskan sesuatu pekerjaan sehingga BERJAYA
Jadi sekarang ini, anda sudah tahu bagaimana nak menjadi KAYA dengan pantas ? Ya , buat program cepat Kaya. Bukan join program cepat kaya. Ada modal besar nak main kontraktor dapat projek juta juta ? Tak ada kenalah carik projek yang modal tak besar tapi boleh buat juta juta.
Andainya projek itu memerlukan kerja keras jumpa jumpa orang buat presentasi anda tiada pilihan kecuali membuatnya. Sebabnya anda nak manjadi kaya dengan cepat. Lagi cepat anda buat dan lagi cepat anda jumpa ramai orang lagi cepat anda menjadi kaya.
Jika anda tidak suka dengan cadangan untuk manjadi kaya dengan cepat ini, anda bolehlah berikhtiar cara mistik seperti buat program tarik duit . Masuk hutan yang sunyi sepi tiada seorang manusia ada disitu dan buat ritual tertentu. Tak berani jadi kena buat yang mudah seperti yang saya kongsikan tadi, MLM atau skim cepat kaya. Risiko perlu dihadapi sendiri.
Mengapa anda perlu hadapi risiko ? Kerana anda sekarang pun MEMPUNYAI  risiko yang anda tidak sedar. Risiko :
  • kena buang kerja,
  • risiko gaji tak cukup sebab barang naik,
  • risiko kereta kena tarik sebab tak bayar,
  • risiko hilang kawan sebab pinjam duit tak bayar
  • Kena halau dari rumah sebab tak bayar bank atau sewa
  • Risiko penyakit sehingga tidak boleh bekerja
  • Risiko mengecilkan hati orang tua sebab lama tak balik tak ada duit dan tak mampu nak bagi duit kepada ibu bapa.
  • ……Jadi , jika anda tidak berani untuk mangambil risiko, anda perlu memikirkan sesuatu yang anda tidak duga.
Semoga perkongsian ini memberi anda IDEA , dan ILHAM bagaimana nak mengubah hidup anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*