10
Oct

Tabung Kebebasan Kewangan Tabung FFA

Kalau kita buat servey terhadap 100 orang, 10 orang akan mengangkat tangan yang mengatakan dia tidak bekerja lagi . Maknanya dia bekerja sendiri. Dan daripada 10 orang yang angkat tangan itu bila ditanya, siapa yang sudah ada kebebasan kewangan , yang akan angkat tangan hanya seorang. 1/10 orang berniaga dan 1 /10 daripada orang berniaga sudah memiliki kebebasan kewangan.

Anda selalu dengar atau cakap pasal kebebasan kewangan tetapi apa sebenarnya kebebasan kewangan ?Adakah Jutawan itu bebas kewangan ? Tidak juga. Sebab saya kenal ramai jutawan yang masih sampai sekarang ini bertungkus lumus kerja macam kuli.

Satu cerita yang saya nak kongsikan dengan anda. Seorang kawan lama saya berbangsa cina buat bisnes sama sama dengan saya. Dia cakap, dia bila ada duit dia akan beli rumah kedai. Daripada rumah kedai yang dia beli, dia dapat pendapatan sewa.

Contohnya rumah kedai dia 3 tingkat. Tingkat paling atas dia sewakan RM1,000. Tingkat 2 RM2,000 dan tingkat bawah sekali RM3,000. Jumlah duit sewa dia dapat sebulan RM6,000.

Dia beritahu dia pakai kereta buruk sahaja. Lepas dia beli rumah kedai baru dia beli kereta dan keretanya dibayar menggunakan duit pendapatan sewa kedainya. Sekarang dia dah ada 3 buah biji rumah kedai.

Daripada 3 buah biji rumah kedai, dia mempunyai pendapatan selesa sebulan RM18,000 ke RM20,000. Duduk di kampung sahaja.

Kalau nak jadi macam dia, kena ada modal besar untuk beli rumah kedai. Berapa harga rumah kedai sekarang ? Kalau di Kuala Lumpur, susah nak carik yang bawah RM1 juta.

Tetapi, ada kaedah lain yang anda boleh capai kebebasan kewangan dan ianya bermula dari modal kecil. Nak tahu ? Nanti saya akan kongsikan. Sebelum itu, saya nak terangkan tentang Tabung FFA. Apa itu tabung FFA ?

Tabung FFA adalah tabung Financial Freedom. Dalam bahasa melayunya tabung Akaun kebebasan Kewangan.

Berapa pendapatan anda sekarang ? Contohnya pendapatan anda sekarang RM5,000 sebulan. JIka anda mendapat RM5,000 sebulan dari sumber lain, adakah anda akan berhenti kerja ? Itu anda fikirkan dan pilih sendiri.

Katakan pendpatan sebulan anda RM5,000. Setahun darabkan 12 bulan ia jadi RM60,000 setahun pendapatan. Apa yang anda perlu buat adalah mencari pelaburan yang selamat seperti simpan di tabung haji yang bagi pulangan 10% setahun.

Pulangan tabung haji bagi pulangan 10% setahun yang mendapat RM60,000 setahun. Jadi bererti, anda memerlukan duit sebanyak RM600,000 untuk simpan tabung haji yang bagi 10% setahun dan mendapat pendapatan pasif RM60,000 setahun.

Bila anda bahagikan dengan 12 bulan, RM60,000 bahagi 12 menjadi RM5,000 sebulan. Ini sebagai illustrasi, 10% setahun. Saya tahu anda mungkin akan terkedu sebab tabung haji pernah bagi 8% setahun atau kurang lagi. Ini idea dahulu. Perlaksanaan kemudian kita ungkaikan.

Jangan kira yang bagi pulangan 8% sehari. Yang itu pun saya ada plannya tetapi bukan untuk semua orang. Orang yang berani ambik risiko sahaja yang boleh. Yang duit tak berapa nak banyak simpan sahaja di tempat yang selamat seperti di tabung haji.

Jadi, anda sudah dinyatakan yang anda memerlukan RM600,000 untuk mendapat RM5,000 setiap bulan. Ini bermakna RM600,000 adalah Tabung FFA anda.

Bagaimana anda nak mengumpul RM600,000 dalam masa terdekat ? Lagi cepat anda kumpul lagi cepat anda mencapai kebebasan kewangan. 

Bayangkan bila anda dah capai kebebasan kewangan , anda boleh berhenti kerja atau suruh isteri anda berhenti kerja untuk beri tumpuan jaga anak anak.

Suka atau tidak suka anda kena cari peluang untuk bolehkan anda buat RM600,000. Jangan mimpi nak dapat duit jatuh dari langit , atau nak tarik duit alam ghaib. Kalau adapun maharnya anda tidak akan mampu mak bayar.

Paling senang nak dapat, anda kahwin dengan orang kaya sama ada isteri anda kaya atau suami anda kaya. Seperti seorang sahabat saya, bapa mertuanya hadiahkan dia hotel untuk dia jalankan.

Cara orang marhen macam saya ataupun mungkin anda, boleh lah gunakan peluang yang ada berbillion billion di luar sana. Ambik contoh peluang yang saya kongsikan dengan ramai orang sejak tahun 2009. Anda boleh klik disini 

Program yang saya buat ini berperingkat peringkat. Bermula dari dalaman sehinggalah ke kerjaya. Dari orang yang tidak ada apa apa , sehinggalah orang itu mempunyai simpanan emas.

Bila dah ada emas , saya akan kongsikan bagaimana emas dia boleh buat duit dan beranak. Itulah yang saya kongsikan bersama group Quantum Sukses (AQS ). Anda boleh klik disini  untuk lihat peluang ini sama ada ia sesuai untuk anda atau tidak.

Yang benar benar serius boleh buat sama sama saya. Yang sombong dan rasa dirinya lebih hebat tak perlu lah. Sebab apa yang saya buat ini adalah daripada modal kecil hingga boleh mencapai impian. Yang banyak tanya tindakan kurang makin lambatlah nak capai tabung FFA.

Zaman sekarang semuanya nak cepat. Bukan setakat nak makanan segera, informasi segera malah TINDAKAN juga segera baru boleh berjaya. Nak tunggu dan lihat, banyak peluang telah lepas ke orang lain.

Mulakan merancang berapa TABUNG FFA anda dan mulakan membuat kerja untuk mencapainya. Sesuatu yang sangat berharga bukanlah wang dan emas tetapi MASA. Anda lambat, anda ketinggalan.

Bila ketinggalan, anda masih lagi tidak bebas .

[KLIK pada Gambar dibawah]

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*