23
Oct

Orang Kaya Adalah Orang Yang Soleh

Anda biasanya pernah lihat atau dengar hal orang orang yang kaya ni kononya mereka adalah orang yang sombong , berlagak , kedekut ( bakhil ) , kuat menipu , pentingkan diri sendiri , cakap besar…. dan sebenarnya itu BUKAN orang kaya.

Orang orang yang anda lihat hidupnya kaya dan mewah tetapi mempunyai perangai seperti yang diatas tadi sebenarnya mereka itu adalah orang yang bermasalah. Duit memang banyak , tetapi hidupnya tidak bahagia dan tertekan.

Orang lain mungkin mempunyai masalah duit tetapi orang yang dilihat seperti kaya mempunyai masalah kesihatan , masalah keluarga , masalah hutang , masalah perhubungan. Kita mungkin lihat mereka ini senang tetapi kita tidak tahu yang mereka adalah orang yang bermasalah.

Jadi , bagaimana sebenarnya orang yang kaya ? Anda jangan terpedaya, mungkin orang yang naik motor EX5 sebenarnya orang kaya.

Saya ingin kongsikan di post kali ini tentang mencari jalan menjadi kaya yang sebenar. Sebabnya saya terlalu banyak mendapat email atau mesej rintihan orang orang OKU (Orang Kurang Untung ) ini yang menyatakan kononnya mereka ini berhak untuk menjadi kaya sebab mereka banyak tanggungan , mereka berhak menjadi kaya kononya mereka adalah khalifah di muka bumi….

Bukan tidak boleh menjadi kaya. Boleh. Kena usaha lebih la. Saya sendiri sedang usaha. Bukan tujuan menjadi kaya semata mata tetapi masa depan yang terjamin. Bukan masa depan di dunia tetapi di akhirat yang di cari.

Berbalik pada pandangan anda tentang orang kaya yang diatas tu seperti berlagak, sombong…. kerek… eksyen… Saya ingin kongsikan beberapa orang yang saya kenal dan dia memang kaya tetapi mereka ini ada perangai yang pelik.

Seorang kenalan orang yang kaya saya kenal, dia ini suka bersedekah. Setiap hari Jumaat dia akan sedekah makanan di masjid. Biasanya sedekah nasi , sedekah air minuman , sedekah pisang , epal. Jika dia dapat sedekahkan kepada 500 orang jemaah masjid yang solat jumaat , dan 500 orang tersebut melakukan solat Jumaat, mempunyai tenaga lepas makan pisang yang dia sedekah, ganjaran pahala solat jumaat juga orang yang sedekah makanan itu dapat.

Jadi , adakah orang yang kaya itu seorang yang kedekut ? Adakah dia mendapat hasil jualan pisang dari sedekah hari jumaat ?

Orang kaya ini juga banyak buat amal. Saya dapat tahu separuh dari pendapatannya dia sedekahkan kepada tabung bantuan orang susah. Jadi, adakah orang kaya ini kedekut ? Orang kaya ini lagi banyak keluar sedekah lagi banyak rezeki datang kepadanya.

Anda juga pernah lihat komen komen di facebook orang yang dinamakan Hater atau yang kononnya pandai seperti keybord warior. Bila lihat orang lain senang macam kaya dia komen dekat orang lain yang dilihat hidup mewah duit banyak banyak tu sedekah lagi bagus…katanya.

Orang sedekah takkan nak hebohkan. Orang yang kalau dilihat hidup senang kita tak tahu yang mereka ini memang banyak sedekah dan sebab itu hidupnya senang. Yang komen suruh orang sedekah tu hidupnya sempit sebab harapkan orang lain sedekah kepadanya.  Jadi yang berlagak sebenarnya siapa ? Orang kaya atau orang yang tak kaya ?

Semua orang berpeluang menjadi kaya sebab semua orang adalah khalifah di bumi ini tetapi tidak semua orang boleh jadi kaya. Peluang ada tetapi nak jadi belum tentu. Ibarat peluang untuk sedekah ada depan kita tetapi kita tidak mahu nak sedekah. Ibarat tabung roda masjid lalu depan kita untuk kita masukkan duit tetapi kita tolak tabung itu ke orang sebelah semasa dengar khutbah jumaat.

Orang yang banyak sedekah memang layak menjadi kaya. Sebab mereka tahu nak hargai pemberian Allah dengan berkongsikan rezeki itu dengan makhluk Allah yang lain. Sekiranya anda nak jadi kaya , apakah sumbangan anda pada orang lain ? Kita akan bincangkan lebih lanjut bab ini di post akan datang.

Seorang lagi orang kaya yang saya kenal yang perangainya pelik ialah dia suka buat kerja yang hina. Bukan bererti dia suka buat kerja hina merompak, menipu atau bisnes maksiat. Itulah persepsi kita lihat sebab banyak sangat tengok filem KL Gangster.

Kerja hina yang orang Kaya saya kenal ni buat ialah dia setiap pagi atau malam waktu orang dah tidak ada di masjid, dia akan pergi cuci tandas masjid. Anda pernah lihat orang yang cuci tandas masjid ? Mungkin anda siap sound dia cakap dia cuci tak bersih. Anda tidak tahu yang dia tu sebenarnya orang Kaya. Anda tidak tahu dia pergi cuci tandas tu bawak kereta mercedes.

Pernah saya tanya , kenapa dia sanggup buat kerja begitu. Dia bagitahu yang kita ni hidup sebenarnya untuk mendapat keredhaan dan Rahmat dari Allah semata mata. Bukan hiudp untuk menjadi Kaya. Allah bagi kita peluang jadi Kaya ada sebabnya. Lagipun bagus juga kerja sebagai pencuci tandas masjid boleh pakai kereta BMW.

Agak pelik perangai orang kaya. Anda lihat pencuci tandas sebenarnya tidak pun kaya. Walaupun dah bertahun lama cuci tandas. Mereka cuci sebab harapkan gaji. Orang kaya cuci sebab harapkan redha Allah. Sebab itu Allah redha dan Allah berikan apa sahaja yang dia minta termasuklah minta menjadi Kaya.

Orang kaya amat faham akan sumber kekayaan mereka. Sumber mereka adalah dari Allah. Jadi dengan melakukan amalan yang Nabi Muhammad SAW ajar kepada kita maka kita ikut sahaja secara automatik, kita akan secara terus menerima sumber kekayaan tersebut iaini Allah yang memiliki segala kekayaan alam semester. Allah yang Maha Kaya. Itulah sumbernya.

Bayangkan jika selalu kondem orang lain iaini Makhluk Allah yang mungkin orang yang kita kondem itu kekasih Allah, dan selalu mengeluh, mengadu pada orang lain, bukan mengadu pada pemilik alam semester, bagaimana nak mendapat sumber kekayaan itu.

Sebab itu orang yang kaya sebenarnya amat takut nak jadi sombong, bongkak , takbur , cakap besar dan kedekut sebab itu yang akan dimurkai Allah dan rezeki akan ditarik balik. Anda faham sekarang mengapa dan bagaimana nak jadi Kaya ? Anda faham sekarang mengapa anda belum capai apa yang anda nak ?

Anda mungkin cakap saya pandailah buat cerita . Sebenarnya saya juga sedang berusaha. Kita tidak tahu akhir hayat kita bagaimana. Tidak ada sesiapa yang tahu. Jadi sekarang ini kita usaha dan berusaha. Jika kekayaan itu kita dapat kumpul sekarang , kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan di akhirat. Kejar akhirat , dunia akan ikut.

Anda boleh kongsikan dengan orang lain ilmu ini. Sedikit sebanyak perkongsian anda ini orang lain amalkan anda menjadi puncanya dan anda juga mendapat kongsi ganjaran pahala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

EBOOKAKU

November 5, 2015 at 1:21 am

terbaik master.. minta kerapkan lagi tulisan dalam blog master.. saya pembaca setia tulisan master.