06
Oct

Nak Hidup Berubah Kena Pindah

Tajuk post kali ni saya nak kongsikan bagaimana kita boleh berubah dengan cara berpindah rumah atau pindah pejabat.

Sebelum itu saya nak tanya pada anda dahulu. Pernahkah anda berjalan jalan di pasar malam atau pasar tani? Sekiranya anda berniaga di pasar saya mohon maaf. Ini hanyalah sebagai proses pembelajaran.

Setiap kali anda jalan di pasar , balik dari situ anda akan merasakan diri anda begitu penat dan tertekan.

Mengapa ini berlaku? Sebenarnya di tempat tempat seperti pasar terlalu ramai orang yang mengeluarkan gelombang negatif. Mempunyai perasaan yang negatif dan pandangan negatif.

Maksud pandangan negatif ni adalah selalu mengeluh , komplain , stress , tak bersyukur dan suka menyalahkan orang lain.

Jika anda tidak percaya anda boleh buat kajian sendiri dengan memerhatikan orang orang di pasar. Memerhatikan bukan bererti memandang negatif atau memandang sinis tetapi memerhati sambil berfikir dan bersyukur yang anda masih ada peluang.

Kembali pada topik pindah rumah tadi. Sama seperti jika ke pasar, kalau kita tinggal di kawasan orang yang berpendapatan rendah dan rumah kawasan murah, kita boleh perhatikan peningkatan ekonomi kita terbatas.

Sebenarnya saya kongsikan artikel ini bukan kerana saya dengar orang cakap atau baca buku teori. Sebenarnya saya sendiri mengalami dan melalui.

Dulu saya tinggal di kawasan rumah teres yang rata rata penduduk kawasan itu pekerjaannya kerja kerajaan, swasta , berniaga kecil kecilan. Waktu itu pendapatan saya juga terhad dan saya agak kesempitan sehingga nak bayar duit rumah pun sangkut.

Bila saya pindah ke kawasan rumah orang orang kaya , rumah yang harga lebih rm1 juta, jiran saya terdiri daripada pemilik kilang , bisnesman semua , aura orang kaya belaka , kehidupan saya menjadi berubah.

Berubah dari dulu yang tak ada duit tapi lepas pindah simpanan dan pendapatan meningkat. Impian cepat tercapai.

Secara teorinya , kawasan yang saya tinggal adalah kawasan orang kaya yang positif. Kawasan orang yang tidak pernah mengeluh, komplain dan tidak ada masalah duit malah ramai yang suka menderma.

Jadi bila tinggal di kawasan orang kaya, aura orang kaya sedikit sebanyak boleh tertarik dekat kita.

Sekarang ini anda dah tahu, terpulang pada anda jika anda nak berubah. Bukan saya seorang sahaja. Ada juga yang pindah ke kawasan orang kaya contoh di bukit jelutong shah alam yang asalnya hanya sewa bilik di apartment sana.

Sekarang ini dia dah beli rumah banglo di bikit jelutong. Adakah anda nak lihat perubahan diri anda? Jika anda tak suka gaya hidup anda sekarang, anda mulakan dengan berpindah.

Salam sukses dan semoga anda berjaya.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*