14
Aug

Sambutan Ulang Tahun Yang Ke 6

Alhamdulillah , pejam celik dah 6 tahun website Hadzrin dot com ini diwujudkan. Teringat lagi waktu mula mula saya membina laman website ini dengan hanya menumpang rumah adik di Johor. Ketika itu semua bisnes yang dijalankan sudah berhenti. Ketika itu isteri saya bekerja dan saya menjaga anak di rumah adik yang saya tumpang .

Waktu itu saya cuma fikir website ini sebagai diary kehidupan saya sahaja. Saya jenis orang yang suka berkongsi sama ada kongsi ilmu atau kongsi peluang. Saya menjadikan website Hadzrin dot com ini sebagai diari untuk saya kongsikan pengalaman bagaimana saya membina perniagaan daripada zaman sekolah lagi sehinggalah saya jatuh dari perniagaan dan strategi untuk bangkit semula.

Saya masih ingat lagi waktu mula mula saya buat website ini, seorang kenalan dari Muar yang rajin datang melawat website saya ini dan dia siap sindirkan yang website ini tidak ada pengunjung. Jadi tempat hantu sahaja yang melepak. Seperti yang saya bagitahu tadi, website ini sebagai diari kehidupan saya sahaja. Kalau tak ada pengunjung pun bukan menjadi matlamat tujuan saya.

Nanti bila anak anak cucu dah besar mereka boleh tengok website saya, itu yang saya fikir. Memang tidak dinafikan sepanjang website ini ada, bermacam macam ujian dan cubaan yang saya dan kenalan kenalan hadapi. Jatuh bangun dari bisnes sehinggakan kami menjadi matang. Ilmu yang banyak boleh kita belajar sebenarnya dari ilmu kehidupan.

Jodoh rezeki saya banyak dalam perniagaan emas. Sebab itu dalam website ini saya banyak kongsikan pasal peluang emas. Pun tidak dinafikan ada yang rugi juga bila nak buat bisnes emas. Rugi itu bayaran yang kita perlu keluarkan untuk mendapat ilmu dan menjadi lebih bagus.

Tidak ada orang yang tidak mahu rugi tetapi bila dah rugi itu tandanya kita mula belajar sesuatu. Daripada kerugian yang saya alami, saya belajar dan jumpa jalan untuk menggantikan apa yang telah saya rugikan dengan berlipat kali ganda.

Perlahan lahan , saya mendaki naik kembali. Sehingga saat ini, misi yang kedua sudah mula nak diciptakan. Misi pertama hanyalah untuk Visi Jangka Pendek. Kali ini adalah misi untuk orang ramai yang nak bersama sama belajar ilmu kehidupan.

Belajar ilmu kehidupan anda boleh perolehi daripada perniagaan. Sebabnya , kehidupan anda sebenarnya untuk apa ? Mengapa anda diciptakan ? Anda diciptakan untuk menghambakan diri kepada Allah. Bukan anda diciptakan untuk menjadi jutawan, hartawan atau perkerja swasta, atau bapa atau ibu.

Apa kaitan dalam perniagaan dengan menghambakan diri kepada Allah ? Kaitannya adalah ia tidak boleh dipisahkan. Bagaimana tidak boleh dipisahkan ? Jadikan perniagaan sebagai amal ibadah dan penghambaan kepada Allah. Anda lakukan apa yang Allah suka, Allah akan berikan apa yang anda suka. Allah suka jika kita banyak lakukan perkara perkara yang sunat. Maka perkara yang sunat itu boleh banyak dilakukan di dalam perniagaan

Contohnya , bantu orang beri peluang , membayar zakat , melakukan solat sunat dhuha , tahajud , berpuasa sunat , sedekah, berdoa setiap pagi, tawakal dan banyak lagi amalan ke arah kejayaan dalam perniagaan. Amalkan apa yang Allah perintahkan , anda akan merasa tenang. Jangan memilih cara kotor seperti sihir, pelaris dan perkara yang menjadi kemurkaan Allah.

Masih jauh lagi perjalanan kita. Walaupun sekiranya esok hari kita meninggal dunia, tetapi masih jauh lagi perjalanan kita untuk menuju syurga Allah. Sama samalah kita berusaha bersungguh sungguh.

Sebelum saya nak mengakhiri posting kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda PELUANG  yang kita boleh buat sama sama. Bukan untuk jadi Jutawan atau kaya raya tetapi peluag ini mungkin memberikan anda satu jalan menambahkan pendapatan, disamping dapat membantu orang yang memerlukannya.

Peluang yang saya maksudkan ini ialah sebagai EJEN PRODUK HADZRIN atau EJEN DROPSHIP. Beza antara kedua-duanya ialah Ejen Dropship hanya perlu buat promosi di mana mana medium dan tidak perlu membeli stok manakala Ejen Produk membeli stok . Margin keuntungan Ejen Produk lebih tinggi daripada Ejen Dropship. Dropship anda boleh rujuk di google makna dropship.

Sepanjang 6 tahun kebelakangan ini, sudah beribu -ribu pelanggan menggunakan produk Hadzrin dan pelbagai testimoni positif sehingga ada yang sekarang sudah mampu ada syarikat sendiri dan mempunyai emas sendiri. Yang capai impian pelbagai dan yang menyelesaikan masalah masing masing semuanya dengan izin Allah SWT.

Sekiranya anda berminat untuk bersama-sama, sila emailkan  Biodata diri anda kepada urusetia saya di      juaramulia@gmail,com , maklumat dan syarat menjadi Ejen Dropship atau ejen Produk akan diberikan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*