25
Aug

Kisah Sahabat Rasulullah SAW Menangkap Iblis

Seorang sahabat Rasulullah SAW bernama Abu Zar pada suatu hari menangkap seorang lelaki tua yang sedang mencuri makanan di rumahnya. Sebenarnya lelaki tua itu adalah penyamaran iblis.

Abu Zar tidak mengetahui bahawa lelaki tua yang ditangkap itu adalah Iblis. Iblis (lelaki tua) itu merayu kepada Abu Zar supaya melepaskannya kerana ia nak memberi makanan kepada anak anaknya yang ramai.

Atas rasa kasihan dan tertipu dengan iblis , Abu Zar melepaskan lelaki tua (Iblis ) tersebut.

Pada keesokan harinya , peristiwa ini diceritakan kepada Baginda Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bertanya kepada Abu Zar, apakah yang buat dia melepaskan lelaki tua itu ? Abu Zar menjawab dia kasihan.

Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata kepada Abu Zar, bahawa lelaki tua itu akan datang lagi ke rumah Abu Zar pada malam ini. Lalu baginda SAW mengajar satu ayat untuk menangkap lelaki tua itu.

Abu Zar pun balik ke rumahnya dan seperti yang dikatakan Rasulullah SAW, memang benar, lelaki tua jelmaan iblis itu datang ke rumah Abu Zar nak curi makanan lagi sekali.

Abu Zar pun membaca ayat yang Rasulullah SAW ajarkan kepadanya. Tidak disangka , lelaki tua itu menjadi kecil dan berada di dalam genggaman Abu Zar. Abu Zar terkejut dan tidak sangka yang lelaki tua itu adalah iblis.

Iblis merayu agar dia dilepaskan. Abu Zar dengan marah dia beritahu yang dia nak membawa iblis ke Rasulullah SAW. Iblis menjadi takut dan tidak mahu dibawa ke Rasulullah SAW.

Iblis cuba nak membuat perjanjian dengan Abu Zar yang dia akan berkongsikan ayat yang ditakuti oleh seluruh makhluk halus, jin dan iblis. Abu Zar dengar akan tawaran itu lalu dia bersetuju. Iblis mengajar ayat Kursi.

Iblis yang penuh dengan tipu daya telah dilepaskan setelah mengajar Ayat Kursi kepada Abu Zar.

Lalu Abu Zar pun berjumpa dengan Rasulullah SAW tentang apa yang terjadi. Rasulullah SAW memberitahu kepada Abu Zar bahawa ayat Kursi yang diberikan adalah benar. Tetapi apa yang Iblis bagitahu yang ayat itu amat ditakuti oleh semua iblis dan jin adalah tidak benar kecuali dengan kaedah yang betul.

Jika benar ayat Kursi amat ditakuti, pastinya iblis nak menyebut tidak boleh apalagi jika nak mengajarnya. Ayat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW untuk menangkap iblis adalah ilmu yang saya kongsikan dengan pelajar  pelajar saya. Kegunaannya adalah untuk perubatan. Sekiranya ada patient yang terkena gangguan makhluk halus.

Allah telah berikan segala galanya kepada kita tetapi kita tidak mengetahui kehebatan Allah ciptakan kita. Semoga kisah ini , mendapat sedikit sebanyak disebalik cerita perubatan yang ada kaitan dengan makhluk halus.

Silalah SHARE dengan Klik Di atas kanan supaya kisah ini tidak dilupai.

Untuk maklumat lanjut tentang kursus Tenaga Dalam Ilahi ( TENDAI ) sila layari : www.KursusTendai.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*