14
Jul

Tendai Dalam Kehidupan

Assalamualaikum WBT.

Buat para pembaca Blog Hadzrin Dot Com ingin saya ucapkan selamat menyambut Hari Raya AidilFitri yang akan tiba pada hari Jumaat ini ( dalam dua hari lagi ).

Rasa macam baru sahaja tukar duit raya dan kali ini kena pergi beratur di bank untuk tukar duit RM5. Last minit nak tukar kalau tak dapat nak tukar nampak gaya bagi duit syilling sahaja tahun ni korek dari tabung.

Pejam celik sudah lebih 5 tahun saya mengajar ilmu Tendai. Apa itu ilmu Tendai ? Singkatan bagi nama Tenaga Dalam Ilahi. Ia lebih kepada latihan pembangkitan potensi diri menggunakan kaedah niat.

Memang banyak perubahan dalam hidup sejak amalkan ilmu Tendai ini. Antaranya :

  • 1. Selalu dalam keadaan tenang
  • 2. Kesihatan bertambah baik dan jarang sakit
  • 3. Keselamatan
  • 4. Pengaruh dan keberanian meningkat
  • 5. Urusan dipermudahkan
  • 6. Kalau ada rasa susah ataupun terdesak, ada sahaja jalan keluar dari kebuntuan
  • 7. Rawatan untuk orang lain
  • 8. Bisnes meningkat

…dan banyak lagi.

Saya selalu maklumkan dalam kelas yang saya buat (Tendai) yang saya menggunakan ilmu tendai untuk segala urusan perniagaan saya. Maaf ya, bukan ilmu pukau tetapi kaedah doa dan niat. Mengapa orang lain yang tak belajar tendai tak boleh guna niat ke ?

Tentu boleh guna niat seperti dalam solat, atau puasa wajib ada niat. Cuma yang belajar tendai dengan yang tidak belajar tendai bezanya adalah kekuatan niat tersebut.

Sebagai contoh, saya ingin mulakan bisnes projek baru dan memerlukan modal. Waktu itu modal tidak mencukupi. Apabila saya mempraktikkan ilmu Tendai, secara auto peluang untuk dapatkan modal ia datang sendiri. Setiap orang tak sama rezekinya tetapi setiap orang dah tercatit rezeki untuknya.

Boleh katakan ilmu tendai ini adalah ilmu rahsia saya dalam menjalankan perniagaan. Boleh dikatakan seperti satu program motivasi. Sebagai contoh, sebelum ada tendai, rasa nak putus asa lebih tinggi semasa buat satu kerja.

Mari kita pergi lebih dalam lagi. Sebenarnya apa yang berlaku ? Apa sebenarnya Tendai ini boleh dikatakan menjadikan seseorang itu berubah ke tahap yang lain ?

Sebelum itu saya nak tanya kepada anda.Anda percaya akan perkara Ghaib ? Ghaib ini bukanlah hantu atau jin yang saya maksudkan. Ghaib seperti ilmu akhirat, syurga neraka. Ghaib itu seperti asal kita. Dan dekat sini ghaib yang saya ingin bincangkan adalah mengenai ROH.

Anda percaya dan yakin setiap manusia mempunyai ROH ? Apa jadi kalau tak ada ROH ? Ya, tak ada roh ertinya sudah jadi mayat. Jadi apa kaitan Tendai dengan Roh ?

Tendai adalah silibus atau module untuk kita membangkitkan potensi kita iaitu ROH. Roh setiap orang berbeza bergantung pada amalan. Sebagai contoh, roh orang yang rajin berpuasa lebih besar dan hebat berbanding orang yang tidak berpuasa. Mengapa boleh jadi begitu ? Sifat roh adalah tidak makan. Bila jasad tidak makan, bererti roh menjadi kuat.

Anda dapat sedikit idea tentang potensi ( ROH ) ini ? Adakah belajar tendai perlu berpuasa ? Puasa itu adalah amalan individu. Dalam tendai kaedahnya banyak menggunakan pernafasan. Hebat macamana seseorang itu jika dia tidak bernafas 10 minit dia akan mati.

Pernafasan rahsia dalam Tendai semua orang boleh lakukan tak kira bangsa atau agama kerana setiap manusia asalnya sama. Dari alam ROH. Walaupun dia cina , orang barat atau orang arab.

Banyak testimoni kejayaan ahli tendai yang mengamalkan ilmu ini mendapat pelbagai hasil. Bukan dalam bentuk duit atau kekayaan tetapi dari segi keluarga, keselamatan dan kesihatan. Semuanya dengan izin Allah SWT. Sesungguhnya ilmu Allah ini amat luas.

Saya jumpa ilmu Tendai pada bulan Puasa. Semasa berpuasa itu juga saya amalkan latihan tendai. Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya amalkan latihan tendai kerana ilmu dah ada tinggal nak amalkan sahaja.

Setelah lebih 5 tahun saya mengajar ilmu tendai kini saya mula sedar yang ilmu ini masih ramai lagi yang belum tahu. Masih ramai lagi yang bermasalah dalam mencari kaedah membangkitkan kekuatan dalaman.

Saya berniat dan bermohon kepada Allah, sekiranya dapat diberi peluang untuk terus mengajar ilmu tendai dan memberi peluang kepada orang lain sehingga sebuah AKADEMI TENDAI dapat ditubuhkan.

Saya percaya , apa yang kita dapat, kita perlu keluarkan semula. Contohnya dapat rezeki, kita keluarkan dengan sedekah. Saya dapat ilmu, saya kongsikan dengan mengajar ilmu tersebut.

Sebenarnya ada ramai guru guru tendai diluar sana. Jadi , ilmu tendai sudah dipaternkan cuma tinggal ikut sahaja panduannya. Baik dari segi mahar dan dari segi latihannya. Jika tidak ikut , akan merosakkan pertubuhan Tendai.

Apa yang anda akan dapat bila belajar ilmu tendai ? Biar anda sendiri yang beritahu.

Untuk mengetahui lebih teperinci ilmu tendai ini , anda klik link ini : http://hadzrin.com/pengijazahan-tendai/

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*