30
Jul

Hukum Alam Nisbah Kejayaan Hanya Sedikit

Assalamualaikum dan selamat hari raya Aidilfitri. Syukur alhamdulillah.

Gambar diatas adalah gambar saya bersama seorang student Tendai yang saya buat pengijazahan di pejabat saya. Beliau saya lihat sangat teruja dengan bidang metafizik. Bermula dari pembeli ebook , sekarang sudah datang belajar sebagai ahli Tendai peringkat Master. Semoga beliau dapat manfaat daripada ilmu yang diperolehi.

Semua orang nak berjaya. Tak kira apa jua bidang, semuanya kejar ke arah kejayaan. Dan kejayaan ini banyak diukur dalam bentuk wang ringgit atau pangkat (kuasa).

Anda pernah dengar cerita setiap bidang ada dia punya otai. Setiap bidang ada dia punya legend. Saya ambik contoh ulat tiket. Anda tahu ulat tiket tu apa ?

Anda kalau tak tahu boleh jadi anda tak pernah naik bas. Dekat stesyen bas ramai yang jadi ulat tiket. Saya pernah jumpa dengan otai ulat tiket. Pendapatan dia sehari RM500 dan mampu pakai kereta perdana V6 . Ni sekitar tahun 1999.

Sebabkan ada orang yang buat duit dalam bidang tu lah yang menyebabkan ramai orang nak jadikan sebagai role model dan mencuba rezeki di bidang itu.

Otai ulat tiket yang saya jumpa tu telah membuka mata ramai orang untuk jadi ulat tiket pula. Walau macamanapun, nisbah orang yang berjaya dalam bidang ulat tiket seperti otai tadi amatlah sedikit. Dalam 100 orang ulat tiket , 2 orang yang buat duit. Maknanya kalau 1000 orang, baru ada 20 orang yang buat duit.

Sama juga dengan bidang lain. Di kilang, beribu orang pekerja, hanya beberapa sahaja yang naik pangkat. Bukak kedai makan dalam beribu orang yang buka kedai nasi campur, hanya beberapa orang sahaja yang kedainya penuh dengan pelanggan.

Dalam bisnes multilevel pun sama.Dalam beribu orang yang buat multilevel, hanya beberapa orang sahaja yang jadi jutawan. Yang beribu ribu orang join hanya jadi downline.

Cuba anda lihat di sekolah. Dalam beribu ribu orang murid, berapa peratus sahaja yang lulus cemerlang dalam periksa.

Disenangkan cerita, semua bidang ada potensi untuk berjaya. Cuma peratusan nak berjaya hanyalah sedikit. Tidak ada dalam dunia ini yang 100% semuanya berjaya. Anda jadi artis sekalipun, belum tentu boleh berjaya.

Berapa ramai orang yang boleh menyayi sedap tetapi berapa ramai yang berjaya sebagai penyanyi ?

Faktor kejayaan sebenarnya bergantung pada hal berikut :

  1.  Rajin dan fokus. Jika anda rajin, anda tidak merasa penat buat bidang yang anda terjun.
  2. Tidak putus asa. Biasanya kalau anda istiqomah anda pasti boleh berjaya
  3. Minat mendalam. Kalau tak minat , jadiknya hanyalah join sahaja . Nak tahu anda minat atau tidak dengan bidang anda? Cuba anda buat kerja bidang anda tersebut tanpa disuruh dan anda boleh buat tanpa bayaran.
  4. Amalan rahsia orang yang berjaya. Contohnya orang yang berjaya dia suka sedekah. Jadi lebih banyak dia sedekah, peluang dia nak berjaya amat tinggi
  5. Sentiasa belajar untuk tingkatkan diri. Belajarlah ilmu untuk motivasi dan ilmu untuk tingkatkan diri seperti belajar ilmu TENDAI  dan belajar ilmu kemahiran.
  6. Disiplin ekonomi. Anda nak berjaya anda perlu ada modal. Modal untuk anda bergerak. Sekiranya anda tiada perancangan kewangan, anda akan lumpuh untuk teruskan projek anda. Sebagai contoh, anda buat kelas tusyen. Jika anda tak belanjakan modal untuk pemasaran, anda susah mendapat pelajar baru dan pendapatan anda daripada bilangan pelajar. Setiap tahun pelajar tusyen anda pasti akan tidak gunakan perkhidmatan anda.
  7. Ikhlas belajar dengan orang yang sudah berjaya. Biasanya yang lucunya ialah, kebanyakan yang saya jumpa ialah, orang yang baru nak naik suka nak ajar orang yang dah berjaya. Contohnya orang yang minat nak beli kereta BMW, jumpa dengan pemilik kereta BMW. Orang yang minat suka ajar pemilik kereta tersebut supaya modified kereta tu ikut selera dia. Begitu juga dalam hal bisnes. Orang yang tidak ada bisnes suka nak ajar orang yang berjaya dah ada bisnes dengan bagitahu suruh buat itu buat ini. Bagusnya orang yang berjaya ini ialah mereka sanggup boleh layan sebab itu mereka berjaya. Hati hati ya teknik ini….jangan cuba nak ajar orang yang berjaya.
  8. Buat sambil lewa dan bila gagal salahkan orang lain seperti kisah si BANGAU. Anda dengar lagu bangau ooo bangau anda boleh belajar apa mesej yang nak disampaikan. Anda jangan jadi bangau yang suka salahkan orang lain dan benda lain. Contohnya tak pandai main guitar , tapi salahkan guitar.
  9. Minda kejayaan sudah dibina. Anda hanya boleh berjaya bila anda sudah setkan minda anda. Sebenarnya anda sahaja yang boleh ubah nasib anda. Allah sudah berfirman, ” AKU TIDAK AKAN MENGUBAHKAN NASIB SESUATU KAUM KECUALI DIRINYA SENDIRI.”
Semoga anda mendapat idea disini dan anda faham, mengapa bukan senang nak berjaya. Mengapa buat macam macam tetapi tidak berjaya. Jika diberikan pilihan, anda nak pilih yang majoriti atau yang minoriti. Orang yang berjaya golongan minoriti. Tak ramai yang sanggup buat apa yang saya senaraikan diatas. Sebab itu majoriti tidak berjaya.
Pengumuman :
NEXT KURSUS TENDAI pada 15 hb Ogos 2015. Anda boleh layari website www.KursusTendai.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*