02
Jun

Teknik Mudah Menjadi Jutawan

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar  buat anda ? Sedang teruja untuk menyambut bulan Ramadhan ? Rasa macam baru sahaja beli baju raya tahun lepas ya. Masa berlalu terlalu pantas ibarat setahun bagaikan sebulan. Sebulan bagaikan sehari.

Alhamdulillah, selesai sudah persiapan untuk projek projek akan datang. Projek semua dalam perancangan tetapi untuk menjayakannya perlukan usaha gigih dan izin daripad Allah SWT.

Hari ini saya nak kongsikan teknik mudah dan mungkin teknik rahsia yang ramai orang tak buat. Hanya segelintir sahaja yang buat dia dapat. Saya sendiri pun tanpa saya sedari, dah buat dan masih buat sekarang dan dah capai.

Apa tekniknya ? Teknik mudah menjadi Jutawan. Jika anda tidak mempunyai minda positif dan anggap idea ini karut atau tak masuk akal , teknik ini bukan untuk anda. Cariklah teknik lain sendiri untuk anda capai hajat anda.

Jika anda tak ada niat atau nak menjadi jutawan, lupakan sahaja untuk mengetahui rahsia teknik ini kerana anda akan berlawan pendapat bila anda membaca idea ini.Bila berlawan, anda akan mula menghasilkan gelombang negatif dan ia akan menarik tenaga anda lebih banyak.

Apa teknik yang saya nak sampaikan ini adalah berkaitan dengan perkara yang kita sentiasa selalu buat. Apa yang kita selalu buat ? Kita akan memasukkan password ( kata laluan ) ke mana mana transaksi akaun kita sama ada akaun email , akaun program , akaun bank dan lain lain.

Teknik mudah untuk anda lakukan dan ia bukannya benda yang anda lakukan terus menjadi. Ia memerlukan masa yang sesuai untuk anda capai. Caranya, contoh anda membuat kata laluan (password) untuk email anda. Anda mungkin akan meletakkan nama keluarga anda untuk password tersebut atau no kerja anda.

Tahukah anda, jika itu kata laluan anda, maka apa yang berlaku, anda hanya akan dapat apa yang anda selalu sebutkan. Jika letak kata laluan nama anak-anak, maka anak-anaklah yang anda akan selalu ingatkan dan ianya bagus tetapi anda mempunyai pelbagai hajat atau impian. Anda hanya dapat anak.

Cuba bayangkan anda letak kata laluan yang berkaitan dengan kekayaan seperti JUTAWAN , HARTAWAN , DERMAWAN , KAYA RAYA , sudah pasti setiap kali anda nak masukkan kata laluan anda akan menghantar gelombang tenaga ke arah itu. Tanpa anda sedari, anda telah menggunakan Otak tengah atau otak kanan anda.

Selama ini anda banyak menggunakan otak kiri. Otak kiri membuat penilaian logik, kira kira , mengingat dan berfikir. Otak kanan pula sebaliknya dan otak kanan yang lebih hebat dari otak kiri. Subhanallah.

Kalau orang tak ada ilmu otak kanan, memang mereka akan selalu keliru. Mengapa buat apa benda sahaja tidak menjadi, mengapa susah nak naik, mengapa tak bahagia.

Disini, saya tidak mahu cerita banyak pasal otak kanan atau otak tengah sebab itu terlalu panjang nak dikongsikan. Saya hanya nak kongsikan teknik mudah yang saya sendiri buat dan ramai yang saya jumpa usahawan berjaya dan jutawan mengamalkan teknik yang sama.

Jangan pula lepas ini anda letak kata laluan anda jutawan orang boleh agak kata laluan anda dan anda salahkan saya. Itu pandai pandai anda jangan letak kata laluan yang orang boleh tahu. Buatlah kata laluan yang ada perkataan jutawan dan ada simbol yang orang tak tahu. Contohnya kata laluan : Aku%JutaW@n$ …..

Mudah kan ? Jadi lepas ini terpulang pada anda nak buat atau tidak. Niat saya cuma nak kongsikan tips. Mungkin di tempat lain anda bayar yuran kursus dan akhir kursus anda diajar teknik ini.

Di sini anda dapat FREE je ilmu mudah ini. Jadi jika anda rasa bagus untuk dikongsikan , silalah share post ini supaya ilmu ini dapat berikan manfaat dan jawapan pada persoalan orang, mengapa tidak menjadi seperti yang mereka sangkakan. Mengapa orang lain mudah berjaya tetapi kita tidak.

Walaupun anda bekerja makan gaji sekarang ini bagaimana nak jadi jutawan ? Saya mempunyai beberapa orang sahabat yang dah jutawan sekarang ini dan latar belakangnya adalah pekerja kilang , ofis boy dan hari ini duit dalam akaun bank berjuta.

Semoga anda berjaya dan jangan jadi seperti orang yang suka meminta minta nak pinjam duit. Pinjam duit adalah jalan mudah ibarat mengambil antibiotik. Secara tak sedar melemahkan sistem pertahanan badan. Badan tak ada kekuatan nak bangkitkan kesembuhan. Ini sama juga dengan badan tak bangkitkan potensi kekayaan.

Anda fokus buat kerja anda dan amalkan teknik teknik yang cenderung ke arah anda boleh mencapai kejayaan.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*

Mohamad Termidze Bin Che Man

June 11, 2015 at 7:24 am

Saya bekerja dapat gaji bayar hutang.xhabis habis dengan hutang.hutang keta,hutang personal loan,hutang kad kredit.Bosan betul.sampai duit nak rolling pun susah.Tolong tunjukkan cara bagaimana saya boleh membebaskan diri dari dibelenggu hutang dan menjadi orang yang bebas hutang.Terima kasih tuan.