17
Jun

Selamat Berpuasa 2015

Assalamualaikum WBT,

Saya dan warga staf Hadzrin dot com ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada anda yang sentiasa bersama sama mengikuti blog ini.

Sama sama kita saling maaf memaafkan antara satu sama lain kerana umur kita tidak panjang. Mungkin kita maaf kan orang yang buat salah dengan kita , Allah ampunkan kita dari kesalahan kita buat pada orang lain.

Sempena bulan puasa ini, saya seru pada diri saya agar dapat meningkatkan amalan dan ibadat kita kepada Allah SWT kerana kita tidak pasti yang kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun hadapan. Semoga kita dapat menghabiskan bulan puasa tahun ini dan menyambut Raya dengan kemenangan beribadat.

Ikhlas daripada MHS

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*