30
Jun

Bangkitkan Potensi Kekayaan Anda

Assalamualaikum WBT,

Hari ini dah masuk 1 hb Julai. Dah lebih setengah tahun bagi tahun 2015. Diam tak diam lagi 5 tahun nak masuk tahun 2020.

Apakah perubahan yang anda perolehi berbanding 5 tahun lepas ? Tahun 2010. Jika tidak ada perubahan taraf hidup yang pasti perubahan usia dan keadaan fizikal.

Jadi kali ini kita target 5 tahun dari sekarang apa perubahan yang kita nak capai.

Hari ini masuk puasa yang ke 14 hari bererti 16 hari lagi nak raya. Kalau zaman budak dulu memang tak sabar nak tunggu raya sebab boleh makan siang hari dan dapat kumpul duit raya.

Bila dah besar dah jadi bapak mak orang ni, risau pasal nak raya. Risau nak keluar banyak duit untuk raya. Tu yang ada yang sanggup pinjam along semata mata nak raya.

Tambah pula hari ini harga minyak makin naik. Rakyat sekarang tertekan dengan masalah GST. Ekonomi memang terjejas bila banyak benda naik harga. Kuasa membeli semakin menurun.

Jadi apa penyelesaian yang kita boleh buat? Bagaimana nak lupakan kekecohan dunia dan fokus pada sasaran diri ?

Kembalilah pada ajaran Nabi Muhammad SAW. Baginda selalu berpesan, inginkah kalian nak tahu satu pelaburan yang paling untung di dunia dan pelaburan yang sangat tinggi pulangannya ?

Jawapannya adalah sedekah dan zakat. Bulan puasa ini, bulan peluang untuk buat lebih banyak zakat dan sedekah. Anda pasti terkejut, walaupun anda tak ada duit tapi anda lakukan apa yang Nabi SAW suruh, anda akan dicukupkan keperluan anda.

Kalau orang berniaga pula, bulan puasa ini rezeki dia bertambah. Sebab dia banyak jamu orang buka puasa dan banyak sedekah dekat anak anak yatim.

Daripada kita sibuk mengeluh pasal ekonomi dan sibuk nak meraih simpati orang lain, lebih baik kita sibukkan diri dengan buat checklist, berapa banyak sedekah atau zakat yang kita dah keluarkan pada bulan ini.

Maksud keluarkan sedekah atau zakat itu adalah bangkitkan potensi kekayaan. Anda tidak akan bangkit kekayaan anda selagi anda kedekut atau sayang duit ke arah sedekah pada anak yatim.

Jangan salah faham ya. Orang yang tak bagi anda pinjam duit tak bermakna dia kedekut tetapi prinsip dia adalah jika dia bagi anda pinjam duit, anda akan hilang daripada jumpa dia sebab anda dah malu tak bayar hutang.

Jika anda tak ada duit nak sedekah, tak ada duit nak belanja orang buka puasa, anda boleh sedekahkan tenaga anda. Tenaga anda tidak perlukan modal. Jika itu pun tidak mampu untuk anda keluarkan, bererti 5 tahun lagi nanti akan masih lagi di takuk yang sama.

Nak kaya memang kena terantuk dulu. Tak ada orang yang berjaya hidup senang tanpa diuji atau dikena tekanan. Harap anda faham. Jika tidak, anda akan masih lagi menghadapi masalah yang sama di tahun akan datang.

Ini belum saya beritahu cerita ngeri apa yang akan berlaku tahun 2016. Ramai yang jangka termasuk pakar ekonomi krisis ekonomi terdasyat akan melanda. Waktu itu orang yang dah bersedia dengan membeli banyak emas dan perak boleh bertahan.

Jika orang yang tak de buat persiapan untuk tahun ekonomi gawat apa berlaku ? Perbanyakkanlah sedekah dan zakat. Salurannya ke rumah kebajikan anak yatim dan tahfiz. Semoga waktu ekonomi teruk Allah yang jaga dan lengkapkan keperluan kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*