06
Apr

Mengawal Diri

Assalamualaikum WBT, Alhamdulillah, hari ini penuh keberkatan dan kebahagiaan. Selesai sudah kursus bulanan dewan guru yang saya anjurkan di pusat latihan saya. Banyak ilmu tambahan dan ilmu pelengkap yang saya masukkan dalam module setiap kali seisi kursus dijalankan.

Apa yang perbincangan dalam kursus memang tidak ada dalam blog ini kerana pengalaman tidak dapat nak diceritakan. Pelbagai latar belakang yang datang belajar dan saya sendiri dapat rasakan , semua yang berpeluang untuk hadir ke bengkel atau kursus saya ini mempunyai agenda tersendiri dan semuanya dengan izin Allah mereka dapat jumpa untuk datang belajar.

Kursus saya anjurkan ini santai sahaja dan tidak pernah lebih 20 orang. Saya dapat memberikan fokus lebih bila tak ramai. ILMU , BELAJAR dan BUAT dua duanya berbeza. Sebab itu banyak praktikal semasa buat kelas.

Jika anda mempunyai cita cita untuk belajar bolehlah daftar bagi program bulan depan pada 9 hb May 2015. Anda boleh rujuk di website www.KursusTendai.com

Hari ini saya ingin kongsikan sebuah kisah yang saya dapat daripada khutbah solat jumaat di salah satu masjid. Cerita ini mengisahkan tentang seorang Alim yang difitnah oleh seorang lelaki yang menyebabkan orang alim itu dihalau keluar daerah.

Selang beberapa tahun, lelaki yang membuat fitnah dulu menjadi insaf dan bertaubat. Dia rasa menyesal kerana menyebarkan fitnah kepada orang alim yang sampai kena buang daerah. Lelaki itu berusaha untuk mencari orang alim itu.

Merata tempat dia mengembara mencari orang alim itu dan merata orang dia bertanya di mana dia boleh jumpa orang alim yang dia fitnah dahulu. Agak lama kemudian dia berjaya jumpa dengan orang alim yang dia fitnah dahulu.

lelaki itu berjumpa dengan orang alim itu dan memohon maaf kerana telah buat fitnah. Orang alim itu cakap dia maafkan.Orang alim itu suruh dia balik sahaja.

Lelaki yang dah taubat itu rasa tidak puas hati. Dia bertanya, apakah perkara yang dia boleh lakukan sehingga orang alim itu benar benar boleh maafkan dia.

Orang alim itu menjawab , memang ada. Lalu Orang alim itu menyuruh dia mencari bantal yang dalam nya diisi dengan bulu burung. Lelaki yang sudah bertaubat itu pergi mendapatkan bantal yang berisi bulu burung. Dia pergi berjumpa dengan orng alim itu.

Lelaki yang sudah taubat itu bertanya , apa lagi pesanan yang harus dia lakukan. Orang alim itu berkata ya, memang ada. Dia menyuruh lelaki yang sudah taubat itu pergi ke atas gunung dan koyakkan bantal itu di atas gunung biar semua isi bantal bulu bulu burung itu berterbangan.

Lelaki yang sudah taubat itu pergi lakukan apa yang disuruh dan dia menibar nebarkan bantal itu dan semua isi bulu burung itu berterbangan merata. Lalu dia kembali dapatkan orang alim itu.

Lelaki itu beritahu dia sudah laksanakan apa yang disuruh. Apa langkah seterusnya supaya deia mendapat keampunan sepenuhnya.

Orang alim itu beritahu. Memang ada. Dia menyuruh lelaki itu mencari bulu bulu yang ditebarkan itu dimasukkan kembali ke dalam bantal tersebut.

Lelaki yang sudah taubat itu merasa terperanjat….lalu dia memberitahu yang ia adalah mustahil dan dia tidak tahu ke arah mana bulu bulu burung itu.

Orang alim itu menjawab, begitulah kehidupan kita. Saya sudah lama memaafkan kamu. Tetapi dosa dosa kamu diatas orang yang kamu percayakan atas fitnah kamu, kita semua tidak tahu.

Mudah mudahan, bila kita dah dengar kisah ini, kita mula menjaga adab kita semasa berbual, ber wassap , berfacebook , jangan sampai kita menyebarkan fitnah. Jika tidak tahu adalah lebih baik diam.

Lagi banyak ilmu yang kita belajar, lagi banyak yang kita tidak tahu dan lebih banyak yang kita rasakan banyak kesilapan. Allah itu maha pemurah lagi maha pengampun. Kita perlu sentiasa mohon agar diberikan bimbingan dan sentiasa diberikan dorongan dariNya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*