28
Apr

Al Quran Tidak Terbakar

 Assalamualaikum WBT,

Semoga bulan ini kita mendapat ilmu baru biar pun sedikit tetapi ilmu itu kita boleh gunakan untuk tahun akan datang dan boleh diwariskan kepada keturunan kita. Sebelum itu mari kita renungkan sekejap tentang apa yang kita telah perolehi nikmat tetapi kita tidak perasan dan kita tidak bersyukur.

Mungkin kita selalu mencari duit dan sibuk mengejar mencari rezeki tetapi kita lupa akan nikmat kesihatan dan nikmat keluarga. Ada orang duitnya banyak tetapi tidak dapat nak kongsikan dengan anak isteri. Ada orang mempunyai anak isteri tetapi tidak dapat nak berjalan bersiar siar.

Walau apa pun, lepas kita sedar akan nikmat yang Allah berikan, kita bersyukr selepas itu dan kita akan jumpa jalan keluar atas setiap kebuntuan kita. Hari ini saya nak kongsikan kisah seorang sahabat saya yang dah berniaga lebih 10 tahun dan perniagaannya lebih kepada jualan runcit. Jual baju baju dan serveniur.

Cabaran untuk orang berniaga ialah , dalam kiraan kertas memang selalunya boleh dapat lihat cantik. Keuntungan pun nampak hebat. Tetapi bila di dunia perniagaan sebenar, kita terlepas pandang dengan hal yang tak disangka seperti kena tipu, kena sabotaj , kemalangan dan banyak lagi.

Kes sahabat saya ni, setiap hari memang dia berniaga buka kedai tak ada cuti. Dalam setahun kalau dia cuti dia pergi ke luar negeri. Bisnes runcitnya berkembang baik. Daripada dia laki bini uruskan, kini dah ada pekerja dan barang barang dalam kedai bertambah. Nilai barang yang diniagakan dalam RM300,000.

Itu tidak termasuk kos renovate kedai dan letak perhiasan. Bermula dari modal rendah kini dia mampu untuk ada mesin buat duit iaitu kedai dia. Mana lokasi kedai dia ? Di sebuah pulau di Malaysia. Memang stiap tahun saya akan ziarah ke pulau ini.

Dipendekkan cerita, suatu hari, kedai sebelah sahabat saya ini pada satu malam terbakar. Kes ini masih dalam siasatan kerana bukan pertama kali berlaku di pulau itu. Asal kontrak penyewaan kedai nak tamat kedai jadi terbakar. Mujurlah tuan kedai yang terbakar ada insuran. Tapi malang bagi sahabat saya ini, kedainya tidak ada insuran dan kedainya 98% terbakar dijilat api . Yang 2% tinggal hanyalah sign board kedai.

Segala barang barang niaga semuanya terbakar dan kerugian besar terpaksa ditanggung. Bagusnya tentang sahabat saya ini yang saya nampak 2 benda dia pegang. Pertama dia redha kedai dia terbakar dan dia boleh terima dengan tenang. Dalam masa yang sama juga dia sangat bersyukur sebab kebiasaannya isterinya tidur di kedai. Tetapi malam itu isterinya balik ke rumah.

Isterinya ada beritahu yang dia rasa berat hati nak tidur di kedai malam itu. Nilai nyawa tidak boleh diganti. Nilai barang niaga hari ini kita rugi ratus ribu. Nanti Allah ganti berlipat kali ganda bila kita mula ada kesedaran.

Yang kedua bagusnya tentang sahabat saya ini, tak ada siapa pun tahu yang dia dilanda kesusahan. Saya sendiri dapat tahu lepas kedainya dah siap renovate. Dia bangkit semula dan gunakan semua simpanannya yang ada untuk membaiki kedainya dan beli barang niaga yang baru.

Kuasa Allah nak tunjuk ketika kejadian kebakaran berlaku. Al Quran yang diletak di atas rak kedainya tidak terbakar sedangkan semua barang habis rentung termasuklah rak di kedai tu. Subhanallah…. Allah nak bagi petanda dengan kejadian Al Quran tidak habis dijilat api. Saya dapat lihat Al Quran tersebut waktu pergi ke rumah sahabat saya ni.

Jadi, daripada peristiwa ini kita dapat belajar :

  1. Kita sentiasa ada jalan keluar bila kita redha
  2. Kita sentiasa bersyukur kerana apa yang kita lihat kita tidak dapat tetapi kita miliki apa yang kita tak pernah perasan
  3. Tak perlu mengeluh atau menyebarkan kepada dunia bahawa kita dilanda musibah
  4. Jika nak berniaga kena bersedia mental dan hati yang kuat
  5. Allah sentiasa bersama dengan kita
Semoga mendapat pengajaran dari cerita ini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*