28
Mar

Apabila Niat Bertukar Semuanya Menjadi Gagal

Assalamualaikum WBT,

Semoga anda sihat dan berbahagia. Jika ada apa apa masalah, itu adalah proses kehidupan dan lumrah kehidupan kita. Semua orang ada masalah baik orang yang kaya, orang miskin, orang yang cantik , orang yang sihat. Tak ada masalah di dunia bererti kita sudah mati. Masalah akhirat pula yang peru dijawab.

Ternyata banyak masalah yang dihadapi zaman sekarang ini ialah masalah kewangan. Masalah nak jadik kaya. Kadang kala masalah orang kaya ialah dia tak sedar yang dia dah kaya. Cuba lihat mengapa orang kaya masih lagi bekerja tak pergi habiskan hidupnya dengan menimba ilmu atau melihat negara orang dengan bercuti.

Pandangan saya, jika dah ada duit dalam tangan sejuta, boleh bertahan selama 10 tahun kalau belanja sebulan RM10,000. Sehari makan kalau RM200 masih ada lagi baki untuk buat benda lain. Tapi apa yang berlaku, bila dah ada RM1 juta biasanya nak jadikkan RM10 juta. Dan bila dah ada RM10 juta nak jadikan RM100 juta pula.

Jika anda tanya saya macamana nak dapat kumpul RM1 juta, jawapan saya ialah berniaga. Buat apa sahaja yang anda nak buat asalkan berniaga. Dan jika anda berniaga tetap gagal itu memang adat berniaga. Sebab berniaga ni, sama macam pekerjaan. Dalam satu syarikat atau kilang hanya ada seorang sahaja yang jadi boss gaji besar. Itu daripada 1000 orang di kilang. Maknanya 1 :1000 untuk jadikan orang yang berjaya berniaga.

Berniaga banyak menggunakan ilmu , pengalaman dan kuasa Allah. Ambik contoh anda membuka perniagaan sarang burung. Anda lihat orang yang buat perniagaan burung ramai yang kaya raya dan berjaya. Jadi anda pun buat bisnes sarang burung dengan membina RUMAH BURUNG.

Apabila anda dah siap bina rumah burung untuk burung datang buat sarang, anda menunggu dengan penuh kesabaran. Tetapi apa yang berlaku, burung tak datang terbang ke rumah yang anda bina. Perancangan anda gagal. Anda nak salahkan siapa ? Burung atau rumah burung anda ?

Ini semua dengan izin dan kuasa Allah. Allah yang menggerakkan burung untuk datang ke rumah burung anda. Apa yang anda jangka boleh jadik kaya meleset sama sekali. Jadi apa yang anda perlu buat ? TERUSKAN LAGI JANGAN PUTUS ASA. Teruskan dengan istiqomah biarpun sampai 20 tahun anda berniaga. Anda  akan berubah….dengan izin Allah.

Baru baru ni seorang sahabat datang berjumpa dengan saya. Memang kasihan juga lihat dia punya usaha gigih nak naikkan taraf hidup. Macam macam projek dia buat. Dia juga banyak buat perubatan dengan merawat orang guna kaedah Tendai.

Projek terbaru dia ialah jadi broker menjual pasir. Antara projek besar yang dia dapat. Dan projek itu dia kongsikan dengan sahabatnya. Mereka mendapat urusniaga dengan taukey cina yang bersetuju untuk membeli pasir mereka dengan anggaran sebanyak RM7 juta.

Sewaktu membuat urusniaga, sahabat saya dan kawannya pergi bertemu taukey tersebut di satu tempat untuk mengambil bayaran. Sewaktu nak bertemu dengan taukey tersebut, kawannya beritahu pada sahabat saya ini untuk menunggu di luar. Biar dia yang uruskan perbincangan dengan taukey tersebut. Katanya, “kau duduk luar tunggu aku, hisap rokok…kasi aku settelkan. Nanti untung kita bahagi sama rata”

Sahabat saya ni pun duduk la tunggu di luar dengan harapan projek kali ini berjaya. Sahabat saya ni seorang yang sempoi. Kalau kata A dia akan ikut A. Kalau kata Z dia akan ikit Z. Senang cerita jenis orang yang LURUS.

Selang beberapa jam kemudian, barulah kawan sahabat saya ni keluar dari pejabat taukey itu dengan muka senyum lebar sambil berteriak kepada sahabat saya, Alhamdulillah, kita berjaya. Sambil tangannya tunjuk cek bernilai RM 7 juta.

Sahabat saya lihat keadaan itu dia pun seronok tak terhingga. Waktu itu urusniaga dilakukan waktu pagi. Jam 11 baru selesai. Memang bagus buat urusan waktu pagi dan hari Jumaat pula tu.

Tiba-tiba, kawan sahabat saya ni mula buka suara dan beritahu kepada dia, ” Sahak, hasil projek ni , kau aku bagi RM 2,000 sahaja. Sebab kau tak buat apa apa pun. Semuanya aku yang buat. Lagipun aku ni banyak hutang dengan banyak benda nak kena settel. “

Daripada niat nak kongsi sama rata, dah jadi tukar . Sebab rambang mata dengan cek bernilai RM7 juta. Sahabat saya terus jadik tergamam dan kecewa dengan sikap kawannya yang dah lama kenal dan bila bab duit terus jadi berubah.  Apa yang sahabat saya buat ialah dia mengalah. Dia redha dan pasrah. Apa yang aya cakap pasal kawan saya tadi , kalau cakap A dia pun ikut A.

” Apa boleh buat, mungkin setakat itu rezeki aku….” katanya. Kawannya pun terus hulurkan duit RM2,000. “Nah kau ambik cash ni terus….Tak payah nak tunggu cek ni clear.”

Lalu mereka pun pergi ke masjid nak solat jumaat. Kawan yang dapat cek berjuta tu memang rasa seronok dan hari jumaat itu adalah hari yang sangat bahagia baginya. Sebab dapat RM7 juta.

Selesai sahaja solat Jumaat, waktu berdoa, sahabat saya ni terdetik dan berdoa kepada Allah. Ya Allah, sekiranya hak aku ada dalam urusniaga projek pasir itu, kau tunjukkan kepada ku bahawa aku ini orang yang teraniaya. Kau tariklah balik projek itu.

Apabila selesai, mereka berdua pergi nak uruskan kerja.

Pada ketika waktu nak masuk solat Asar, kawan sahabat tu mendapat panggilan telefon daripada Taukey yang nak beli pasir dengannya. Tiba tiba wajahnya berubah pucat dan terkejut. Dia dimaklumkan yang taukey tu tak jadik nak beli pasir dengannya sebab dah buat urusan dengan orang lain. Kawan sahabat tu merayu rayu supaya jangan batalkan perjanjian tersebut. Katanya cek udah diberi. Jawab taukey tersebut, cek itu juga sudah dibatalkan .

Daripada hari yang penuh bahagia bagi kawan itu, tiba tiba terus berubah menjadi hari yang stress. Mungkin benar, hak sahabat saya ada dalam urusniaga itu. Ataupun mulut dia masin….doa dia dimakbulkan.  Jika bukan kerana hak apa yang kita boleh lihat dan tafsirkan ialah bila kita mengubah niat kita. Daripada niat kerana Allah dan bantu orang lain, tiba tiba niat menjadi tamak timbul, terus rezeki tak jadik nak masuk.

Cuba anda ambik kisah cerita ini, pernah tak berlaku dalam hidup anda atau perah tak anda lihat orang lain juga ada hadapai masalah yang sama ? Inilah namanya berniaga. Sebab itu berniaga bukan boleh hanya belajar tetapi kena ada pengalaman dan pegangan dalaman yang kuat. Minta maaf lah jika anda nak berniaga tetapi terus nak jadik kaya. Sebab niat itu pun dah salah.

Minggu depan, saya anjurkan kursus Tendai di pejabat saya. jika anda berminat nak ikuti kursus boleh daftar dan layari website ini: www.KursusTendai.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*