15
Feb

Sentiasa Memperbaiki Diri

Assalamualaikum WBT,

Baru baru ini kita semua mendapat perkhabaran berita tentang kewafatan ulama Allahyarham Dato Nik Aziz. Memang kesannya sangat mendalam dan terasa. Perjalanan ke Kelantan mula jem daripada Gua Musang lagi iaitu sejauh 200 km.

Secara peribadi, saya belum ada kesempatan untuk bertemu dengan arwah Tok Guru secara live. Sebab itu rasa terkilan . Padahal setiap kali selepas solat subuh arwah tok guru akan berikan kuliah di masjid depan rumahnya. Alfatihah untuk arwah Tok Guru Nik Aziz.

Namun, masa tetap berlalu dan setiap kali ia berlalu, usia kita makin meningkat. 50 tahun dari sekarang, semua orang yang kita kenal mungkin dah tiada lagi. Semuanya menunggu masa untuk berpindah ke alam lain. Alam asal usul kita.

Kita yang masih hidup di dunia ini harus merenung tentang apa yang telah kita lakukan dan apa yang kita nak lakukan. Perginya seorang ulama menjadikan pesta besar besaran bagi syaitan dan iblis berbanding perginya 1000 orang ahli ibadat.

Apa yang harus kita lakukan bila seorang ulama sudah tiada ? Setiap ajaran dan pesanannya kita ikuti dan mohon pada Allah agar ilmunya kita dapat amalkan.

Saya terfikirkan, jika suasana hari tok guru meninggal dunia meninggalkan kesan apalagi waktu ketika suasana hari kewafatan Nabi Muhammad SAW. Bagaimana sedihnya orang zaman itu. Seluruh alam semester bersedih ketika Nabi SAW wafat. Jika saya di zaman itu, saya tidak boleh nak bayangkan apa perasaan saya ketika itu.

Apabila sudah tiadanya seseorang, kita baru sedar akan kehilangan sesuatau yang sangat berharga. Anda jika membuat google search imej tentang Arwah Tok Guru, anda akan merasa marah bila melihat gambar tok guru diedit oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Semoga orang orang itu bertaubat dan mohon ampun pada arwah tok guru. Maknanya, semua orang mempunyai ujian dan tidak semua orang suka pada kita.

Tetapi bila Allah sudah membawa seseorang itu pergi tinggalkan dunia ini, baru lah setiap insan terasa kehilangannya seperti hilangnya mutiara. Dan apabila merasa kehilangan itu, kita akan mula mengambil pengajaran. Waktu itulah baru kita ingat dan cuba nak amalkan setiap ajaran arwah.

Itulah hebatnya apabila orang yang dimuliakan Allah meninggalkan kita, kita akan teringat setiap ajarannya dan menyambungkan ilmunya berpanjangan. Jika dulu rasa berat nak ke masjid, selepas ini menjadi rajin dan bersemangat nak ke masjid. Jika dulu jarang buka al Quran dan selalu buang masa, kali ini al Quran sentiasa di hati. Itulah harapan yang boleh kita ingin perolehi agar ajaran ulama itu diteruskan.

Mengapa kita perlu perbaiki diri ? Apabila semakin hilangnya ulama atau orang alim, bererti kita perlu kuat untuk menempuh kehidupan yang penuh dengan tipu daya ini agar tidak tersesat ke neraka jahanam. Dunia sekarang yang semakin mencabar dan melekakan kita ini jika tiada ilmu, pastinya kita akan selalu lalai dan syok sendiri.

Apa beza zaman dahulu dan sekarang ? Jika dulu waktu malam aktiviti jam 10 dan mula tidur dan boleh bangun tahajud jam 3 pagi. dapat tidur 5 ke 6 jam. Sekarang ini, jam 2 belum tentu tidur lagi sebab melayari internet atau menonton movie. Inilah cabaran yang kita kena tempuhi.

Itu baru cabaran untuk diri sendiri. Belum lagi cabaran untuk orang lain. Cabaran untuk berdakwah. Sama sama lah kita merenung diri kita dan kita sama sama mohon agar Allah sentiasa membimbing kita. Amin Ya Robbal Alamin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*