22
Feb

Belajar Ilmu Tenaga Dalam Ilahi Tendai

Assalamualaikum WBT,

Hari ini dah lebih 5 tahun saya mengajar ilmu Tenaga Dalam Ilahi setelah tamat mengambil pengijazahan Tendai peringkat Guru. Sepanjang program yang saya kongsikan ini, saya boleh lihat ramai murid-murid Tendai yang mencapai pelbagai hajat dan ramai yang boleh membangkitkan potensi dalaman mereka setelah mereka praktikkan ilmu Tendai.

Ilmu Tendai ini bukan hanya cenderung kepada ilmu mistik tetapi ia lebih kepada ilmu kehidupan. Contohnya bagi sesiapa yang tahu tentang ilmu kehidupan, kekecewaan jarang berlaku dalam dirinya kerana dia tahu akan hukum alam.

Contohnya kita rugi sesuatu atau hilang sesuatu, bila kita ada ilmu kita akan faham bahawa yang hilang itu akan digantikan dengan yang berlipat kali ganda lebih tinggi nilainya. Ambik contoh, jika dulu anda senang sekali anda jatuh miskin. Ketika miskin anda baru ada banyak masa untuk beribadah berbanding masa kaya sebab sibuk. Ertinya, bila anda banyak luangkan masa untuk akhirat, itu adalah kemuncak nilai tertinggi kerana apa yang ada didunia akan tinggalkan tetapi akhirat kekal abadi.

Jadi bila anda ada ilmu, anda akan faham. Berbanding jika ada tidak faham akan kehidupan ini, anda akan selalu dikecewakan dan anda akan sentiasa menyalahkan keadaan atau orang lain.

Apa kaitan dengan belajar Tendai dengan ibadah ? Sebelum itu saya nak beritahu dan tekankan bahawa Tendai bukan satu ajaran agama. Tidak ada dalam kitab atau hadith pun yang menyuruh belajar Tendai. Tetapi Tendai ini adalah latihan untuk membangkitkan kuasa dalaman dan semangat. Semangat yang tidak digunakan dan terpendam.

Seperti belajar silat, ia adalah latihan untuk menjadi diri cergas dan kuat. Tidak ada pun hadith atau ayat Quran yang suruh belajar silat tetapi ada hadith yang menyuruh supaya umat menjadi sihat dan kuat. Dalam Tendai, anda berpeluang untuk meneroka potensi diri anda sendiri.

Sebagai contoh, jika dulu mungkin urusan menjadi rumit dan sukar tetapi lepas ada ilmu Tendai dan gunakan, urusan dipermudahkan. Kalau dulu susah nak naik pangkat di tempat kerja tetapi bila dan belajar, urusan untuk naik pangkat mudah. Mengapa boleh jadi bergitu ? Adakah menggunakan unsur kuasa ghaib dan unsur syirik ?

Tentu sekali TIDAK ada unsur syirik dan unsur ghaib. Yang ada hanyalah keredhaan Kuasa dari Allah SWT. Sebab itu namanya Tenaga Dalam Ilahi. Bererti apa yang berlaku semuanya dengan izin dan kuasa Allah. Kita hanya sebagai hamba yang kosong tidak ada daya.

Cepat atau lambat kesan belajar ilmu Tendai ini bergantung pada niat seseorang. Jika niat baik, kesannya cepat. Jika niat negatif maka kesannya padah. Sebelum nak belajar ilmu Tendai ini, renungkan dahulu apa tujuan nak belajar.

Bagi tahun 2015 ini, seisi belajar Tendai bermula pada bulan Mac ini iaitu pada 7 hb Mac. Hari Sabtu di Pusat Rawatan saya di Putrajaya. Perasmian pusat rawatan baru dibuat pada hari tersebut dan seidkit pencerahan bagaimana boleh menjadi perawat moden pada hari tersebut.

Bagi anda yang baru pertama kali dengar pasal ilmu Tendai ini, bolehlah pergi ke link ini : www.KursusTendai.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*