22
Jan

Kekuatan Redha Di Atas Apa Yang Berlaku

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar para pembaca dan pelawat Blog ini. Alhamdulillah dan 6 tahun saya kongsikan banyak ilmu dalam blog ini dan harapan saya agar Allah SWT sentiasa menggerakkan dan memberi ilham untuk berkongsi kepada umum tentang rahsia rahsia kehidupan di alam ini.

Bulan Januari ini, saya baru sahaja menganjurkan kursus pengijazahan Tendai peringkat Guru. Kelas yang saya buat tidak ramai. Paling ramai pun 10 orang sebab kursus ini banyak praktikal bukan banyak teori. Jadi perlukan monitoring yang lebih.

In shaa Allah,di setiap bulan saya akan buat kursus ini bagi ahli lama yang nak recharge dan juga untuk ahli baru. Jadual akan datang anda boleh dapatkan update di www.KursusTendai.com .

Tentang topik tajuk post kali ini, anda pastinya pernah terdengar sejak bulan November hinggalah ke hujung tahun 2014, ramai masyarakat kita dilanda musibah (ujian ). Musibah banjir , rugi dalam pelaburan , kapal terbang terhempas , rugi perniagaan dan ada lain yang tak diperbesarkan beritanya.

Saya sendiri dilanda musibah pada ketika itu dan saya bersyukur musibahnya tidak seteruk orang lain. Saya kerugian hampir 3 kilogram nilai emas dalam pelaburan emas yang kecoh di negara kita. Anda mungkin fikir saya hanya buat satu program emas sahaja. Sebenarnya bila sebut nama emas, semua saya join.

Sebelum nak cerita lebih lanjut tentang kerugian dalam pelaburan emas yang saya terlibat dulu, saya nak kongsikan pengalaman yang ada kaitan dengan tajuk redha pada hari ini.

Dulu saya mempunyai sebuah kereta . Kereta saya ini ditarik bank kerana sangkut 5 bulan tak bayar. Lepas kena tarik, saya nak pergi tebus semula kereta itu. Malangnya kereta itu sudah kena lelong. Pada mulanya memang frust sebab tak ada kereta lagi waktu itu. Kereta itupun jenis kereta biasa sahaja. Tapi saya redha.

Tak lama selepas itu dalam masa setahun, saya dapat miliki kereta yang lebih baik. Mungkin kalau saya nak juga pakai kereta lama saya itu mungkin sampai hari ini saya masih lagi bawak kereta itu dan tidak ada peningkatan.

Dalam perniagaan juga sama, jika perniagaan yang saya buat sampai jalan buntu tiada jalan keluar, saya redha dan niat agar dapat diketemukan perniagaan yang lebih baik. Memang benar, selama ini apa yang saya jalankan perniagaan semuanya ada peningkatan. Perniagaan lama menjadi proses pembelajaran. Jadi itu akan membuatkan pemikiran menjadi lebih matang tambah pula jika melibatkan orang ramai.

Kembali pada cerita emas saya, walau rugi macamana pun perniagaan emas yang saya tanggung tetapi saya tetap tidak meninggalkan untuk membeli lebih banyak emas. Kerugian bukan kerana beli emas tetapi sebab menyertai program emas. Jika beli emas dan simpan tidak ada masalah.

Suka tidak suka saya redha dan terima sekiranya itu adalah rezeki, ia tidak ke mana. Kalau dikirakan 3 kilogram itu bagi orang lain mungkin sedikit. Tetapi bagi saya itu dah cukup untuk bersara selama 5 tahun.

Apa yang saya perasan , sejak faham rahsia redha ini ialah, sebenarnya Allah nak uji sejauh mana keyakinan kita pada Nya. Setiap masalah yang datang itu datang dari Allah dan ia datang sekali dengan penyelesaiannya. Allah tidak akan menguji hambaNya jika hambaNya tidak mampu untuk menanggungnya.

Dipendekkan cerita , kerugian yang saya tanggung Allah gantikan dengan peluang yang lebih baik untuk saya bahkan untuk orang lain juga . Alhamdulillah, kekuatan ini lah yang kita nak pegang iaitu kekuatan yakin apa yang berlaku pada kita semua ini adalah proses peningkatan diri untuk kita. Jika kita boleh terima , kita akan pergi ke peringkat yang lebih tinggi.

Saya tidak akan kongsikan dengan sesiapa yang tidak berkaitan dahulu tentang projek saya yang sekarang ini saya jalankan kerana belum sampai masanya untuk dimaklumkan pada sesiapa. Apa yang saya yakin, jika 3 kg emas nilainya yang saya kerugian, Allah gantikan dengan nilai RM3 juta.

Semoga perkongsian hari ini mendapat berikan anda sedikit idea tentang apa yang perlu ¬†dilakukan bila sesuatu musibah terjadi. Janganlah kerana ujian ini kita menyebarkan pada umum yang kita teraniaya, kita jadi mangsa, kita kerugian besar… Ini termasuklah menggunakan medium facebook dengan tag orang yang tidak berkenaan untuk memberitahu yang dia kerugian sebab tindakan dia membuat pelaburan.

Jika anda ada terlibat dengan kes pelaburan emas sebelum ini, anda gunakan peluang yang Allah berikan yang paling berharga ini iaitu MASA. Gunakan masa yang anda ada sekarang ini untuk menjana kembali apa yang anda pernah rugi sebelum ini. Jika tiada Masa, duit harta dan segala galanya sudah tidak berguna lagi.

(Bawah ini gambar saya terlibat dalam misi bantuan banjir di Kelantan )

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

*